Drama Runtun Qalbu Slot Zehra TV3

Salam, drama yang akan menggantikan Nazihah iaitu Drama Runtun Qalbu Slot Zehra TV3 akan mula bersiaran pada 21 September ini, kalau tengok pada promo tv3 macam best aje drama ni, apa yang menariknya drama 13 episode ini, pelakonnya di bintangi oleh pelakon terkenal Fasha Sandha, Kamal Adli, Fida Ibrahim, Shah Iskandar dan ramai lagi.

drama runtun Qalbu

Saya pasti drama Runtun Qalbu ini pasti mendapat sambutan, mana tidaknya aktress terkenal fasha sandha yang berlakon, saya sejujurnya minat dengan lakonan fasha,dia pandai dalam menjiwai watak, beri sahaja watak macam mana, mesti watak tersebut berjaya dilakonkan, kalau dari segi lain tu saya tak ambik port, saya suka lakonan fasha aje, plus lately fasha nampak sangat comel sejak berbadan dua ni, auuww~

Sinopsis Runtun Qalbu

RUNTUN QALBU menceritakan Qalbu yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah.

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

– Sama-sama kita saksikannya nanti ^__^

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

3 thoughts on “Drama Runtun Qalbu Slot Zehra TV3”

Leave a Reply

Your email address will not be published.