Salam, sejak mula disahkan mengandung anak ke 3, antara perkara pertama yang ingin saya miliki iaitu Set Bersalin, bukan apa, set bersalin ni penting sangat untuk kegunaan ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata, biar recover balik apa yang patut.
Google img
Zaman sekarang ni dah moden, tak perlu dah nak rebus segala daun-daun dan akar kayu, semuanya dah siap diproses, dan ada juga yang masih mengamalkan cara tradisional dengan merebus daun-daun dan akar kayu tersebut, bagi saya yang sibuk ni memang beli aje lah, nak cari daun-daun tu semua memanglah tak tahu dan tak kenal segala benda tu, kalau suruh suami yang cari, lagik lerrrr dia tak tahu hahahaa.
So sudahnya kita beli aje, senang!. so apakah Set Bersalin Pilihan Saya?, yang pasti ianya bukanlah yang berasaskan jamu, bukan apa kalau jamu ni payah sikit nak menyusukan anak, takut anak tu terkena kuning nanti tak boleh nak susukan baby, panas orang kata.
Jadi buat anda baka-bakal ibu yang tercari-cari produk set bersalin, ada banyak sebenarnya, saya senaraikan dibawah yea :-
1. Set Bersalin Amway (Tropical Herbs 2011, 2012)
2. Set Bersalin Afiat
3. Set Bersalin Ambar Kenanga
4. Set Bersalin Atika Beauty
5. Set Bersalin Air Mancur
6. Set Bersalin Biodex
7. Set Bersalin Beauty Umaira (Juga ada yang panggil Set Bersalin Umairah
8. Set Bersalin Bidadari
9. Set Bersalin Bhidan Trubellai
10. Set Bersalin Bonda
11. Set Bersalin Biofeld
12. Set Bersalin Cosway
13. Set Bersalin CNI
14. Set Bersalin Cap Menara
15. Set Bersalin DCL
16. Set Bersalin Dnavechee
17. Set Bersalin Dunia Herbs
18. Set Bersalin De’Wajah
19. Set Bersalin Dimaz
20. Set Bersalin Felisa Cosmetic (Ada juga menyebut Felisa Kosmetik, dan keliru dengan Felisa Formula)
21. Set Bersalin Gamat Healin
22. Set Bersalin Gamat Emas
23. Set Bersalin HPA (Ramai ingin membeli online dengan harga asli. Serta bertanyakan komen, testimoni tentang produk)
24. Set Bersalin Hiraq
25. Set Bersalin Har One
26. Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara (Sama dengan Nombor 36)
27. Set Bersalin Idaman
28. Set Bersalin Iris
29. Set Bersalin Khazah Bonda (Kadang2 ada yang mencari Kzanah Bonda, mungkin tersilap menaip)
30. Set Bersalin Kak Engku
31. Set Bersalin Kenanga
32. Set Bersalin Kak Roha (Atau Set Bersalin Roha)
33. Set Bersalin Kak Lana
34. Set Bersalin Leesa Formula (Juga carian berkaitan iaitu Lisa Formula dan Lessa Formula. Ramai yang mencari set lengkap, murah dengan testimoni yang boleh dipercayai)
35. Set Bersalin Mustika Ratu (Juga dikenali Jamu Mustika Ratu, Mustika Ratu Selapan)
36. Set Bersalin Mak Dara (Juga dikenali Set Bersalin JMD, Jamu Mak Dara, Jamu Mak Dara Gold, Ratu Dara, Ratu Mak Dara)
37. Set Bersalin Muna Asy Syifa
38. Set Bersalin Manja
39. Set Bersalin Maharani
40. Set Bersalin Nona Roguy (Juga ada yang mencari Nyonya Roguy, Set Bersalin NR)
41. Set Bersalin Nouvelles Visages (Juga dikenali dengan shortform Set Bersalin NV)
42. Set Bersalin Nyonya Meneer
43. Set Bersalin Nuriz
44. Set Bersalin Natasya
45. Set Bersalin Orang Kampung
46. Set Bersalin Puteri Rembulan
47. Set Bersalin Qurratu
48. Set Bersalin Revell
49. Set Bersalin Rojam
50. Set Bersalin R&Z
51. Set Bersalin Radix
52. Set Bersalin Sendayu Tinggi (Ammy 60 Days)
53. Set Bersalin Salindah
54. Set Bersalin Shaklee
55. Set Bersalin Sari Herba
56. Set Bersalin Sari Ayu
57. Set Bersalin Tanamera
58. Set Bersalin TYT
59. Set Bersalin Warisan Afiat
60. Set Bersalin Warisan Mama
61. Set Bersalin Yusmira
62. Set Bersalin Zura
63. Set Bersalin Zarina Zainuddin
*Sumber : Hospitalbersalin FB
Panduan Memilih Set Bersalin :-
Pastikan ianya mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan, penting untuk kita mengetahuinya, maklum sahajalah kita nak sihat bukan nak cari penyakit kan?, dan Bajet pula, berapa bajet yang anda peruntukkan untuk membeli Set Bersalin tersebut?, orang kata biar ikut kemampuan dan yang pasti ianya digunakan dengan sebaiknya, kalau tak sayang jeler beli mahal-mahal tapi tak digunakan dengan sebaiknya, sebab set bersalin ni bukannya murah!. diatas ada pelbagai jenis set bersalin, saya cadangkan lebih baik anda membuat survey dahulu sebelum membelinya, baca testimoni dari ibu-ibu yang dah pernah menggunakan produk tersebut.
