Salam, semalam kan hari rabu, haishhh napalah mati-mati duk ingatkan semalam hari selasa, tak pasal-pasal saya kena gi tadika aiman semula hantar baju Taekwondonya, dah ler pagi tu dia pergi tadika dengan uniform tadika, sepatutnya semalam pakai baju sukan hahahaa, buka aje pintu Van rasa macam nak terjojol bijik mata tengok dia sorang aje pakai uniform tadika, baju taekwondo pun tak bawa sebab duk ingat hari selasa heemmmm.

little caliphs sport attire

gambar lama, snap guna handset kamera cap ayam 😀

Ntahlah rasa ralat sangat semalam, buka je Van, Aiman masuk dan Van berlalu pergi, saya macam tercengang kejap, sambil garu-garu kepala, lari masuk dalam rumah then capai handphone tengok tarikh dan hari, hemmmm hari Rabu rupanya…uwaaaaaa…nak nangis sungguh, kesian dengan Aiman, mesti dia malu.

Kelas Taekwondo

Aiman Di Kelas Taekwondo

Jadi pagi tu juga siapkan Haziq dan terus ajak dia ke Tadika untuk hantar Baju Taekwondo tu, uniform tadika tak tukar pun takpe, tapi baju taekwondo tu kalau takde tak boleh masuk kelas, sebab kalau guna uniform takut nanti kotor, jadi dalam pukul 9 pagi macam tu saya hantar baju taekwondo tu, kemain senyum lebar aiman huhuhuuuu….*ni kalau tak hantar, confirm dia dia balik tadika nanti meraung, hahahahaha*.

breakfast di mcdonald

Dah alang-alang kan…saya dan Haziq lajak sampai ke Jusco kikikiki, sampai awal sebelum pukul 10pagi, kedai pun tak buka lagi, lepak kat McDonald dulu breakfast *padahal dah breakfast kat rumah*

shopping jusco

Tak plan pun nak shopping barang baby ni, sebab dah alang-alang lajak ke Jusco kan, ingat nak window shopping aje, hahhh sekali tu amik ko beratus gak abis semalam, beli benda kat atas tu je, belum yang saya beli kat FOS lagi tu, tapi seronok, tak sabar nak tunggu hubby balik dari outstation, pi cari sama-sama, yeayy~

starbucks

Sebelum balik, sejukkan tekak sebab budak bawah ni komplen penat ikut ibu hahahahaaha

starbucks

Hahhh lega katanya, lepas minum-minum ni kami terus balik, takde menyinggah mana dah, kena balik sebelum pukul 1 tengahari sebab Aiman balik pukul 1 tengahari, mujur untuk makan tengahari dah siap awal-awal sebelum keluar rumah.

– Alhamdulillah mujur juga semalam saya Sihat untuk kesana-kemari, syukur Ya Allah.