Salam, semalam pergi check up Ibu Mengandung, alhamdulillah kejap je dah 30 minggu, berdebarnya ^__^, ingat lagi tak entry saya Pengalaman Minum Air Gula Semasa Hamil?, hah! semalam dah dapat resultnya hehee, alhamdulillah paras gula/glucose dalam badan adalah normal, lega SANGAT!
MGTT – Modified Glucose Tolerance Test
Bukan apa, sebab mengandung kali ini saya suka makan manis-manis, so memang risau ler kalau kena kencing manis ni, tapi alhamdulillah bacaan adalah normal, lagi pula saya tidak ada keturunan yang menghidap penyakit kencing manis ni, jadi risiko untuk mendapat penyakit tersebut adalah kurang.
Tak sudah-sudah ambil darah, boleh kata setiap kali buat check up mesti darah akan diambil, tapi bagus jugalah atleast dapat tahu apa masalah yang dihadapi, dan syukur sangat paras HB saya dah normal iaitu 11%, leganyaaa!!, BP pun dah normal, so tidak ada masalah Anemia dan Tekanan darah rendah, syukur Ya Allah, tinggal lagi masalah Placenta Low Lying – Uri Dibawah Semasa Mengandung, insyaallah masih ada masa 2 minggu ni untuk Uri tersebut naik, kalau tak….heemmm….tunggu apa keputusan doktor -..-“
– Mujurlah ada Peneman Setia semasa pergi check up 😀
Normal kan ? adik bee baru 4.5 doktor dah kelam kabut ..heran betul ..
puanbee recently posted..Susu Alpha Lipid SD2 : Bagaimana ianya bertindak? Pengedar Alpha Lipid SDII
kak sya teringin nak rasa air gula…tapi tak kesampaian…next baby kot…hik3
syamila recently posted..Page Not Found
semoga semuanya dipermudahkan 🙂
donnyien recently posted..Fikirkanlah semuanya itu..
Insyallah nanti uri tu naik ke atas. Dulu wifey pun uri kat bawah jugak mula-mulanya.
hatiputera recently posted..Jom Kritik Blog Eizil
Insyaallah harapnya begitulah, since kandungan 4 bulan lagi uri dibawah, lagi ada masa 2 minggu untuk uri naik, kalau tak nanti kena tunggu apa keputusan doktor, takut bab2 opret ni hhuhuuhu -..-”
yanmie recently posted..Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) Booster Semasa Mengandung
Assalam, alhamdulillah.. baguslah kak..
Noorikmal recently posted..Khairul Fahmi Dan Leuniey Bakal Nikah Disember Ini
Waalaikumsalam Adik, alhamdulillah syukur 😀
yanmie recently posted..Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) Booster Semasa Mengandung
Syukur Alhamdulillah.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Dan semoga sis sentiasa berada dalam keadaan sihat semasa mengandung.. 😉
Anuar recently posted..Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar
insyaallah, amin…mudahan, TQ 🙂
yanmie recently posted..Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) Booster Semasa Mengandung
Penting tuh mengawal paras gula sepanjang mengandung.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Kusyuk baca
Selalu dikaitkan paras gula tinggi mengandung dengan tanda kencing manis dan bayi yang dilahirkan besar.
Betul tu sebab tu pentingnya menjaga paras gula semasa mengandung ni, tapi kadang-kadang kalau tekak dah teringin sangat layankan juga, tapi sebab saya banyak minum air masak kot dapat cover balik manis tu.
Alhamdulillah setiap bulan scan, baby membesar sesuai dengan usia kehamilan.
yanmie recently posted..Minggu ke 30 Dan Keputusan MGTT (Minum Air Gula)
Alhamdulillah semuanya ok, diharapkan masalah uri tersebut juga akan kembali ok..
ejam recently posted..Tukar Kad Pengenalan Baru di UTC Melaka, Mudah dan Cepat.
Alhamdulillah syukur, insyaallah amin mudahan 🙂
yanmie recently posted..Minggu ke 30 Dan Keputusan MGTT (Minum Air Gula)