Salam, bulan lepas saya berkesempatan ke Maybank untuk membuka Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Untuk Anak-anak, alhamdulillah. Sebenarnya dah lama nak buka, tapi baru ada masa, itupun sebab dah tak sanggup nak pegang duit untuk anak-anak ni heheee.
Kad SSPN
Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Bukan apa lebih baik kita menabung duit pelajaran untuk masa depan anak-anak kan?, siapa tahu apa pun boleh berlaku pada masa hadapan, dengan adanya juga SSPN ini, layak untuk memohon pembiayaan PTPTN.
Saya merupakan pendeposit kepada anak-anak, hanya saya seorang yang boleh bawa keluar duit dalam akaun tersebut, tetapi dah kita nak simpan untuk masa depan anak, takkan pulak kita nak keluarkan ye tak?, orang kata menyimpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit, untuk anak juga, untuk kemudahan masa depan diorang.
Apa yang menarik dengan SSPN ni? :-
1. Mudah di Tunaikan
Ia nya boleh ditunaikan, maksud saya duit dalam akaun tersebut boleh dibawa keluar oleh pendeposit, tetapi hanya sekali setahun sahaja yang dibenarkan untuk mengeluarkan duit tersebut dengan kadar minima RM500. Tapi dah kita menyimpan untuk anak-anak, biar jelah duit dalam tu kan?.
2. Pelepasan Cukai
Pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM3,000.00 setahun.
3. Insuran
Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Butiran | SSPN-i | Bank (Produk Simpanan Pendidikan) |
Kadar dividen/keuntungan | 2011 – 3.75% 2010 – 3.25% |
2010 0.60% – 2.00% |
Geran Sepadan
|
Maksimum sehingga RM10,000/keluarga
|
Tiada |
Pelepasan Cukai Atas Simpanan | Maksima sehingga RM3,000 | Tiada |
Pengecualian cukai atas dividen/keuntungan | Dikecualikan Cukai | Tiada |
Risiko | Tiada risiko – Jaminan Kerajaan | Risiko rendah – Bergantung kestabilan bank |
Insurans | Tiada Had Maksimum RM100,000.00 (Insurans Amanah-Akaun dibuka oleh pengetua/wakil pengurusan rumah anak yatim)Khairat kematian/pampasan kepada pendeposit sebanyak RM2,000 |
Tiada |
4. Pemberian Geran Sepadan
Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan. maksudnya disini sekiranya ada berpendapatan kurang dari 2000.00 sebulan, dan anak anda merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pendidikan dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran, maka anda akan mendapat Pemberian Geran Sepadan sebanyak RM10,000.00 dari SSPN, menarik kan?
5. Kadar Dividen
Di SSPN Kadar dividen yang diberikan adalah rendah berbanding ditempat lain.
6. Boleh Cek Online
Saya baru sahaja mendaftar untuk eSSPN untuk menyemak akaun secara online, serius senang sangat nak cek kalau ada online ni, dan tadi dah semak, alhamdulillah syukur seronok sangat tengok akaun anak-anak.
Oh ye, di SSPN juga anda boleh membuat simpanan serendah RM20.00 pada bila-bila masa, dan yang penting ianya dijamin oleh kerajaan.
– Saya sudah, anda dah ke belum? ^___^
Anda kata anak dah masuk universiti kan.. duit tu boleh ambil tak kegunaan anak belajar.. atau memang ambik duit ptptn gak.. sebab ada gak menyimpan sket2 tapi tak sempat nak tanya kat ptptn je.. huhuh
I read a lot of interesting posts here. Probably you spend a lot of time writing,
i know how to save you a lot of time, there is an online tool
that creates unique, SEO friendly articles in minutes, just search
in google – laranitas free content source
I see a lot of interesting content on your page. You have to
spend a lot of time writing, i know how to save you a lot of work, there is a tool
that creates unique, google friendly posts in couple of seconds,
just type in google – k2 unlimited content
suatu simpanan yg baik utk masa depan anak anak
anak-anak juga pelaburan masa depan..
belum buat…br ada akaun tabung haji je utk anak..
baru buka asb ja dekat anak2 saya.
bard belum buat lagi untuk Ammar…kena baut gak ni bila balik Malaysia nanti…
Saya pun dah lama nak buat…tp xde masa..huhu
nak kena curik masa jgk ni…
Syu pon dh wat 5 thun lpas,msa mula2 kad nie dperkenalkn..
InsyaAllah… akan buat untuk anak saya juga…
ok jgk nie.. bolah cuba… utk masa depan
Saya pun sudah buka untuk anak-anak. Bila dapat sijil kelahiran akan buka akaun SSPN. Memang mahukan pelepasan cukai selain tabung pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan.
Plugin commentluv blog Yanmie ada masalah keluar error.
Assalam, memang terbaik SSPN nie… cadang nak buka juga nanti… hehehehe
Tak daftar lagi SSPN untuk anak saya, tgk la .. mungkin dlm masa terdekat ini.
insyallah nak buatkan si comel jugalah nanti.. untuk persediaan sambung belajar nanti
untul jangkamasa panjang anak2, memang baik ni, lebih lagi ada peluang dapat geran sepadan tu, kurang faham “sepadan”, tapi RM10k tak perlu bayar kot(kalau cukup syarat).
Betul tu memang baik untuk jangka masa yang panjang untuk anak-anak, bermula dari sekarang.
Sefaham KakYan Geran Sepadan tu macam hadiah lah kot, ehhh??
blom lagi daftar untuk anak2..
blom kesempatan lagi.. 🙂
Saya pun ambil masa yang panjang baru dapat buka akaun ni *punyalah sibuk konon2* hehee 😀
sha belum lagiiiiiiiiiiiiii insyaAllah nak juga buat utk damia..dah masuk umur 2 tahun cik damia kita 🙂
Dah boleh bagi adik kat Damia tu 😀