Salam, hari ini saya ada Appointment di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung, macam biasalah buat rutin checkup, tang berat memang banyak sangat naik, memang saya dah agak sebab selera makan semakin memuncak berbanding semasa mabuk-mabuk dulu memang berat pun turun hampir 5kg, percaya tak? tetapi tidak sekarang.

Diet Ibu Mengandung

Bermula hari ini, saya insyaallah akan mengamalkan Diet Ibu Mengandung, bukannya tak makan langsung, makan macam biasa cuma dalam kuantiti yang sedikit dan mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis serta berkarbohidrat tinggi.

Naik risau saya tengok penimbang kat klinik tu, kat rumah ni bukannya takde penimbang, cuma saya takut nak naik atas penimbang tu heheeee, lepas ni kena hari-hari naik penimbang kuikui…

Saya akui kandungan kali ini saya gemar memakan makanan yang manis-manis macam cake, manisan, air manis, aiyooo saya pun dah cuba kurangkan tapi agak susah, tapi kali ini saya nekad demi anak tercinta dalam kandungan, saya akan buat yang terbaik, cuba mengurangkan pengambilan makanan-makanan manis dan berkarbohidrat tinggi.

Dah google2 tadi, jom saya share sekali zat penting dalam pemakann ibu hamil :-

Protein – meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.

Karbohidrat – Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.

Asid Folik – mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren. Ia juga merupakan salah satu unsur vitamin B untuk membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.

Selenium – mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

Flavonoids – Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

Zat Besi – amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

Vitamin E – Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.

Kalsium – kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu, majerin, dan keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh ibu yang mengalami masalah kekurangan zat besi untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi. Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama pada trimester ketiga. Malah berdasarkan kajian terhadap pesakit darah tinggi mendapati kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi ketika hamil.

DHA – DHA penting terhadap perkembangan minda bayi. Ia juga berfungi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.

*Sumber : Mengandung.com

Ini yang bestnya bila buat pemeriksaan di klinik kerajaan, mereka akan buat detail berbanding dengan klinik swasta yang saya pergi, cumanya klinik kerajaan ni kita cuma perlu lebih sabar aje lah menunggu no giliran, lain-lain takde masalah, kemudahan-kemudahan di klinik kerajaan pun semakin canggih, serba serbi ada.

– Nak sangat minum dan rasa air gula kan??…haaa amikkkk 2 minggu lagi akan merasa -..-“

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

10 thoughts on “Diet Ibu Mengandung”
  1. saya pun mengandung gak… Br ni check up naik 3kg lbh… Kena lah membebel… Air gula dah dua kali minum… Syukur xde kencing manis… Jom sama2 diet ibu mengndung… Hehe

    1. nasihat tu alhamdulillah ikut, cuma tang makan aje ler tak boleh nak kawal, klinik swasta pun ada buku, tapi compare dengan kerajaan, sebenarnya kerajaan lagi bagus sebab mereka akan cek secara menyeluruh, atas kita jelah nak yang macam mana, so far follow up dua2 klinik.
      yanmie recently posted..Diet Ibu MengandungMy Profile

      1. Hati-hati pengambilan makan yang mengandugi gula tinggi memandangkan Yanmie mengandung kali ini suka makanan manis-manis. Nanti berat naik mendadak dan kebimbangan kencing manis ketika mengandung.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge