Salam, sebenarnya dah lama nak up entry ni, sebab tak ada gambar bertudung tu yang tertangguh-tangguh lagi tu, bukan apa payah sikit nak snap gambar sendiri ni, lain lah kalau ada yang boleh tolong snapkan, ada yang sudi tolong pun tapi tak reti amik gambar guna kamera ni hihihi, so layan aje ler snap gambar sendiri guna phone aje, apa yang penting pemakainan tudung ni sangat-sangatlah selesa.

kedai kak siti

Hahhhh ni akibatnya amik gambar sendiri, mesti terpotong kepala, tangan pendek hahahhaa, jap-jap tengok gambar bawah, yang tu full sikit nampak, layan!

tudung dari kedai kak siti

Yang ni mujur en.suami dah pandai sikit guna kamera ni, sekarang macam dah master pulak dia, kalau dulu hulur DSLR dia tolak, sekarang kalau hulur DSLR nak je dia jadi fotografer hihii, so tu yang ada gambar full kat atas tu. Cun kan tudung tu? kombinasi awning dan kain tudung tu sangat sesuai, padanan yang sangat terbaik!.

tudung kedai kak siti

Yang ni juga dari Kedai Kak Siti, serius memang terbaik betul kualiti tudung ni, selesa sangat-sangat pakai, tak kira time panas ke sejuk ke memang sesuai, yang bestnya tudung kekal ditempatnya, even mulut tengah mengunyah makanan, kan setengah tudung bila kita kunyah makanan nanti tudung tu akan jatuh ke bawah kan? nanti mulalah nak tarik-tarik tudung tu kebelakang, yang ni tidak sama sekali, ianya kekal disitu!!, di ulang sekali lagi, kekal disitu nnggee~ suka sangat!

tudung kedai kak siti

Corak saya aje ketiga-tiga nya tapi saya suka sangat dengan corak-coraknya sebab banyak baju yang boleh dipadankan dengan tudung-tudung kat atas ni, yang ni saya beli secara online, agaknya kalau saya pergi sendiri ke Kedai Kak Siti di Setapak tu mau tak memborong 1 plastik besar ekekeke.

tudung kedai kak siti

Yang ni tudung Kak Siti hadiahkan untuk saya, ada 2 helai, lagi sehelai warna grey, yang tu belum sempat ambil gambar lagi, terima kasih kak untuk hadiah ini, suka sangat-sangat, moga akak sentiasa diberikan rezeki yang melimpah ruah dari-NYA, Amin…..

Sejujurnya apa yang saya suka dengan tudung yang terdapat di Kedai Kak Siti iaitu fabriknya sangat lembut, dan awningnya separuh sahaja, yang ni payah saya nak explain, memang awning tudung di Kedai Kak Siti lain dari yang lain, sejak saya mengenakan tudung dari kedai kak siti saya jadi tak berapa nak suka dengan tudung yang diluar sana kerana awningnya sampai ke muka, yang kat kedai kak siti ni dibahagian atas sahaja tepi mata, macam mana nak cakap ye?? hahahhaa, kalau nak senang faham, saya cadangkan apa kata korang try sendiri order tudung di Kedai Kak Siti, baru korang faham apa yang saya maksudkan, serius beli sehelai memang tak cukup!, so sediakan duit banyak-banyak demi kepuasan diri, biar cantik dalam dan luar, orang sekeliling kita pun turut suka!

Oh yea terima kasih sekali lagi buat Kedai Kak Siti yang pernah menaja hadiah tudung buat semua pengundi-pengundi saya untuk mitcba award tidak lama dulu, banyak juga hadiah tudung yang kak siti pos, beratus juga, terima kasih sekali lagi kak, hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Untuk Keterangan lanjut :

FB Kedai Kak Siti *banyak tudung cantik-cantik*

Blog Peribadi Kak Siti

– Maaf gambar yang tak clear tu saya ambil dari Instagram saya * @yanmie *

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “Selesa Betul Pakai Tudung Dari Kedai Kak Siti”
  1. waduhhhh jadi malu ah…
    cian pun iya jugak, model sampai ke tengah bendang nak memperagakan tudung2 kak siti… (cantik pulak gambar kat bendang tu)
    thanks so much yan…
    nak mai serbu habaq ya…
    sweetkurma recently posted..12 tahun berlaluMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge