Sticky Post : 48 Jam

Salam, umum mengetahui susu sangat penting dalam kehidupan dari seusia bayi dilahirkan lagi, tak kiralah jenis susu macam mana, asalkan namanya susu, ianya adalah nutrisi yang sangat penting kepada kita terutamanya kepada kanak-kanak, ini bagi tumbesaran yang sihat disamping dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna disekeliling mereka.

susu dutch lady

Dan tahukan anda? Kita perlu mengambil 2 sajian susu sehari untuk kesihatan kita, kaji selidik menunjukkan purata penduduk Malaysia mengambil cuma 0.14 sajian susu sehari!, cuba bayangkan?? cuma sedikit sahaja dikalangan mereka.

susu dutch lady

Jadi  Jom Sertai Kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” Dutch Lady,  ianya mengambil 21 hari untuk membina tabiat baru. Saya sendiri sekeluarga menyertai kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” Dutch Lady ni, secara tidak langsung mencabar saya sebagai seorang ibu kepada 2 kanak-kanak yang sangat aktif dalam mendisiplinkan mereka dalam pengambilan susu dengan sekurang-kurangnya 2 gelas sehari.

"Nikmati Susu Dalam 21 Hari"

Sebenarnya anak-anak saya tidak ada masalah dengan pengambilan susu, mereka sangat menggemari susu, tidak kira perisa apa pun yang penting ianya berasaskan susu, cuma ada masa-masanya ianya sangat mencabar bagi saya, maklum sahaja kanak-kanak ni cepat jemu dengan benda yang sama, so disitu cabarannya saya sebagai seorang ibu harus mengambil peranan yang penting dalam mengubah tabiat pengambilan susu.

"Nikmati Susu Dalam 21 Hari"

Sememangnya cabaran bagi seorang ibu apabila anak-anak tidak menggemari minuman berasakan susu, sebenarnya banyak yang para ibu boleh lakukan pada anak-anak yang kurang gemarkan susu. Disini saya kongsikan pengalaman saya sendiri.

1. hidangkan susu dalam pelbagai kreativiti contohnya bancuh susu dan letakkan dalam bekas minuman khas yang comel hanya untuk kegunaannya seorang, teknik ini memang sangat menjadi kepada anak-anak saya, tak percaya bolehlah cuba, kerana anak-anak sinonim dan suka kepada benda yang unik dan cantik.

2. Cipta resepi berasaskan susu tersebut, tak kisah apa jua perisa sama ada dari susu coklat, strawberry ataupun sebaliknya, resepi pulak janganlah yang berat-berat, biar nampak simple dan senang untuk mereka nikmati.

Saya sendiri mempunyai resepi dari susu dutch lady ini, yang mana sangat-sangat digemari oleh anak-anak termasuk saya dan suami. Ingin tahu resepinya? nantikan entry saya yang kedua, anda pasti teruja 😀

“Nikmati Susu Dalam 21 Hari”

Haziq menikmati susu kegemarannya

gambar raya

Nak tahu baru ni kami pergi beraya ke rumah makcik, anak siap tanya “Takde ke Susu Dutch Lady?” tengok tu penangan Susu sampai ke rumah orang, gini lah tabiat minum susu yang melanda kami sekeluarga sejak akhir-akhir ini, bukan anak-anak je, mak bapak diorang pun join sekali, kira stok susu kat rumah sekarang ni tak pernah nya kering, ada aje sentiasa. Ni lepas dari rumah makcik kami balik kampung ke Kedah pulak.

susu duth lady

Kan dah kata tabiat minum susu melanda kami sekeluarga sejak join Kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” , so masuk aje dalam kereta, start enjin, anak terus cakap “Ibu nanti singgah Petronas beli Air Susu Dutch Lady ye?” nnggeee hujan-hujan pun turun juga beli Susu, sampai basah lenjun saya dibuatnya, punyalah hujan lebat, tapi demi anak ku turutkan jua 😀

Kempen "Nikmati Susu Dalam 21 Hari"

Suami pun turut sama “Nikmati Susu Dalam 21 Hari”, sepanjang jalan segar aje mata, minum bukan sekotak seorang, 2  kotak untuk seorang tu nnggeee~, percaya tak kalau saya cakap saya tak tidur dalam kereta sepanjang perjalanan balik dari Klang ke Kedah?, biasanya saya masuk aje dalam kereta terus tidur hahaha, kali ni suami cakap “wahhh macam tak percaya awak temankan saya memandu” ihikkkk…semua ni sebab Susu Duth Lady.

Jom ramai-ramai sertai kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” Dutch Lady, untuk keterangan lanjut sila layari Aplikasi laman Facebook Dutch Lady Malaysia dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM200.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

35 thoughts on “Jom Sertai Kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari””

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge