Sakit Kaki Semasa Hamil

Salam, alhamdulillah usia kandungan pun dah 6 bulan, kejap je masa berlalu, tapi tang berat pun sama naiknya huhuhu, takpelah insyaallah lepas bersalin nanti continue buat apa yang patut kuikui, dan pada kandungan 6 bulan ini juga baru saya dapat rasa Sakit Kaki Semasa Hamil, macam ni rupanya sakit kaki orang mengandung ye.

sakit kaki semasa mengandung

Sebab masa mengandungkan anak-anak dulu, takpernah pun ada rasa sakit kaki, memang aktif betul kesana-kemari, bayangkan dulu saya siap nak shopping sendiri dengan perot yang boyot hehee, sekarang ni tak boleh ler, kalau gi mall pun mesti jalan sikit dah sakit kaki, mula lah tangan berpaut pada suami, sian anak-anak kena bawa diri hehee.

Tapi buat masa ni kaki takde bengkak-bengkak lagi, cuma sakit aje ler, maybe sebab penambahan berat badan yang “Melampau” kot, lepas ni kena cubalah google cara diet ibu mengandung, bukan diet untuk kurus, tapi untuk kesihatan si ibu mengandung, tak gitu??

Bila berat banyak naik dikhuatiri nanti penyakit lain pulak datang, haishhhh, ni salah satunyalah ni Sakit Kaki Semasa HamilΒ dan Kaki Kejang Ketika Hamil.

kasut crocodile

So semalam kami ada urusan luar, dan singgah di Plaza Metro Kajang, shopping kasut di Parkson, ber-ia en.hubby carikan saya kasut demi keselesaan, kalau tak biasanya dia tengok aje saya pilih kasut heheee, seronok juga jadi ibu mengandung ni, perhatian memang lebih diberikan auuww~

kasut crocodile

Sandal ni lah yang akan saya gunakan bagi keselesaan kaki ni, kasut-kasut yang ada semuanya bertapak keras, ada pun yang lembut 1 aje, tu pun sebab tinggi, so memang tak boleh pakai, bahaya! tak elok untuk ibu mengandung, so sandal kat atas tu agak sesuai, pakai pun selesa, lembut aje tapaknya.

Tips Pemilihan Kasut Untuk Ibu Mengandung

  • Tapak kasut haruslah lembut, jadi tidak memberi tekanan yang “terlalu” pada kaki

  • Kasut/sandal yang rata, bukan apa agar dapat mengelakkan dari kaki terpeleot ataupun terjatuh, maklum aje ler bila penambahan berat badan berlaku secara mendadak, nak seimbangkan badan pun payah, tu tak pening-pening lagi, dibuatnya pening time tu, tak ke naya?
  • Pilih tapak kasut yang tidak licin, takut nanti lalu kat tempat-tempat basah nanti terjatuh.

* Tapi apa pun, yang penting selesa pada si ibu mengandung tersebut.

– Pakai Sandal atas tu macam rasa pakai selipar jepun, selesa sangat ^___^

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

26 thoughts on “Sakit Kaki Semasa Hamil”

  1. Kepada bakal2 ibu atau sesiapa sahaja yang mencari kasut yang TERBAIK semasa mengndung untuk kurangkan kesakitan di kaki atau sakit pinggang..bolehlah singgah di page FACE BOOK saya SUPERB HEALTH SHOE..insyaAllah mungkin boleh membantu.murah2 je..atau sms/call je trus ..012 2225159..hrp2 dpt membntu.tqvm
    p/s: kena cpt sbb stok slalu abis.

  2. kak sya pula sakit kaki dari awal pregnant…tp aktif semacam…kalau terlalu sakit…rehat la jap…2 hari sblm bersalin boleh lagi bawak kereta sejauh 50km…org cakap kalau aktif cepat bersalin…not for me…mmg dekat due jugak baru baby nak keluar….he3…

  3. Bukan je pada ibu mgandung tapi pada org2 yang mengalami cabaran berat badan juga pasti mengalami masalah sakit dan lenguh2 kaki…jadi cara terbaik adalah mengamalkan permakanan yang sihat seperi lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan pengambilan karbo untuk badan…:D <<<dah macam pakar permakanan lak…hihihi

  4. kalau sakit lagi, cuba akak beli kasut jenama schol (macam ni kot ejaannya, tak pasti la)…bard guna kasut dan sandal jenama ni, memang selasa sangat2…taks akit…and tahan lama…kalau tak sebelum ni, baru guna beberapa bulan je dah nak kena tukar yang baru..

  5. ooo… sakit kaki mcm bengkak gitu yer kak yan.. sy ingatkn simpul biawak/mengkarung, biase kena… mmg sakitnye hamatttt..

    wahh bertuahnye hubby pilihkn kasut… sy pakai kasut Bata comfit jer πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.