Pertama Kali Melakukan ECG (Elektrokardiogram)

Salam, bulan lepas saya ada ke klinik untuk rawatan Ibu Mengandung, macam biasa bagitahu apa yang tak kena dengan badan, saya mengadu bahawa jantung berdegup dengan kencang, doktor pun risau dan doktor ada buat ujian ECG keatas saya, dan inilah Pertama Kali Melakukan ECG (Elektrokardiogram), Ujian ECG ini adalah untuk mengesan kehadiran penyakit jantung iskemia, penyakit jantung struktur atau keabnormalan ritma degupan jantung.

ecg

Apakah Elektrokardiogram?
Elektrokardiogram (ECG) ialah rakaman aktiviti elektrik jantung.

Terkejut juga bila doktor cakap yang saya kena buat ujian ECG tu, dalam hati apakebendanye lah ECG ni, naik cuak juga, saya pergi ke jabatan kecemasan di Klinik, kemudian nurse suruh saya baring dan rileks aje, 12-ECG elektrod diletakkan di posisi standard pada dada dan kedua-dua anggota bahagian atas dan bawah, memang berselirat badan dengan segala wayar.

Continue reading “Pertama Kali Melakukan ECG (Elektrokardiogram)”

Pembentangan Bajet 2013 – Live Dan Online Streaming Belanjawan 2013

Salam, jumaat ini 28 september 2012 adalah hari yang dinanti-nanti oleh ramai rakyat Malaysia, yang mana, Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada pukul 4 petang.

bajet 2013

Pembentangan Bajet 2013 boleh di tonton secara Live Dan Online Streaming, bagi penonton di kaca TV, Live akan disiarkan melalui stesen TV seperti TV3, RTM, Ntv7, Astro, Bernama dan TV Alhijrah. Manakala bagi Online Live Streaming pula ianya boleh dilayari melalui laman Perbendaharaan Malaysia.

Continue reading “Pembentangan Bajet 2013 – Live Dan Online Streaming Belanjawan 2013”

Diet Ibu Mengandung

Salam, hari ini saya ada Appointment di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung, macam biasalah buat rutin checkup, tang berat memang banyak sangat naik, memang saya dah agak sebab selera makan semakin memuncak berbanding semasa mabuk-mabuk dulu memang berat pun turun hampir 5kg, percaya tak? tetapi tidak sekarang.

Diet Ibu Mengandung

Bermula hari ini, saya insyaallah akan mengamalkan Diet Ibu Mengandung, bukannya tak makan langsung, makan macam biasa cuma dalam kuantiti yang sedikit dan mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis serta berkarbohidrat tinggi.

Continue reading “Diet Ibu Mengandung”

Mana Nak Cari iPhone5 Yang Paling Murah?

Sticky Post for 24 hours

Sekarang ni tengah hangat tentang iPhone5 kan?? mesti ramai yang ingin menjadi salah seorang yang pertama untuk memiliki iPhone5 ni, so persoalannya sekarang ni Mana Nak Cari iPhone5 Yang Paling Murah?? umum yang mengetahui harga iPhone5 bukanlah murah, jadi jawapannya di Pricepanda.com.my, Pricepanda telah dilancarkan di Malaysia dan Singapura pada 18 September yang lalu.

Pricepanda

Nak tahu?, Pricepanda menyediakan perbandingan harga diantara penjual online internet yang lain, jadi kita dapat membuat perbandingan harga sebelum membuat pembelian, siapa yang tak nak dapat harga yang jauh lebih murah kan?? saya pun nak!.

Continue reading “Mana Nak Cari iPhone5 Yang Paling Murah?”

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2012

Salam, nampaknya tak lama lagi adik-adik kita akan menduduki Peperiksaan SPM 2012, adik saya sendiri tahun ini merupakan salah seorang calon pelajar yang akan menduduki Peperiksaan SPM ini, Jadual Peperiksaan SPM 2012 draft ke 3 telahpun dikeluarkan.

all the best

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2012

Pastinya adik-adik kita ini semakin berdebar-debar menantikan saat tersebut, apa pun semoga berjaya dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah 2012.

– Semak Nama Calon PLKN 2013 Secara Online dan SMS

 

Drama Mimpi Cinderella Di Slot Lestary TV3

Salam, semalam 25 September 2012 telah bermula episode 1 bagi Drama Mimpi Cinderella Di Slot Lestary, yang mana menggantikan drama bukan bidadari. Drama mimpi cinderella ni dilakonkan oleh Afiq Muiz, Eina Azman, Hiera PK3 dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan tentang Saleha yang selalu dibuli ibu tiri serta 2 orang adik tirinya di kampung. Saleha mengimpikan hidup yang senang di bandar, dia kemudian dapat bekerja dengan cik Lorna (Zarina Af). Lorna tak suka gaya Saleha yang masih kekampungan, dan mengupah pembantunya Lokman untuk mengubah penampilan Saleha.

– Rasa macam boleh layan drama ni 😀