Saya kini berusia hampir memasuki 28 minggu dalam kandungan Ibu, insyaallah lebih kurang 12 minggu lagi saya dah boleh jumpa Ibu, Ayah, Abang Long, Abang Ngah…wahhh!!! tak sabarnyaaa nak jumpa orang-orang tersayang semua, doakan agar Ibu senantiasa sihat dan adik selamat dilahirkan, aminnn.
Pakar Sonografer cakap, hidung saya mancung macam ayah ^___^
Hari tu 13/9/2012 Ibu, Ayah dan abang2 adik pergi ke klinik untuk skodeng adik melalui scan 3d4d, eeiyyyy happy sangat-sangat tau sebab diorang tak sabar nak tengok adik lahir kedunia ini. Sepanjang perjalanan ke Klinik kat Sri Kembangan tu, adik tak tidur pun, adik bergerak aktif dalam perut Ibu, saje nak buat Ibu teruja, lagi pulak Ibu usap perut then cakap kat adik “Baby…please nanti jangan tidur yea, ibu, ayah dan abang-abang nak tengok muka baby”, sebab tu adik tak tidur, adik juga teruja dengan scan kali ini sebab ini adalah pertama kali Ayah melihat adik dalam rahim ibu ^___^
Main tali pusat ^___^
Semasa perut ibu di scan, kedudukan kepala adik hampir-hampir dibawah, montot dan kaki kat atas, sebab itu ibu selalu merasakan tendangan yang kuat dibahagian atas perut ibu, maaf ye ibu kalau tendangan dan gerakan tersebut buat ibu sakit, sebenarnya tendangan tersebut adalah untuk memberitahu bahawa adik nak bergurau senda dengan Ibu, suka sangat bila ibu balas balik tendangan adik dengan mengusap-usap perut ibu sambil bercerita.ย Walaupun Adik masih berada dalam rahim Ibu, adik dapat merasakan kasih sayang Ibu, ohhhh tak sabarnya!
Senyum…tak perlu kata apa-apa ^___^
Ibu, Ayah dan Abang-abang dah tahukan jantina adik?, tak sabarnya adik nak main dengan abang-abang, oh ye! Ibu dah shopping belum baju untuk adik?, ingat tau baju warna biru, putih atau apa-apa jelah asalkan bukan warna PINK, nanti adik kena gelak nanti ๐
Pakar Sonografer cakap, Adik sihat membesar sesuai dengan usia adik didalam perut ibu
Ibu nak tahu tak 1 rahsia?, adik suka ย sangatย bila Ibu usap-usap perut dan bercerita dengan adik, adik suka bila Ibu bacakan/dengarkan ayat suci Al-Quran untuk adik sebelum Ibu lelapkan mata, terasa tenang aje, terima kasih Ibu.
Ibu, take care tau! 12hb ni nanti kita jumpa lagi melalui mesin ultrasound yea, seronoknyeee, tak sabar nak tunjuk aksi ย menendang dan guling-guling kat ibu ย ^___^
– *Bila Baby berbicara, Ibu taipkan aje..ahaks!
hehe..first time tgok scan mcm ni..menarik jugak…semoga babay dalam kandungan tu menjadi insan yang soleh…bagus ibunya..hehe
bestnye… saya pun sedang hamil anak kedua sekarang ni.. nak scan 3d4d ni kat sri kembangan yer?klinik ape eh? murah tak? comelnyerr baby tu.. suka tgk dia senyum.. semoga selamat bersalin nt insyaALLAH ๐
ye kat Sri Kembangan, buat dengan jezzlyn, poliklinik annur ke apatah namanya, lupa pulak, kena buat appointment dulu.
btw terima kasih, insyaallah amin mudahan ๐
moga sentiasa sihat dan kacak selalu. ๐
seronoknye dpt rsa mcm tu.. ๐
Tak surprise kalau macam ini.
Memang tak nak surprise pun, nak buat pemeriksaan detail pasal baby, nak tahu baby ok ke tak
Alaaaaa… Sejuknya mata memandang.. Nurul plak rasa cam x sabor.. hehehe
Take care kak.. ๐
saya nak kawen ! xD
Alahai, Sweet nyer Entry ni! Membuatkan Azie tak sabar nak tengok Adik Aiman & Haziq lahir kadunia. Insya.Allah semuanya selamat. Amin
Assalam, tak lama lagi bertambahlah umat Islam dekat dunia nie… Semoga nanti bila lahir akan menjadi anak yang soleh/solehah dan jadi budak yg baik… Aminnn
subhanallah… betapa besarnya kekuasaan allah… semoga semua selamat dan yan sentiasa dalam peliharaan allah swt
Insyaallah Amin, terima kasih ๐
adik ke???… hihihi…tahniah yan…alhamdulillah semua nampak baik2..semoga selamat melahirkan…
Buat masa ni adik, tunggu lagi 3-5thn baru dia jadi abang plak hahhaa, insyaallah kuota nak cukupkan 4 ๐
k sya pun rancang nk 4 org… ๐
alaaa comelnyaaaaaa
TQ Auntie ๐
bestnyeee nak dapat baby..
Insyaallah Anarm tu pun tak lama lagi, ke wife dah ada isi? hehee ๐
insyaAllah.. harap2 macam tu laa.. ๐