Kaki Kejang Ketika Hamil

Salam, alhamdulillah rasa macam cepat pulak masa berlalu, rasa Kaki Kejang Ketika Hamil kini melanda sejak memasuki trimester ke 2 ni, semalam kejang kaki lagi untuk kali ke 2, kali pertama bulan lepas, but syukurlah tak kerap sangat, tapi risau juga kalau kerap berlaku macam ni, sakit wooo uuwwwwaa~

kejang kaki semasa hamil

Tapi Kaki Kejang Semasa Mengandung ni sebenarnya adalah perkara yang biasa terjadi kepada ibu-ibu yang mengandung, kebiasaannya terjadi pada trimester 2 dan trimester ke 3.

Pengalaman saya sendiri dari anak pertama sehinggalah ke kandungan yang ke 3 ini, kejang kaki menyerang time saya sedang sedap tidur, dan waktu itulah betis kejang, tak boleh nak buat apa-apa walaupun tidur dalam keadaan yang sangat rileks, dan mujur juga time berlaku kekejangan ini en.hubby ada disisi, dan bukannya sewaktu dia outstation, kalau tak memang jenuh ler saya nak mengatasi kejang kaki ni.

Tiap kali bila kejang, saya akan kejutkan en.hubby dengan cara menepuk sekuat yang mungkin hahahahhahaaa, kesian dia terkejut dari tidur, saya tau en.hubby sakit dek tepukan kuat dari saya, apa boleh buat :(, itu adalah tindakan refleks dari kekejangan kaki tersebut, mujur juga en.hubby tak pernah nak komplen kuikuikui.

Tapi kannnnn memang kesian ler kat en.hubby, tapi seronok pulak atas perhatian dia, ohhhh soooo sweetttt, thanks dear!, en.hubby tak pernah nak mengeluh, seorang yang penyabar sangat-sanggat.

En.hubby ada bagi tips pada saya, sekiranya time kekejangan kaki menyerang time dia takde, dia suruh saya buat macam ni :-

  • Kalau tidur kaki kena tinggikan sedikit
  • Sekiranya kaki kejang, cepat-cepat luruskan kaki (regangkan) dan angkat sedikit jari kaki keatas, dan menggerakkan tapak kaki perlahan-lahan, proses ni agak menyakitkan tetapi insyaallah ianya cepat beransur baik. *memang ini yang hubby buat untuk saya*
  • Urut otot yang kejang *seriau nengok bonjolan kat betis*

*Tetapi biasanya kalau dah cramp memang saya tak daya nak buat ape pun -..-“

Hasil mengoogle, saya kongsikan bersama, kenapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil?

Sumber : Babycenter.com.my

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

– Sekarang dan mula rasa sakit-sakit kaki -..-“

 

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “Kaki Kejang Ketika Hamil”

  1. Masa anak sulung sekali je pernah kena. Terkejut sangat sebab tak pernah tau pasal ni. Husband pula takde masa tu, out station. Syukur anak kedua tak kena langsung =)

  2. Baru saya tahu sebab kejang tu. Dulu ingatkan sebab kurang kalsium dan magnesium je

    RUpa rupanya sebab saiz rahim atau uterus besar menindih salur darah

    Hihi.. Bila baca part sis tepuk suami tu.. teringat pada pengalaman sendiri

    Memang suami tukang legakan kejang kat betis masa kejang tu

  3. Banyak karenah bila mengandung ni. Kejang kaki la…sembat betis la, bengkak kaki la… senngal perut dan macam2, namun demi seorang anak semua tu rela ditempuhi. Moga boleh dapat adik lagi kepada Irfan. Insya Allah…

  4. Kalau bee pun letak kaki atas bantal , tp masaalahnya tidur dah tk hingat kaki tu duk mana ..hehe ..

    kalau terjadi juga n abang tak de akk boleh tekan kuat-kuat ke urat yang timbul tu , dalam seminit dua hilanglah sakitnya .. bee ngandung tiga2 anak pun kena tarik mengkarung , pantang kalau meliat pun kena juga .. sabar je lah banyak2 …

  5. akak yang tak hamil pun sering jugak kena, akak bila kena tu terus jer tegakkan kaki dan entak ke dinding, inshaAllah cepat jer pulihnya… ini pun petua cowok yang bagi sebab dia kan macam biskut kejap ada kejap tak ada hehe

    1. ha’ah kak yang penting kena tegakkan kaki, tapi tu time sedar boleh ler buat gitu, ni selalunya yan kena time tidur (masa mengandung ni), hari-hari biasa jarang kena cramp kaki ni, kalau kebas biasa heheee

Leave a Reply

Your email address will not be published.