Salam, jumaat baru ni saya telah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis bersempena dengan Hyundai Euro Tour 2012 yang dianjurkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) yang berlangsung di Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S, Shah Alam.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis 3S Hyundai

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S ini berkeluasan 31,500 kaki persegi dengan 9 tapak kemudahan penyelenggaran untuk kenderaan pelanggan dan mampu memberikan servis kepada 32 buah kereta dalam masa sehari. 3S merujuk kepada Sales, Servis, dan Spare Parts dan Sutera Gemilang Auto ini juga merupakan Pusat Servis terbesar di Shah Alam.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis 3S Hyundai

Pada Majlis yang berlangsung selama 3 jam tersebut iaitu dari pukul 4pm – 7pm, aktiviti yang menarik sepanjang majlis ini iaitu Virtual Football yang mana siapa paling banyak menjaringkan gol mengikut masa yang ditetapkan, dia lah pemenangnya, dan hadiah yang ditawarkan adalah sebuah iPhone, dan pihak HDSM juga telah memberikan Jersey kepada 100 orang tetamu yang hadir, yeayy saya pun dapat juga dan Jersey tersebut saya berikan pada buah hati saya, sebab dia lagi comel bila pakai Jersey tersebut nnggee~ *tak muat coz perut semakin membesar*

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Rakan Blogger, Elizabeth mencuba nasib.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Makan-makan 😀

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Giant Ball

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Saya dan KakJie di pelawa untuk menurunkan tanda tangan.

Selesa betul bila berada dalam Showroom ni, memang puas hati, pelbagai kemudahan yang disediakan, antaranya yang paling BEST adalah WIFI percuma, serius memang laju perkhidmatan wifi yang disediakan, saya memang guna wifi showroom ini sepanjang berada di sini nnggee~

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Ruang menunggu yang selesa, mempunyai Coffee Bar

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Sambil tunggu kereta siap di selenggara boleh duduk lepak-lepak tengok TV ataupun online, oh ye yang bestnya ruangan menunggu ini berkaca, dan pelanggan boleh lihat dari dalam kereta mereka di selenggara, bestkan??

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Mempunyai playground, pada mereka yang membawa anak kecil tidak menjadi masalah kerana anak-anak boleh menghabiskan masa untuk bermain disini, so takdelah bosan menunggu Kereta mak pak di selenggara kan?, anak-anak saya sendiri selesa sepanjang berada disini, main lepas aje lah diorang, bukan main suka lagi dapat bermain.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S

Ruangan parking pun memang banyak, terdapat 20 lot parking yang disediakan.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd

Psstttt sempat juga saya test duduk dalam Elantra ni, pheww~~ ok serius memang selesa.

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd

Ruangan bonet pulak, Abang Ngah siap tunggang terbalik dalam tu, punyelah luas 😀

Oh yea, dan kalau nak tahu Sutera Gemilang Auto juga menyediakan perkhidmatan meninggalkan kunci kereta semasa kereta diservis “24-Hour Key Drop”, dan Sutera Gemilang Auto juga menyediakan shuttle percuma untuk menghantar pelanggan kemana sahaja dalam lingkungan 15km.

Sekarang Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd ada promosi diskaun sebanyak 10% untuk pemilik kereta Hyundai dan Inokom, so jangan lepaskan peluang ini!

Lokasi 

Lot 7960, Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor

maps Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd

Waktu Operasi

9am-8pm Hari berkerja
10am-6pm Hujung minggu dan cuti umum

No untuk dihubungi

Sales no: 03- 7832 4888 / 7832 4444
Sales fax: 03- 7832 4222
Service no: 03- 7832 4333/ 7832 4555
Service fax: 03- 7832 4999

Laman Web Rasmi : Hyundai Selangor

Facebook Page: Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd

 

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

22 thoughts on “Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd Pusat Servis Hyundai 3S”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge