Saya kini berusia hampir memasuki 28 minggu dalam kandungan Ibu, insyaallah lebih kurang 12 minggu lagi saya dah boleh jumpa Ibu, Ayah, Abang Long, Abang Ngah…wahhh!!! tak sabarnyaaa nak jumpa orang-orang tersayang semua, doakan agar Ibu senantiasa sihat dan adik selamat dilahirkan, aminnn.

scan 3d4d

Pakar Sonografer cakap, hidung saya mancung macam ayah ^___^

Hari tu 13/9/2012 Ibu, Ayah dan abang2 adik pergi ke klinik untuk skodeng adik melalui scan 3d4d, eeiyyyy happy sangat-sangat tau sebab diorang tak sabar nak tengok adik lahir kedunia ini. Sepanjang perjalanan ke Klinik kat Sri Kembangan tu, adik tak tidur pun, adik bergerak aktif dalam perut Ibu, saje nak buat Ibu teruja, lagi pulak Ibu usap perut then cakap kat adik “Baby…please nanti jangan tidur yea, ibu, ayah dan abang-abang nak tengok muka baby”, sebab tu adik tak tidur, adik juga teruja dengan scan kali ini sebab ini adalah pertama kali Ayah melihat adik dalam rahim ibu ^___^

scan 3d4d

Main tali pusat ^___^

Semasa perut ibu di scan, kedudukan kepala adik hampir-hampir dibawah, montot dan kaki kat atas, sebab itu ibu selalu merasakan tendangan yang kuat dibahagian atas perut ibu, maaf ye ibu kalau tendangan dan gerakan tersebut buat ibu sakit, sebenarnya tendangan tersebut adalah untuk memberitahu bahawa adik nak bergurau senda dengan Ibu, suka sangat bila ibu balas balik tendangan adik dengan mengusap-usap perut ibu sambil bercerita.ย Walaupun Adik masih berada dalam rahim Ibu, adik dapat merasakan kasih sayang Ibu, ohhhh tak sabarnya!

scan 3d4d

Senyum…tak perlu kata apa-apa ^___^

Ibu, Ayah dan Abang-abang dah tahukan jantina adik?, tak sabarnya adik nak main dengan abang-abang, oh ye! Ibu dah shopping belum baju untuk adik?, ingat tau baju warna biru, putih atau apa-apa jelah asalkan bukan warna PINK, nanti adik kena gelak nanti ๐Ÿ˜€

scan 3d4d

Pakar Sonografer cakap, Adik sihat membesar sesuai dengan usia adik didalam perut ibu

Ibu nak tahu tak 1 rahsia?, adik suka ย sangatย bila Ibu usap-usap perut dan bercerita dengan adik, adik suka bila Ibu bacakan/dengarkan ayat suci Al-Quran untuk adik sebelum Ibu lelapkan mata, terasa tenang aje, terima kasih Ibu.

Ibu, take care tau! 12hb ni nanti kita jumpa lagi melalui mesin ultrasound yea, seronoknyeee, tak sabar nak tunjuk aksi ย menendang dan guling-guling kat ibu ย ^___^

– *Bila Baby berbicara, Ibu taipkan aje..ahaks!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

21 thoughts on “Scan Baby 3D4D”
  1. bestnye… saya pun sedang hamil anak kedua sekarang ni.. nak scan 3d4d ni kat sri kembangan yer?klinik ape eh? murah tak? comelnyerr baby tu.. suka tgk dia senyum.. semoga selamat bersalin nt insyaALLAH ๐Ÿ™‚

  2. Alahai, Sweet nyer Entry ni! Membuatkan Azie tak sabar nak tengok Adik Aiman & Haziq lahir kadunia. Insya.Allah semuanya selamat. Amin

  3. Assalam, tak lama lagi bertambahlah umat Islam dekat dunia nie… Semoga nanti bila lahir akan menjadi anak yang soleh/solehah dan jadi budak yg baik… Aminnn

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge