Kad Komuter 1 Malaysia – Diskaun 50% dari KTMB

Salam, seperti yang telah dibentangkan pada Bajet 2013 baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kad Komuter 1 Malaysia – Diskaun 50% dari KTMB diperkenalkan, dan Diskaun 50% ini boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 kebawah.

Alhamdulillah, diskaun seperti ini yang diharapkan oleh rakyat Malaysia yang menggunakan komuter sebagai pengangkutan harian mereka, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban perbelanjaan pengangkutan.

Pendaftaran bagi membuat Kad Komuter 1 Malaysia boleh dibuat bermula 22 Oktober ini sehingga 21 November di kaunter khas KTMB yang telah disediakan, terdapat 20 kaunter khas bagi urusan pendaftaran Kad Komuter 1 Malaysia ini. Selepas 21 November, kaunter khas ditutup dan pendaftaran hanya boleh dibuat di Stesen Komuter KL Sentral sahaja.

Sebelum ini diskaun diberikan kepada golongan orang kurang upaya OKU dan Pesara, tetapi kini seluruh Rakyat Malaysia juga boleh menikmati diskaun 50 peratus ini tetapi dengan syarat berpendapatan RM3,000 kebawah.

Kad Komuter 1 Malaysia

“Sebagai contoh tambang bas dari Seremban untuk perjalanan sehala (ke K.Lumpur) ialah RM6.70. Naik komuter tambang biasa RM6.00. Dengan adanya kad ini tambang komuter cuma RM3.00.

“Ini bermakna anda dapat menjimatkan kos perbelanjaan sebanyak RM3.00 untuk satu perjalanan,” jimatkan??, nampaknya lepas ni semakin ramailah yang akan menggunakan perkhidmatan Komuter ini, dan secara tidak langsung dapatlah juga mengurangkan kesesakan jalan raya…kannn??

Kad Komuter 1 Malaysia

Cara mendaftar Kad Komuter 1 Malaysia ini hanyalah dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan salinan kad pengenalan, serta mengisi borang dengan lengkap, Kad Komuter 1 Malaysia akan diperolehi pada hari yang sama semasa pendaftaran, Kad Komuter 1 Malaysia ini sah untuk setahun, yuran pendaftaran hanyalah RM1 sahaja.

Walaupun saya bukan pengguna tegar Komuter, nak jugalah daftar Kad Komuter 1 Malaysia ni, manalah tahu tetiba nak guna perkhidmatan komuter ni kan???, lagi pulak suri rumah, sah-sah layak untuk mendapatkan Kad Komuter 1 Malaysia ini heheee.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.ktmb.com.my

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 thoughts on “Kad Komuter 1 Malaysia – Diskaun 50% dari KTMB”

  1. pd suatu hari, sy turun dari komuter dan berlari-lari anak utk dapatkan kad diskaun itew, tibe-tibe sy terpandang gambar Ah Jib Gor pd kad tersebut. Niat sy terus terbantut dan selera makan sy putus selame 7 hari. sekian..

    1. takleh ker klu tk letak gambar beliau. Klu PR akan dtg kalah camner. Tak kerjd 1 hal lg nak print kad baru?

      serampang 2 mata ni… at least dptlah… diskaun pun..

  2. Assalam, kalau kat tempat kami nie memang tak ada komuter nie… aku rasa diskaun 50% tu memang berbaloi kepada pengguna2 KTMB… harap perkhidmatan pun makin meningkat juga… hehhe

  3. bestnya…banyak tu diskaun 50%..tapi harapnya kekerapan komuter dapat ditingkatkan…kadang2 kesian tengok orang kena tunggu komuter lama2…pastu kena berebut2 plak..

    1. Heheeee yelah banyak stesen nak berhenti tu memang betullah, plus pagi pulak memang ramai yang gunakan perkhidmatan komuter ni, tapi bagi mereka yang menjadikan komuter sebagai pengangkutan tetap memang perlulah rasanya apply, jimat.

  4. Satu lagi komitmen kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat. Dalam masa yang sama, kerajaan membelanjakan sebahagian besar wang untuk cover balik tambang itu utk diberikan kepada KTM. Pusing-pusing duit cukai kita juga digunakan untuk bayar tambang kita. Tahniah wahai kerajaan.

  5. macam mana nak buktikan gaji kita bawah rm 3000
    isi borang tulis je gaji kita berapa, perlukan bukti sokongan ke tidak ye

    p/s – nak test gambar tak keluar sebenarnya

    1. Semalam tengok kat berita cakap cuma bawa ic dan salinan ic, ada juga tengok web ktmb, takde sebut pulak pasal bukti sokongan tu, pelik juga macam mana nak tahu orang tu berpendapatan bawah 3K, maybe kena bawa jugalah kot buatnya tetiba perlukan bukti sokongan kan.

      Makasih kak, rasanya dah ok ni, gambar 1st je upload blogspot td.

      1. Hurmmm…. rasanya diorang buat andaian orang yang gaji atas rm3000 akan guna kereta berbanding pengangkutan awam….sebab yang biasa guna dan akan apply pun hanyalah yang golongan middle income cam saya nie

Leave a Reply

Your email address will not be published.