48 hours Sticky Post.
Salam, masih ingat lagi tak dengan entry saya sebelum ini iaitu Kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” bersama Dutch Lady?, ok nak tahu saya seronok sangat join kempen ini, dan seperti yang telah saya janjikan di entry yang lepas, saya akan kongsikan resepi yang saya cipta sendiri, yang saya namakan Resepi Cupcake Cheese Dutch Lady Untuk Si Manja.
Nama resepi ini seindah rasanya, pelbagai resepi boleh dibuat dan dicipta menggunakan susu, banyak juga idea resepi yang saya dah buat contohnya Avocado Blended, Sweetcorn susu strawberry, agar-agar susu coklat, tapi saya berbesar hati nak kongsikan resepi yang ni, yang mana ianya sangat mudah di sediakan, sedap dan yang penting warna-warna yang terdapat pada Cupcake Cheese Dutch Lady ini sangat mendamaikan, nak makan pun tenang aje rasa, kalau suami, kakak dan adik saya kata sedap, anak apatah lagi puji sampai melambung, sampai naik kembang kempis hidung heheee.
Untuk membuat Cupcake Cheese Dutch Lady Untuk Si Manja, resepinya sangat mudah, follow resepi yang saya berikan dibawah yea.
Bahan-bahan :-
1. 500gm Krim Keju
2. 3 biji telur
3. Gula Kastor setengah cawan
4. Susu Penuh Krim Berkhasiat Dutch Lady 1 cawan
5. Esen Vanilla
6. Strawberry segar
7. Strawberry untuk topping
Cara Menyediakan :-
1. Putar Krim Keju bersama dengan gula kastor sehingga gula kembang dan sebati
2. Masukkan Telur sebiji demi sebiji
3. Masukkan Susu Penuh Krim Berkhasiat Dutch Lady dan teruskan memutar
4. Masukkan Esen Vanilla
Tuang adunan dalam bekas cupcake tersebut, dan bakar selama 30 minit dalan suhu 150 darjah, oh ye cara membakar kek ini menggunakan teknik double boiler.
Tambahkan topping diatas cupcake tersebut dan hias dengan buah Strawberry segar, dan sedia untuk dinikmati.
Macam mana? mudah bukan untuk menyediakannya? saya pasti sekiranya anda mencuba resepi ini, anda akan mendapat pujian dari orang-orang tersayang disekeliling anda.
So tunggu apa lagi?, serlahkan bakat dan idea anda menikmati susu dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 untuk setiap idea yang anda pilih. Keputusan pemenang bagi hari ke 8 hingga ke 14 akan diumumkan pada 3 September 2012, manakala keputusan bagi hari yang ke 15 hingga ke 21 akan diumukan pada 10 September 2012.
Jom sertainya sekarang!, untuk keterangan lanjut sila layari laman Aplikasi Facebook Dutch Lady sekarang!
Waaah sedaap sekali itu sepertinya,, Bikin kepingin sja ituu..
Makasih kak Resepi nya
Saya amat jarang buat kuih dan aneka roti, sebenarnya pengen bisa buat sendiri juga di rumah. Trims dah sharing resep cupcake ini..
Met tahun baru 2014 buat Kak Yanmie dan sekeluarga 🙂
sedapnya!
hoho..rajin buat kek ye..
Sedapnya! 😀
Resepi yang menarik,hehe nanti boleh cuba buat kalau ada kelapangan
tak kira la kak yan nak bagi ke tak, nk ambil jugak gambar ni skeping..nk buat wallpaper…hahaha
mcm sedap.. yg menariknya gambar2 tue semua cantik sangat
Tengok gambar pun dah tahu memang sedap. 🙂
wah sedapnye.kena cube buat ni.
fuhhh..nampak yummyliciiousss….
Macam senang saja.. bahan2 yg diperlukan pun taklah susah sangat nak cari.. hehehe
Assalam, tak sedar air liur jatuh… huahuahua… sedap ! terasa lapar pula tengok cupcake nie…. hehehe
tengok gambar pun dah terliur apatah lagi kalau dapat merasanya fuh…. tak dapat bayangkan..
mak aihhh… terliur habisss… pos le sikit kak yan 😉
Fuhhhhhh! terliur!
asyik syer resepi je. sekali sekala syer rasanya pulak…heeee
haaa betul dah tu kata denaihati..haha..setuju2..pos kat jerteh satu pun ok jugak…
hmmm..yummy…
nampak sangat sedap..yummy..
fuhhhh mengiurkan
Ya Allah…sedap sangat nye nampaakk.. lapar dah rase puase-puase ni… ishk..kene beli cheese cake la nampaknye karang..hihi
puasa ganti ka???hahaha..memang menguji keimanan nih…
Ya Rabbi… sedapnyaaa kak yan.. nk kn buat ni.. tp kat sini sikit punya ssh nk cr strawberry ni.. kalo ada pon xsegar dan mahal. huuuu
Salam, Sweet & Sedap!
Sedapnya cupcake ni.. teringin nak rasa.. 😉