Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Untuk Anak-anak

yanmie 23

Salam, bulan lepas saya berkesempatan ke Maybank untuk membuka Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Untuk Anak-anak, alhamdulillah. Sebenarnya dah lama nak buka, tapi baru ada masa, itupun sebab dah tak sanggup nak pegang duit untuk anak-anak ni heheee.

kad sspn

Kad SSPN

Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN)  adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Bukan apa lebih baik kita menabung duit pelajaran untuk masa depan anak-anak kan?, siapa tahu apa pun boleh berlaku pada masa hadapan, dengan adanya juga SSPN ini, layak untuk memohon pembiayaan PTPTN.

Saya merupakan pendeposit kepada anak-anak, hanya saya seorang yang boleh bawa keluar duit dalam akaun tersebut, tetapi dah kita nak simpan untuk masa depan anak, takkan pulak kita nak keluarkan ye tak?, orang kata menyimpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit, untuk anak juga, untuk kemudahan masa depan diorang.

Apa yang menarik dengan SSPN ni? :-

1. Mudah di Tunaikan

Ia nya boleh ditunaikan, maksud saya duit dalam akaun tersebut boleh dibawa keluar oleh pendeposit, tetapi hanya sekali setahun sahaja yang dibenarkan untuk mengeluarkan duit tersebut dengan kadar minima RM500. Tapi dah kita menyimpan untuk anak-anak, biar jelah duit dalam tu kan?.

2. Pelepasan Cukai

Pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM3,000.00 setahun.

3. Insuran

Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

ButiranSSPN-iBank (Produk Simpanan Pendidikan)
Kadar dividen/keuntungan2011 – 3.75%
2010 – 3.25%
2010
0.60% – 2.00% 
Geran Sepadan
Maksimum sehingga RM10,000/keluarga
Tiada
Pelepasan Cukai Atas SimpananMaksima sehingga RM3,000Tiada
Pengecualian cukai atas dividen/keuntunganDikecualikan CukaiTiada
RisikoTiada risiko – Jaminan KerajaanRisiko rendah – Bergantung kestabilan bank
InsuransTiada Had Maksimum
RM100,000.00 (Insurans Amanah-Akaun dibuka oleh pengetua/wakil pengurusan rumah anak yatim)Khairat kematian/pampasan kepada pendeposit sebanyak RM2,000
Tiada

4. Pemberian Geran Sepadan

Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan. maksudnya disini sekiranya ada berpendapatan kurang dari 2000.00 sebulan, dan anak anda merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pendidikan dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran, maka anda akan mendapat Pemberian Geran Sepadan sebanyak RM10,000.00 dari SSPN, menarik kan?

5. Kadar Dividen

Di SSPN Kadar dividen yang diberikan adalah rendah berbanding ditempat lain.

6. Boleh Cek Online

Saya baru sahaja mendaftar untuk eSSPN untuk menyemak akaun secara online, serius senang sangat nak cek kalau ada online ni, dan tadi dah semak, alhamdulillah syukur seronok sangat tengok akaun anak-anak.

Oh ye, di SSPN juga anda boleh membuat simpanan serendah RM20.00 pada bila-bila masa, dan yang penting ianya dijamin oleh kerajaan.

– Saya sudah, anda dah ke belum? ^___^

23 thoughts on “Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Untuk Anak-anak

  1. I read a lot of interesting posts here. Probably you spend a lot of time writing,
    i know how to save you a lot of time, there is an online tool
    that creates unique, SEO friendly articles in minutes, just search
    in google – laranitas free content source
    Halley recently posted..HalleyMy Profile

  2. I see a lot of interesting content on your page. You have to
    spend a lot of time writing, i know how to save you a lot of work, there is a tool
    that creates unique, google friendly posts in couple of seconds,
    just type in google – k2 unlimited content
    Catharine recently posted..CatharineMy Profile

  3. Saya pun sudah buka untuk anak-anak. Bila dapat sijil kelahiran akan buka akaun SSPN. Memang mahukan pelepasan cukai selain tabung pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan.

    1. Betul tu memang baik untuk jangka masa yang panjang untuk anak-anak, bermula dari sekarang.

      Sefaham KakYan Geran Sepadan tu macam hadiah lah kot, ehhh??

Leave a Reply to anastasyea Cancel reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Next Post

Adam Dan Hawa Episode 23

Salam, yeayy layan Adam Dan Hawa Episode 23, pheww~ Ain dan Am dan berjumpa semasa mengerjakan umrah, tak sabar nak tengok episode 24 pulak ^___^ ........ – Tonton Online Adam Dan Hawa Full Episode  

Subscribe US Now