Anak Lelaki Ke Anak Perempuan?

Salam, nampaknya ramai orang tersayang dan rakan-rakan disekeliling saya sedang berteka-teki dan teruja menanti kelahiran anak ke 3 saya, sama adaย Anak Lelaki Ke Anak Perempuan? yang di kandungkan oleh saya sekarang hihihi, diorang pulak ye yang lebih excited nnggee~

girl or boy

Pic Kredit :ย harttohartdigitalblog.com

Terima kasih semua atas doa dan perhatian kalian, seronok sangat bila orang-orang disekeliling mendoakan kesejahteraan saya dan baby dalam perut ni.

Sebenarnya saya tidak kisah apa jua jantina baby dalam perut ni, janji sihat dan cukup sifat itu dah alhamdulillah sangat dah, syukur sangat dengan rezeki yang Allah Ta’ala berikan ini. Cuma terkadang teringin juga mempunyai anak perempuan, tipu kalau saya cakap saya tak teringin kan? hihihi, nak juga melayan karenah anak perempuan, nak juga nanti bila besar boleh tolong saya mengemas, memasak…bla..bla…hhheee~

Banyak juga yang saya baca di internet ni tentang tanda dapat anak perempuan, macam-macam dan pelbagai juga versi yang saya baca hihihi, untuk suka-suka oklah kan, layan benda-benda gini pun kadang-kadang menghiburkan juga, cuma jangan terlalu berharap

Bagi saya, serius saya tidak berharap pun, saya terima seadanya, Allah berikan saya rezeki ini pun saya dan suami dan bersyukur sangat-sangat, teringat pertama kali dapat mengetahui sedang berbadan dua, ohhhh menitis air mata ni hikhik, menitis air mata kegembiraan, alhamdulillah terima kasih ya Allah atas rezeki pemberianmu ini.

Antara yang saya gemar dan alami semasa mengandungkan anak ke 3 :-

  • Saya alami Morning Sickness, nausea dan batuk yang sangat teruk dan mencabar pada 1st trimester
  • Saya suka yang manis-manis macam kek, ohhhh saya memang hantu kek kali ni
  • Suka benda wangi-wangi, mengandung kali ni saya ada 4 koleksi wangian kikiki
  • saya tak suka makan masam-masam dan yang masin
  • Addicted dengan buah jambu/Jus Jambu, anggur, sweetcorn
  • Suka makan Western food (sampai ada yang perli dapat anak mata biru kahkah)
  • Suka minum air gas -..-” (tapi kena kontrol juga ler kuantiti pengambilan)
  • Bab shopping no 1, pusing 1 mall tak penat, duk rumah confirm penat heheee
  • Suka snap gambar sendiri & share di Instagram hahahahaa adoiiiilahhhh apa nak jadi ni -..-“
  • Laki bini jadi romantik ahaks!

Apa yang saya alami kali ini sangat berbeza dengan sewaktu mengandungkan Aiman dan Haziq, maklumlah setiap anak ada pembawaan nya yang tersendiri, tidak semua tanda/alahan dan karenah kehamilan tu sama, setiap kehamilan pastinya berbeza, tak banyak pun, sikit mesti ada lebih atau kurang.

Ok sebenarnya ramai rakan mencadangkan saya untuk melihat Kalendar Cina bagi mengetahui jantina/merancang jantina anak, but sebelum itu, please jangan serius sangat, benda ini hanya untuk suka-suka sahaja, jangan terlalu taksub dan mempercayainya 100%!!, untuk suka-suka aje ye!

kalendar cina

kalendar cina

*Masa Aiman dan Haziq dulu betul sama dengan chart atas tu, tapi mungkin sahaja ianya hanyalah kebetulan!

Dan isnin yang lepas Doktor ada buat ujian ultrasound untuk melihat gerak jantung baby, alhamdulillah doktor maklumkan bahawa baby sihat, dan doktor juga ada scan jantina baby, elok aje baby tu terkangkang tunjuk jantinanye hihihi tapi buat masa ni saya rahsiakan dahulu jantina baby ye heheeee, saje buat korang suspen, nngggee~

– Menanti untuk buat scan 3d/4d pulak, tak sabarnya!!!

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

42 Comments on “Anak Lelaki Ke Anak Perempuan?”

    1. hahaahaa romantik tu mmg luar biasa romantiknya kak, mmg dua2 romantik, bukan sorang je heheee, so bayangkan jeler bila dua tangan bertepuk mesti bunyi kan? bukan bertepuk sblh tgn ekekeke ๐Ÿ˜€

      Makasih kak doakan, Aminnnn Insyaallah ๐Ÿ™‚
      yanmie recently posted..Anak Lelaki Ke Anak Perempuan?My Profile

          1. Tp kak sya dpt 1 boy, 2 girl…semuanya tk suka makanan masam masa pregnant…suka yg manis2 je.. He3…apapun anak itu rezeko n penyeri dlm rumah tangga…tk kisahla boy or girl yg penting sihat walafiat…amin
            syamila recently posted..Kelahiran yang ke-3My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge