Anak Lelaki Ke Anak Perempuan?

Salam, nampaknya ramai orang tersayang dan rakan-rakan disekeliling saya sedang berteka-teki dan teruja menanti kelahiran anak ke 3 saya, sama ada Anak Lelaki Ke Anak Perempuan? yang di kandungkan oleh saya sekarang hihihi, diorang pulak ye yang lebih excited nnggee~

girl or boy

Pic Kredit : harttohartdigitalblog.com

Terima kasih semua atas doa dan perhatian kalian, seronok sangat bila orang-orang disekeliling mendoakan kesejahteraan saya dan baby dalam perut ni.

Continue reading “Anak Lelaki Ke Anak Perempuan?”

Selesa Betul Pakai Tudung Dari Kedai Kak Siti

Salam, sebenarnya dah lama nak up entry ni, sebab tak ada gambar bertudung tu yang tertangguh-tangguh lagi tu, bukan apa payah sikit nak snap gambar sendiri ni, lain lah kalau ada yang boleh tolong snapkan, ada yang sudi tolong pun tapi tak reti amik gambar guna kamera ni hihihi, so layan aje ler snap gambar sendiri guna phone aje, apa yang penting pemakainan tudung ni sangat-sangatlah selesa.

kedai kak siti

Hahhhh ni akibatnya amik gambar sendiri, mesti terpotong kepala, tangan pendek hahahhaa, jap-jap tengok gambar bawah, yang tu full sikit nampak, layan!

Continue reading “Selesa Betul Pakai Tudung Dari Kedai Kak Siti”

Layan Budak Merajuk Tengah Bendang

Salam, baru ni kami balik kampung kat Kedah, pergi kenduri kahwin sepupu en.suami sekali kat Pendang, best betul kat rumah persinggahan kami ni, rumah betul-betul kat tengah bendang, nyaman sungguh!, tapi layan gambar Budak Merajuk Tengah Bendang hihihi.

gambar di sawah padi

Ngeee muka ntah pape aje, tak tahu pasal apa dia merajuk ni, tau-tau dah masam muka, tanya sebab apa tak bagitahu pulak, layankan ajeeeee asalkan tak menangis sudah.

Continue reading “Layan Budak Merajuk Tengah Bendang”

Jom Sertai Kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari”

Sticky Post : 48 Jam

Salam, umum mengetahui susu sangat penting dalam kehidupan dari seusia bayi dilahirkan lagi, tak kiralah jenis susu macam mana, asalkan namanya susu, ianya adalah nutrisi yang sangat penting kepada kita terutamanya kepada kanak-kanak, ini bagi tumbesaran yang sihat disamping dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna disekeliling mereka.

susu dutch lady

Dan tahukan anda? Kita perlu mengambil 2 sajian susu sehari untuk kesihatan kita, kaji selidik menunjukkan purata penduduk Malaysia mengambil cuma 0.14 sajian susu sehari!, cuba bayangkan?? cuma sedikit sahaja dikalangan mereka.

Continue reading “Jom Sertai Kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari””

Peraduan Beli Dan Menang The Amazing Spider-Man

Salam, sekarang Senheng sedang mengadakan Peraduan Beli Dan Menang The Amazing Spider-Man, satu peraduan yang sangat mudah untuk disertai, hadiah pulak semuanya lumayan dan yang penting ianya terbaik!. Jadi tunggu apa lagi?, jom sertai Peraduan Beli Dan Menang The Amazing Spider-Man ini  sekarang juga!.

The Amazing Spider-Man

Peraduan Beli Dan Menang The Amazing Spider-Man ini berlangsung dari 1 Jun sehingga 31 Ogos 2012 ini, masih ada masa untuk anda bersama saya menyertai peraduan ini.

Continue reading “Peraduan Beli Dan Menang The Amazing Spider-Man”

Promosi Hebat Produk Kamera Digital Hanya Di Senheng Dan senQ

Salam, bersempena dengan Aidilfitri tahun 2012 ini, Senheng dan senQ mengadakan Promosi Hebat Produk Kamera Digital, saya pasti promosi ini sangatlah berbaloi, nak-nak pulak kena musim raya ni, mesti ramai yang ingin merakam saat-saat manis di Aidilfitri, jadi inilah masanya untuk merebut tawaran istimewa Produk Kamera Digital Hanya Di Senheng dan senQ.

Produk Kamera Digital Hanya Di Senheng

Promosi ini berlangsung dari 1 Ogos 2012 sehingga 30 September 2012 di semua cawangan Senheng & senQ, jadi masih ada masa dan belum terlambat untuk anda merebut tawaran istimewa ini. Apa yang menariknya pembelian boleh dilakukan melalui Aeon Easy Payment (Pembelian Ansuran Mudah Aeon), hanya dengan kadar faedah terendah 1 peratus sahaja, hebat bukan??, ini memang betul-betul berbaloi!!

Continue reading “Promosi Hebat Produk Kamera Digital Hanya Di Senheng Dan senQ”

Tahniah Irma Hasmie Mengandung

Salam, baru terbaca di mstar.com.my, wahhh terlebih seronok pulak baca tentang Irma Hasmie Mengandung 5 minggu, tahniah buat Irma dan suaminya Redza, Alhamdulillah rezeki Allah Ta’ala bagi.

Irma Hasmi Mengandung

Tak sabar nak tengok gambar terbaru Irma hasmie mengandung.

Bagi suami Irma, dia pulak yang terlebih mengidam berbanding Erma, teringat pula saya dengan suami yang mana dia terlebih sukakan makanan masam-masam seperti asam jeruk berbanding saya, ramai yang duk menghulur asam kat saya tapi serius memang tak boleh masuk nnggeee~ baby ni nak yang manis-manis aje berbanding macam abang-abangnya dulu.

– Tahniah Irma dan suami, take care ^___^