**Update : Klik – Set Bersalin Tanamera Untuk Di Let Go!!
Salam, ingat lagi tak entry saya tidak lama dulu tentang Panduan Memilih Set Bersalin Terbaik?, saya sendiri sudah memilih dan membeli Set Bersalin, insyaallah lebih kurang 2 bulan lagi saya akan gunakannya, kalau diizinkan oleh-NYA. Set Bersalin pilihan saya kali ini iaitu dari Set Bersalin Tanamera.
Anak-anak sebelum ini saya menggunakan set bersalin Tropical Herb, kali ini saya memilih untuk menggunakan Set Bersalin Tanamera sebab hasil dari review yang saya baca, set bersalin ini sangat baik untuk ibu berpantang yang menyusukan bayi dan boleh juga digunakan oleh Ibu yang bersalin secara Pembedahan/Cesarean.
Tambahan pulak produk ini tidak mengandungi sebarang Jamu yang mana semasa menyusukan anak, tidak digalakkan untuk mengambil Jamu kerana dikhuatiri anak akan mendapat penyakit kuning aka Juandis, kalau anak dah memang ada kuning, plus mak pulak minum jamu, itu lagi menambahkan kuning pada anak.
Insyaallah bagi anak ke 3 ini, saya berhajat ingin menyusukan bayi sepenuhnya berbanding dengan anak-anak dulu yang hanya mampu menyusu tak sampai 6 bulan, so sad…huhuhu sebab time tu saya bekerja, dan kali ini insyaallah akan berikan Penyusuan yang Eksklusif untuk bayi yang bakal lahir ini, insyaallah.
Jadi pemilihan Set Bersalin sangatlah penting, selain ianya tidak mengandungi jamu, ianya sangat mudah dan senang untuk digunakan, tak sabar pulak nak try, serius tak sabar nak berpantang heheeee.
Rata-rata review pengguna yang menggunakan Produk ini semuanya memberikan review yang terbaik, produk ini juga turut digunakan oleh Serina Redzuan dan Dynaz Mokhtar.
Jom saya perkenalkan antara produk yang terdapat dalam Set Bersalin Tanamera ni ^__^
Gambar Bengkung ni ambil dari website tanamera, lebih kurang sama saje macam bengkung Tropical Herb yang pernah saya gunakan, confirm selesa ni, atas penggunanya aje nak guna ke tak hhahahahaa.
Buat masa ni saya tak boleh nak review lagi tentang result penggunaan Set Bersalin Tanamera ni, tunggu saya dah guna kang saya berikan review saya pulak, tunggu jelah, tak lama lagi dah heheeee.
Cuma yang merisaukan saya sekarang, boleh ke saya bersalin secara Normal?, sebab sekarang ni kandungan saya berusia 29 minggu tetapi Uri masih berada dalam kedudukan bawah uhukkk, tapi produk ni still boleh guna sebab ianya juga boleh digunakan oleh Ibu yang bersalin secara Pembedahan/Cesarean.
– Minggu depan Appointment lagi, hope Placenta Low lying dah naik hhuhuhu
eh.. kita serupa kak! sesamalah kita berpantang dengan Tanamera yek? 😉 btw.. sy dah start guna dah virgin coconut oil tu.. best!
kak sya ada 3 jenis bengkung…tp simpan je buat pekasam…hehehe…guna bengkung moden je…sbb senang…hasil mmg ok sgt2…walaupun mahal tapi berbaloi3x…. 🙂
Assalam, InsyaAllah ok2 saja nanti tu kak…. ^_^
Emm tak pernah dgr lagi pasal jenama produk ni..hehe..tengok cara ikat benkung tu, teringat pada kngan mngikat benkung utk isteri..mcm2 jadinya..haha
Wifey dulu pun placenta low lying juga rasanya… masa azim…pergi mengurut dan alhamdulillah, ok..
betul tu eyriqazz kata..biasanya mengurut ngn bidan ni memberi kesan positif jugak…
Uri bawah? Ada pendarahan?
Rajin betul lah akk ni , kalah bee yg tk preqnan heheee
kalau dah minat, apa boleh diperkatakan lagi..huhu
bard pun dah beli set tanamera ni..tapi tak tahu dah sampai ke rumah mak ke belum…insyaAllah boleh naik placenta tu, ada banyak masa lagi ni..
nama jenama ni pon dah nmpk hebat dah
selamat bersalin dan berpantang nnti…
Nis penah guna set mustika ratu, Elken & Afiat jer… 😉
kalau tak salah Nurul Redmummy pun pakai produk ni kan masa dia bersalin dulu..
Macam menarik set bersalin ni ek Yan…Lama x jenguk sini… Yan dah tau ke baby apa ? Boy ke Girl?
Pekabar? rajin2 ler jenguk heheee, dah tau gender baby, boboibooyyyyy 😀
2thn lepas beli set NR utk wife, dia ckp ok, dan akan datang juga mungkin guna NR.. 🙂
bila akan datang tu? Wife dah ada ISI lagi ke? 😀