Salam, ehhhh dah masuk Trimester ketiga rupanya, kejapnya masa berlalu, sekarang ni duk rasa perut asyik mengeras aje, Perut Mengeras Ketika Hamil atau lebih dikenali sebagai Braxton Hicks Contraction adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada Ibu Mengandung terutamanya bila masuk ke Trimester ke 3.
Cuma harus dikenal pasti sama ada ianya contraction hendak bersalin ataupun sekadar contraction biasa. Apa yang saya alami sekarang ini hanyalah contraction biasa kerana belum lagi masanya untuk melahirkan.
Perut Mengeras Ketika Hamil – Braxton Hicks Contraction biasanya berlaku selama 40-60 saat, tak lama pun, ianya tidak terjadi secara terus menerus dan tanpa disertai rasa sakit cuma kadang-kadang jelah rasa tak selesa sebab perut tiba-tiba mengeras 😀
Contraction ini bukanlah contraction tanda melahirkan anak, melainkan keadaan contraction yang timbul kerana menegangnya rahim dan berserta rasa sakit yang kerap, contohnya dalam sejam 4-5 kali sakit contraaction.
Kadang kala hanya disebabkan ada sentuhan pada perut pun boleh jadi mengeras juga perut ni, posisi juga boleh membuat keadaan contraction ini berlaku, apa yang perlu dilakukan semasa Braxton Hicks Contraction ini berlaku, Ibu Hamil haruslah dalam keadaan rileks, bernafas dalam-dalam dan perlahan-lahan, ubah posisi duduk/baring, dan yang penting kena minum air masak, kerana ianya membantu untuk melegakan perut yang mengeras tadi (Braxton Hicks Contraction).
– Pheww~ tak lama dah ^__^
memang seram kalau contraction. Nak-nak kalau jauh lagi due nya. Huhu
hihi.. keep calm.. its just braxton hicks jer..
saya pun dah 28.. mmg asyik keras jek perut nih.. huhu
Ingatkan nama ubat ke apa tadi. Rupanya keadaan perut yang mengeras. 🙂
Cakap pasal mengandung dan nama pelik ni entah kenapa kepala terfikir adegan 3 Idiot yang baby suka dengar orang cakap “All Iz Well” 🙂
duk rasa baby mengeras kerap sejak semalam..risau pun ada..:)
video dalam artikal tu dah x boleh tengok la
Rasa rindu mengenang saat baby bergerak dalam perut.
Lepas ni rasa sunyi sebab masa buat kerja di pejabat. Babay dah tak de dalam rahim.
Lagipun orang mengandung kan dapat layanan istimewa. Berdiri pun ada orang beri tempat duduk
Tq..
Ketika isteri mengandung selalu juga mengadu perut mengeras hingga hendak bergerak pun tak boleh.
Contraction ni memang sepanjang masa berlaku.
Bila dah dekat waktu kehamilan, makin kerap.
cepat je kan kak? tak lama lagi dah dapat baby baru dah.. =)
wahh seronoknya..lama tak timba pengalaman mcm ni..isteri nth bila pulak nk beranank ni..hahaha
Semoga kak dan bayi kak sihat sihat bila kuar nanti…
Thanks for info.. pasni leh konsi byk lagi info2
Thanks sharing info baik utk ibu memboyot ni.. 🙂
Kata orang kalau mengeras tu baby kat dalam bergerak tetapi perkara biasa jer tu bagi ibu-ibu mengandung.
kalau contraction ianya berkait dengan rahim, pasal baby gerak tu biasa perut akan keras sambil senget2 dek gerakan baby 😀
kak yan.. semoga kite dipermudahkan segala urusan ye kak.. semoga dimudahkan bersalin.. takutkan kak.. hehehe
Insyaallah Yana, aminnnn….tak lama dah kan?, moga semuanya dipermudahkan buat kita ye, kita selamat melahirkan dan baby sihat, insyaallah mudahan Amin…
Take care Yana 😀
Assalam, semoga akak dan bayi yang bakal lahir tu sihat2 saja…. ^_^
Waalaikumsalam adik,
Insyaallah mudahan, terima kasih 😀
masa isteri saya pregnant dulu selalu lah saya raasa perut die..memang keras…macam kejang je…hehehehe
Memang mengeras macam kejang tu 😀
agaknya baby dalam perut tgh exercise dalam perut…hehehe
Contraction terjadi bila rahim menegang, kalau pasal baby tu tak pasti pulak, dulu ingatkan contration disebabkan pergerakan baby 😀
masa wife suruh pegang perut dia..memang keras lah..hehe…terasa sangat…
dok dengar jer crita org pregnant. saya kawen pun belum lagi hihihi
Hihihi Insyaallah Nida akan alaminya nanti 😀