Salam, semalam ada rakan yang berkongsi dengan saya tentang aplikasi yang boleh digunakan bagi Mengesan Kamera AES (Malaysia) Di iPhone, apps ini dibangunkan oleh Seng Hoong Lim, search aje di Aplikasi iPhone anda dengan menggunakan keywords AES (Malaysia).
Automated Enforcement System (AES)
Aplikasi AES Detector juga terdapat pada Android, tetapi saya takde screen shoot tersebut sebab Android suami yang guna heheee. terdapat lebih 800 lokasi pemasangan Kamera AES ni, ada yang dah aktif dan ada yang belum aktif lagi, apa pun ianya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Jom saya share Aplikasi Untuk Mengesan Kamera AES (Malaysia) menggunakan iPhone :-
Terdapat lebih 800 lokasi pemasangan Kamera AES (Automated Enforcement System) di seluruh negara. Apa yang perlu, anda hanya authenticate apps tersebut menggunakan akaun twitter ataupun facebook, suka hati anda, authenticate menggunakan kedua-duanya pun boleh.
Ianya bagi membolehkan anda berkongsi tentang AES tersebut ataupun berchatting tentang lokasi AES tersebut, atau apa-apa sahaja maklumat berkenaan AES tersebut.
Lokasi Pemasangan Kamera AES, begitu banyak disekitar berhampiran rumah saya -..-“
Sebelum itu anda perlulah mengaktifkan terlebih dahulu GPS pada iPhone anda, paparan aplikasi ini seperti biasanya mempunyai paparan pilihan sama ada standard, satelite mahupun hybrid.
Boleh tengok entry ini juga~
- Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Di Selangor
- Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Di Kuala Lumpur
*ada cara sebenarnya untuk mengelakkan kita dari terbawa/membawa laju kenderaan, install sahaja Apps Speed Detector, set aje berapa kelajuan yang anda inginkan, dan apabila melebihi kelajuan yang anda set, bunyi amaran akan berbunyi dan ianya tidak akan berhenti selagi anda tidak memperlahankan menderaan mengikut kelajuan yang telah anda tetapkan, saya sendiri sudah mencuba aplikasi ini.
– Jom Install Aplikasi Kamera AES di iPhone anda.
I’m using AES Mata ni..
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.iconmobi.android.aesmata
kat mane nak download utk iphone neh..
Boleh lawat SDC untuk lokasi terbaru & boleh report kalau ada error point AES tu.
Kalau mengunakan GPS akan dapat alert kadar kelajuan. Selagi mematuhi had laju akan terselamat dari bidikan AES.
ada juga aplikasi macam ni rupanya..
gud info..tq!
tak guna iphone la plk
Nanti nak semak la untuk Android. Kalau ada, boleh la install .. =)
wajib install app ni, kalau tunggu surat saman je la…
menarik…dekat android phone pun ada..AES detector n AES Detector With Map
Assalam, memang terbaiklah…
Android pun ada kan?? Nak download la..
** Takkan entry ni pon nak di politik kan? Hurmmmm!!~
Ada je AES Detector untuk Android.
Siapa pulak yang mempolitikkan tu?
bgslah kalau ada aplikasi ni. xdela rakyat teraniaya dek kerakusan kroni BN
kat mana nak aktifkan GPS tu kak ? heheee
Pegi ke setting iphone -> privacy -> Location Service -> on kan AES MY