Tidak semua Set Bersalin boleh digunakan oleh ibu-ibu yang bersalin secara czer, jadi sekiranya anda bersalin secara czer, saya nasihatkan agar mencari produk yang sesuai dengan anda. dan buat ibu yang bersalin secara normal tidak ada masalah dalam pemilihan produk set bersalin. Tapi tulah kan kita pun tak jangka bagaimana cara kelahiran yang bakal kita tempuh, adakan secara normal ataupun czer? jadi pilihan terbaik disini, pilih produk yang boleh digunakan untuk berpantang sama ada bersalin secara czer atau pun normal.
Saya sendiri sudah membeli Set Bersalin untuk anak ke 3 ini, walaupun masih terlalu awal tetapi produk tersebut boleh mula digunakan bermula 3 minggu sebelum kelahiran bayi, insyaallah kita usaha, moga segalanya dipermudahkan nanti, aminnnnn.
– Dan apakah Set Bersalin pilihan saya?, nantikan entry saya yang akan datang, tengah tunggu parcel sampai hihihi
*Jom kongsikan Produk Set Bersalin yang anda pernah/gunakan? kongsikan pengalaman anda disini, TQ
Masa isteri saya melahirkan baby Aslah tidak dibenarkan mengunakan set bersalin sebab ada baby Aslah mengidap G6PD. Set tersebut buang begitu sahaja.
Simpati pada saudara, isteri dan anak.
Boleh tau macam mana isteri berpantang yer kalau minyak dan lain2 tak dpt diguna?
Sekali lg, simpati sgt.
banyak betul set utk orang lepas bersali sekarang ni, tinggal siapkan duit je.
saya guna leesa formula tahun 2009 dulu.saya pilih leesa formula sebab senang,dia buat param dlm bentuk krim/lotion.pas tu saya paling suka mas cotet dia sbb berkesan tak sebabkan sembelit.owh tapi tungku dia tu pas 2 bulan pakai kena buang,tungku pakai buang.
Banyaknya Set Bersalin yang terdapat dekat pasaran sekarang ni… Tinggal piliha jer mana yang berkenan di hati…
kadang2 orang silap, samada ianya keperluan ataupun kehendak 😀
zie masih tak tahu nak gna set yg mna… tak beli pun lagi … hari makin dekat.. kalau bole nak jenis yg boleh mkn terus tanpa perlu stop sbb baby jaundis.kalau dh stop susah nk start balik.. petang ni kalau husband balik keje awal baru nak gi survey… risau, tinggl lebih kurang 5 minggu je lg ni..:)
Rasanya Zie dah kena ada tu, tak kisahlah brand apa pun, kakyan tengah menanti parcel sampai ni, kakyan rasa pilihan kakyan kali ni yang terbaik sebab ianya tidak mengandungi jamu so takde masalah untuk menyusukan baby sekiranya baby terkena juandis.
Yang bestnya ada beberapa produk dalam set bersalin tersebut dah boleh diambil seawal 3 minggu sebelum bersalin untuk persediaan awal 😀
itula ..mmg ptut dh ada pun … tp sbb duk fikir x tahu nk beli jenis mana…. kak yan beli set apa… kalau boleh nk elak jugak jenis yg jamu2 ni…
betul tu zie…jamu ni susah sket…cerewet…bila anak dh besar sket baru blh ambil jamu kan…
Lama baru sempat mampir disini… Moga Mbak Yanmie diberi kesehatan untuk menjalani persalinan.Amin.
Dengan persiapan yang matang, Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.
kami semua turut mendo’akan Mbak Yanmie.
Terima kasih Bang Iwan, insyaallah amin mudahan 🙂
kak sya biasa guna leesa formula…tp tak beli 1 set pun…biasa beli pil perawan n pil haruan je…minyak utk baby guna minyak yuyi, barut perut n jel pelangsing beli kt bengkungmoden.com, pek mandian herba n tungku baby kakak yg buatkan, minuman pula beli teh uncang hpa…tungku guna je tungku batu turun temurun…(tk tungku mana pun…malas…he3)…yg utama kak sya sentiasa makan spirulina utk kesegaran bdn dr dulu sampai skrg…
Sama macam masa berpantang kat Aiman dulu, yan guna produk campur2 heheeee, tu pun tak guna semua, punyelah malas adoiiii, kali ni insyaallah nak disiplin lebih hiks!.
Dan masa haziq yan guna Set Bersalin Amway Tropical Herbs, Oklah tapi kali ni guna yang lain, dah beli pun, tunggu parcel aje sampai.
Tang batu tungku tu, memang guna yang turun temurun, tapi kali ni nak beli tungku yang kecik tu kot, tak berat sangat kan? yang ada sebelum ni batu tungku giler berat, nak pegang pun takut terlepas, kang ada yang patang tulang heheee
betul tu..kak sya beli juga tungku herba…tp guna 2 kali je…malas nk kukus…hik3…tp blh je simpan…kot2 hubby kena angin tengah2 malam…blh je guna…guna tungku batu je..lgpun kecik je…
beli 1 set mmg kena disiplin….kak sya ni susah sket…selalu je kantoi…apapun ubat ni kalau mkn secara teratur bagus kesannye…
Kali ni pantang sendiri kak, so kena pilih yang bersesuaian dengan situasi, kalau kat kampung ada juga tradisional, macam mandi air akar kayu ke ape, ni sebab 1st pantang sdiri ni hiks, macam manalah gamaknye nanti 😛
pantang sendiri mmg semua kena buat sendiri…cam kak sya…sebab dok rumah MIL…jadi semua kena buat sendiri…dah la rumah tu besar…penat la juga…nasib baik ada tukang cuci 2 kali seminggu…tp hari2 lain tu kena gak kemas apa yg patut…huhuhu…sebab tu 2 minggu terakhir sebelum habis pantang balik kampung…blh la rehat byk2 sket…apapun best pantang rumah mak….hihihihi