Salam, nak tidur tak mengantuk pulak, ni semua gara-gara tengok Felix Baumgartner Melakukan Terjunan Dari Angkasa – Live Jump Redbull Stratos yang baru sahaja selesai sebentar tadi. Nak tahu serba sedikit tentang latar belakang Felix serta pencapaian beliau sebelum ini boleh baca di Wikipedia, jommmm layan Gambar Felix Baumgartner Melakukan Terjunan Dari Angkasa setinggi 128,177 kaki (masa tidak rasmi) dan seterusnya beliau memegang rekod Manusia terbang dengan belon paling tinggi, wowww~ kagum kan?
Pintu mula di buka, perghhh~ saya pulak yang kecut perut hahahahaa
Sebelum ini rekod dipegang oleh Joe Kittinger dengan pencapaian ketinggian terjunan 102,800 kaki pada tahun 1960. Sebelum ini ramai juga pencabar tetapi tidak berjaya mencabar Joe Kittinger.
Felix Baumgartner bersedia untuk terjun *gambar ni memang terbaiklah!*, sumber twitter
Felix Baumgartner telah melalukan terjunan setinggi 128,177 (Masa tidak rasmi) setelah selepas 2 Jam 35 minit naik ke atas
Belon berjaya dibuka, phew~ serius cuak sangat tengok sebelum belon tu dibuka, tengok dia tunggang tebalik, naik risau -..-“
Felix Baumgartner berjaya memegang rekod manusia terbang paling tinggi, woww~
Family Felix Baumgartner, mak pak nangis, dan akhirnya bersorak gembira atas kejayaan anak mereka.
Dah nampak Felix Baumgartner di awang-awangan, ok lega saya hehee, masa yang diambil 4 minit 22 saat
Redbull Stratos Mission Control bersorak gembira atas kejayaan Felix Baumgartner
Felix Baumgartner selamat mendarat
Tahniah Felix!
Apa yang menariknya dengan Live Jump Redbull Stratos ini, visual HD dan data yang dipaparkan sangat jelas dan terperinci, puas hati sangat tengok, dan khabarnya seramai 7 juta orang menyaksikan Live Jump ini menerusi laman youtube tanpa sebarang gangguan paparan.
Saya layan dari iPhone 4S aje sambil baring dan ditemani lampu yang malap heheee, ok daaaa saya nak tido ^__^
– Gambar saya screen capture aje dari iphone 😛
wah memang menajubkan tp gayat giler…
Memang hati kering dengan melakukan penerjunan bebas dari angkasa.
wahh berani betul…
gambar masa nak lompat tu memang cantik ..
Best dan menarik sangat..
meamang pun, tengok gambar kecik ni buat kita kecut perut giler.
Morning! Hilang Stress jika dapat Terjun Macam ni kan?
bukan hilang stress jer.. hilang hati jantung limpa..huhu
Heheheh, kihkihhh!!!! jatung hati limpa hilang tu tak boleh tahan hahahah,
Haiya! Macamana saya boleh miss live streaming ni?
terbaik lah dia ni 😀
nak tgk, tp malangnya saya pakai broadband. tkt abis bandwith. terpaksa la tgk rakaman youtube je pg td 🙁
FuhhH!! myra tengok pun kecut perut..
Memang berani la Feliz nieh..
sama laaa kita kak… tengok LIVE STREAMING HD lagi.. 🙂
Rugi saya tak tengok sebab melayan anak-anak yang demam. Tahniah felix.
moh kita bungee jump pulak.. hehee
kak yan x tido lg, tp syu dah bgun dah..hehe