Placenta Low Lying – Uri Dibawah Semasa Mengandung

Salam, sekarang usia kandungan saya mencecah 29 minggu, sekejapnya masa berlalu, sejak kehamilan saya 4 bulan lagi doktor dah detect yang saya mengalami Placenta Low Lying – Uri Dibawah Semasa Mengandung sehinggalah usia kandungan 28 minggu tapi still kedudukan uri dibawah lagi.

Placenta Low Lying - Uri Di Bawah

Placenta Low Lying – Uri Di Bawah ini adalah tahap 1 yang mana ianya tidak menutupi pintu serviks, tetapi dikhuatiri akan berada lagi lebih rendah apabila usia kandungan semakin meningkat, walaubagaimanapun tahap 1 bukanlah tahap Placenta Previa lagi, namun kerisauan tu sentiasa ada kalau tetiba doktor mengesahkan saya mengalami Placenta Previa (Uri dibawah yang menyebabkan tidak boleh bersalin normal, kerana ruang rongga untuk baby keluar ditutupi oleh Placenta/Uri), harapnya tidaklah….

Kebiasaannya Usia awal kehamilan biasa terjadi Uri dibawah, namun ianya akan naik sendiri apabila usia kandungan hampir mencecah 28 minggu, tetapi saya semasa 28 minggu scan, doktor cakap Uri masih dibawah, bersebelahan dengan kepala bayi, dan kepala bayi berada di tepi rongga serviks.

Tunggu Scan minggu depan tengok macam mana, harapnya uri ni dah ternaik sikit, kalau tak risiko bersalin awal/pramatang berkemungkinan, ianya juga boleh membahayakan Ibu dan Bayi, nauzubilla minzalik.., tapi harapnya tidaklah macam tu, takut ok opret2 ni huhuhu, kalau boleh nak baby lahir cukup matang dan lahir secara normal seperti abang-abangnya.

scan 3d4d

Scan 3d4d masa 23 minggu, nampak tak tali pusat tu berselirat kat leher baby, time ni pun uri berkedudukan rendah.

Ada 4 jenis, bergantung kepada kedudukan uri tersebut :-
placenta previa
  • Jenis 1 : Low lying –  uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu  servik( OS )
  • Jenis 2: Marginal – uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pintu servik
  • Jenis 3: Partial –  uri menutupi sebahagian pintu servik
  • Jenis 4: Complete –  uri menutupi keseluruhan pintu servik

Komplikasi dan rawatan

Sekiranya uri anda masih dibawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk mengalakkanya naik keatas. Rawatan pula bergantung kepada tahap placenta previa (PP) tersebut, samada ia menutup keseluruhan laluan bayi atau separuh sahaja. Tahap keterukan dibahagikan kepada 4 jenis. Jenis 1-4. Jenis 1 adalah yang paling ringan, iaitu uri berada dikedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim manakala jenis ke 4 pula bermaksud uri menutup keseluruhan pintu rahim.

Sekiranya wanita mengalami PP jenis ke 4, terdapat risiko tinggi untuk kelahiran pra-matang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simtom pesakit dengan memasukkan pesakit ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP. – portal alamhamil

– Harapnya Uri ni naik atas dan semuanya dalam keadaan baik, amin.

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

24 thoughts on “Placenta Low Lying – Uri Dibawah Semasa Mengandung”

  1. macam mak saya.. dua adik bawah saya kena operate sebab uri bawah. Sorang tu siap ada dua uri. satu atas satu bawah. special kes doktor kata. Alhamdulillah dua-dua sedang menghafaz Al Quran.. 🙂

  2. Selalu saya dengar kalau uri ke bawah tak bole bersalin normal.
    Takpasti kenapa tak boleh bersalin normal.
    Baru tahu, uri akan tutup jalan keluar baby rupanya.
    Itu yang ditakuti oleh ibu yang mengandung kan.

  3. Placenta previa.. Saya baru bersalin pembedahan kerana uri dibawah.

    Lepas baca entri ni.. Teringat masa mula mula doktor beritahu saya..

    Alhamdulillah saya punya kes jenis sedikit saja.

    Jalan keluar tak tertutup.

    Takdir.. baby pula lahir tak cukup bulan. Ujian tuhan

  4. mak ngah syu bru2 bersalin..msa mgandung tu uri bawah thp 1 la..tp Alhamdullilah, takde msalah dan bleh bsalin normal..slalunya thp 2 post shingga ke thp 4 yg kena operate..hehe..smoga semuanya slmat ye..

  5. seingat-ingat masa mula-mula checkup isteri dulu..uri dia pun kebawah ckit..tapi lepas few weeks, dah back to normal..akak banyakkan berdoa..mohon dipermudahkan semuanya. Insya-Allah takda apa-apa kot. Amin. 🙂

  6. Assalam, pening dah…. mcm biology pun ada gak… Apa2 pun semoga akak selamat melahirkan baby tu nanti… banyakkan berdoa agar dipermudahkan melahirkan bayi tu nanti kak… ^_^

  7. Kami mendoakan Yan dan kandungan berada dalam keadaan sihat, semoga kedudukan uri kembali ke lokasi normal dan dapat bersalin normal.
    Urut-urut perut tu dan doalah agar Allah memudahkan dan mengembalikan kedudukan uri tersebut ke kedudukan sepatutnya.

    Kepada Yan jangan stress memikirkan perkara ini kerana ianya tidak baik utk diri dan kandungan Yan…senyum dan gembiralah layan boboiboy berdua tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.