Salam, besok merupakan hari yang dinanti oleh Rakyat Malaysia yang mana menyaksikan perlawanan perseorangan lelaki antara Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Bandminton Olimpik 2012, besar harapan rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Lee Chong Wei membawa balik pingat emas pertama Malaysia, insyaallah.
Datuk Lee Chong Wei meraikan kemenangannya selepas menewaskan pemain China, Chen Long 21-13, 21-14 pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki semalam.
Limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.
Malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.
Pelbagai juga aktiviti yang akan berlangsung besok bagi menyaksikan Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Bandminton Olimpik 2012, antaranya ada yang akan memberikan Aiskrim percuma dan makanan percuma semasa berbuka sekiranya LCW berjaya merangkul pingat emas nanti.
– Good Luck LCW, Malaysia Boleh!
If they ever tell my story let them say that I walked with giants. Men rise and fall like the winter wheat, but these names will never die. Let them say I lived in the time of LIN DAN, tamer of horses. Let them say I lived in the time of LEE CHONG WEI.
xpe la. nasib x menyebelahi kita
kalah dah plakk..
2 juta??pergghhh!!!
Yaaa LCW memang best…huhu
LCW ada peluang menang. Cuma yang merisaukan kita takda pelapis, kita ada kek lapis je..hehe..
Mudah-mudahan Datok Lee Chong Wei dapat menghadiahkan pingat emas Olimpik kepada negara. 🙂
tahniah dan mudahan Dato LCW berjaya capai 1 emas untuk malaysia
wow!boleh jadi jutawan segera ni.hehe
semoga berjaya.nanti boleh update lagi entri berkenaan kemenangan malaysia meraih pingat emas dlm sukan olimpik kali ini.hehehe