Salam, kalau ke Langkawi pastinya tidak melepaskan peluang untuk Mandi Manda Di Pantai Chenang Langkawi, sebelum ni saya pernah sampai ke sini semasa berbulan madu dengan suami, mandi berdua sambil bermain ombak, ohhh bestnya kalau nak ingat balik heheee.
Dan ini merupakan Percutian Ke Pulau Langkawi bagi kali ke 2, yang bestnya kali kedua ni kami bersama anak-anak dan keluarga mertua, kalau dulu berdua kan? hikhik. Pastinya bila dah bawa anak-anak ke Pantai Chenang ni, mereka haruslah rasa teruja nak mandi kat sini.
Buah hati saya ^____^
Pakaian untuk mandi tak bawa, so saya dan suami carikan anak-anak seluar basahan seperti dalam gambar entry ini, berseluar batik, giler kelakar tengok diorang pakai hahhaa, terutamanya Abang Ngah tu, kelakar sangat kikiki, layankan ajeler asalkan mereka suka, kami suami isteri turut gembira melihat mereka gembira.
Seronok betul diorang mandi sampai tak nak balik tu, jenuh nak pujuk -..-‘”
Pemandangan waktu senja di Pantai Chenang Langkawi
Kat Pantai Chenang ni banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya naik bot banana, Parasailing dan banyak lagilah, datang sendiri kesini dan alaminya, yang bestnya sebab tempat ni happening sangat-sangat, pada waktu malam pula lagi meriah sebab ada jualan night market macam ala-ala kat Phuket tu, memang menariklah!
– Enjoy betul bercuti kat Langkawi ni 😀
bestnye mandi tgh panas2 ni..tmbh lgi bln pose…sejuk jer hehehe
my blog : http://roadsector.blogspot.com
wahhh cantik la pemdangan waktu senja tu..boleh pinjam wak wallpaper ni..hahaha…suka sakan anak-anak dapat bermain air…huhu
Kak, kalau datang lagi, boleh pegi Pantai Pasir Tengkorak. Air dia lagi bersih & jernih dari Pantai Cenang. Cuma tak happening la macam Cenang hehe
bagus k.yan citer pasal ni. dpt tahu info2 sikit2.. kot2 berhajat nk p. hihi
Cantik Kak..hujung tahun rasa macam nak turun langkawi jek..
seronoknya mandi pandai..
alahai..typo lak..mandi pantai..
best ooo dapat jalan jalan
Gambar terakhir mengingatkan cubaan saya cuba mengambil gambar matahari terbenam di pantai Puteri Melaka tidak kesampaian kerana cuaca tiba-tiba mendung.
nnt akan ada servis feri ke Langkawi dari Kuala Perlis terus dgn kereta persendirian. mcm feri Penang. tp lebih laju dan moden. lps ni sng nk shopping sakan di Langkawi kalau bley bwk kereta sendiri. insyaAllah akan dimulakan dalam hujung tahun ni.
chenang best….lepak sana….banana boat !!! haha.. malam2.. lepak babylon. wkakwka!
tengah hari..cuba “nasi ganja” perghh bestt…. depan surau
pemandangan senja tu yg cantik siap kapal terbang lalu lagi.
Belum ada rezeki nak sampai situ kak.. hari tu dah booking tiket last minit ada urusan keluarga terus cancel.. huhu
cntik permndgnnyer 🙂
Memang cantik Sara, naik gunung mat chincang lagi best nampak 1 Langkawi 😀
dah lama tak gi langkawi
kali pertama pergi langkawi tahun 2005 dan kali ke2 tahun ni 2012, 6 tahun juga baru jejakkan kaki semula ke Langkawi ni, tak tau bila nak jejak kaki kesini lagi 😀