Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) Booster Semasa Mengandung

Salam, semalam saya ada appointment di klinik macam biasa, alhamdulillah baby dan ibu sihat, syukur, cumanya semalam saya dapat Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) Booster, seingat saya, kali pertama dapat suntikan ni semasa mengandungkan Anak pertama, masa anak ke 2 takde kena suntik pun.

Suntikan Antitetanus (ATT) Booster Semasa Mengandung

Bagi ibu mengandung yang jarak usia anak antara 5 tahun (aku lah tu!), harus mendapatkan suntikan Antitetanus Booster ini, Suntikan tetanus adalah vaksin yang disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai Clostridium tetani.

Bukan apa dikhuatiri akan mengalami jangkitan semasa melahirkan anak, kita tak tahu dimana kita akan bersalin kan?, mungkin dalam kereta atau dimana-mana sahaja, jadi suntikan ini sekurang-kurangnya dapat melindungi ibu mengandung tersebut dari terkena jangkitan kuman terutamanya pada bahagian luka perineum.

Jadinya semalam saya kena suntik Antitetanus Toxoid Booster ini, sebelum tu nurse ada cakap awal-awal yang suntikan ini agak sakit sedikit semasa ubat masuk kedalam, ok mula-mula tu buat rileks aje sebab rasa macam dah lali dengan jarum-jarum ni, sebab setiap kali pergi check up, saya akan diambil darah, jadinya sakit jarum semasa ambil darah tu dah kebal hehee, tak sakit!, berbeza dengan suntikan Antitetanus yang baru saya terima semalam.

Dia punya sakit tu, Ya Rabbi….mengigil-gigil lengan saya, lebih-lebih lagi bila terasa sangat cecair ubat tu memasuki lengan, nak nangis pun ada hehee, sakit ok!, suntikan masa pertama tu takdelah rasa sakit macam ni, biasa-biasa je, yang ni toksah cakap ler dia punya sakit huhuhu.

Sekarang ni pun masih sakit terasa, lenguh dan kebas sebelah tangan, nak demam pun ada, semalam tidur memang tak boleh mengiring ke sebelah kanan, sakit ya amat!

Malam ni balik kampung, harapnya daku tak demam wuwuwuu~

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

7 thoughts on “Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) Booster Semasa Mengandung”

Leave a Reply

Your email address will not be published.