Selamat Hari Lahir Haziq 5 Tahun

yanmie 18

Salam, hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran putera ke 2 kami, selamat hari lahir Angah sayang!, semoga menjadi anak yang soleh, berjaya dalam hidup…Amin….tak terasa begitu sekejapnya masa berlalu, tak lama lagi Abang Ngah dah nak dapat Adik ^__^, insyaallah.

haziq

Ibu sangat sayangkan Angah, Angah seorang anak yang baik dan sangat penyayang, Angah juga penyejuk hati ibu, Angah tak suka tengok ibu marah-marah ataupun penat, pasti Angah akan memujuk dan membantu ibu, begitu baiknya anak ibu seorang ini.

Nak minta tolong cakap sekali aje kat dia, terus dia bingkas bangun memberikan bantuan, ohhhhh anakku begitu mulianya dikau, terkadang ibu tersentuh hati dengan perbuatanmu sayang, pernah juga ibu menitikkan air mata kerana terharu, ibu risau andai ibu tidak berada disisimu, bagaimanakah dikau nanti? kerana dikau sangat rapat dengan ibu.

Kemana-mana ibu pergi pastinya dikau bersama ibu, terutamanya kini ibu sedang sarat mengandungkan adikmu, dikau senantiasa menjadi peneman ibu dikala ibu sakit, penat, suka dan duka, dikau jugalah yang paling rajin mengusap perut ibu dan bercakap-cakap dengan adikmu di dalam perut ibu ini, ohhhh terharu sangat bila pernah sekali tu dikau bertanyakan, “Ibu…kalau adik ada nanti, ibu sayang tak dengan Angah?”, of courselah sayang dengan Angah…ibu sayang semua anak-anak ibu.

Angah seorang anak yang manja, bukan sahaja manja dengan saya, malah manja pada ayahnya, tak tahu nak describe macam mana, tapi angah memang seorang anak yang baik hati dan jujur, kalau dia salah dia mengaku atas kesalahan dia.

Part yang paling best dia suka cakap, “Angah baik, angah sayang ibu…, angah suka tolong ibu…”, dirumah terlalu banyak kerja-kerja yang tak pernahnya habis, dan dialah yang selalu membantu saya. Ya Allah, terima kasih….menganugerahkan kami seorang anak yang baik dan mulia hatinya, permudahkanlah segala hidupnya didunia dan diakhirat Ya Allah, sesungguhnya tiada tempat lain untukku memohon selain dariMU Ya Allah, Amin…Ya Rabbal Alamin…

Selamat Ulang tahun sayang…besok kita celebrate ye ^__^

18 thoughts on “Selamat Hari Lahir Haziq 5 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Adam Dan Hawa Episode 34

Salam, pagi ni nak pergi klinik ada Appointment, sebelum tu sempat lagi layan Adam Dan Hawa Episode 34, layan~ . . . . . – Adam Dan Hawa Full Episode  

Subscribe US Now