Salam, baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan Ibu Mengandung di Klinik, doktor mengesahkan saya mengalami tekanan darah rendah, untuk kandungan kali ke 3 ini saya sering menghadapi masalah tekanan darah rendah ini, jangan silap ye, tekanan darah rendah dan kurang darah tu tak sama, nanti saya cerita pasal kurang darah (Anemia) tu nanti.
Tekanan darah rendah, merujuk kepada tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Bagi setiap individu, tekanan darah adalah berbeza-beza, ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah. – Dr.Rozmey
Risau sebenarnya bila tekanan darah rendah ni, takut tetiba pitam kat mana-mana, saya dah lah selalu keluar berdua bersama Abang Ngah, takut-takut nanti pitam dijalanan, tak ke naya?, aiyooo!!!, harap-haraplah tekanan darah ni normal semula.
Untuk memantau tekanan darah rendah saya, saya telah mendapatkan nasihat dari doktor dan nurse di klinik untuk memantau sendiri tekanan darah saya dengan membeli alat memantau tekanan darah (Blood Pressure Monitor) dari Farmasi.
Inilah dia Blood Pressure Monitor yang saya beli dari Farmasi, harganya cumalah RM159.00 sahaja, dan kini saya boleh lakukan pemeriksaan sendiri di rumah.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
- Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu usia, aktiviti seharian, perasaan, ubatan, pendarahan daninfeksi
- Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata, pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Penyebab Tekanan Darah Rendah
- Kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal.
- Dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
- Masalah jantung – Deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah.
Nasihat dari doktor:-
- Jangan berdiri terlalu lama
- Bangun dari duduk ataupun dari baring dengan cara perlahan, jangan mengejut!
- Memakan makanan yang berkarbohidrat rendah
- Banyakkan minum air masak
- Melakukan aktiviti senaman ringan
– Now alhamdulillah bacaan semakin baik.
dorg kata kalau tekanan darah rendah kena makan kekacang n ayam
hehe..orang kata bila mngndung ni mcm2 penyakit yang hadir..darah rendah kencing manis..bila lepas beranak semua tu hilang la..hehe..semoga kak yan dilindungi selalu..Aminnn
penting ada alat ni sendiri kat rumah, senang nak pantau tak payah pergi kelinik. mudahan tekanan darah k yan normal kembali
take care. boleh amalkan makan buah delima. bagus untuk kesihatan
banyakkan memakan hati ayam, hati pari dan kerang insyallah akan memulihkan semula tekanan darah rendah tu.
dengar cakap doktor tu kak…banyakkan berehat…semoga tekanan darah akak akan kembali normal semula
Banyak kan berehat dan elak buat kerja berat .. OK =)
Take care kak.. banyakkan rehat…
Oh pernah kena , tp tak lama .. betul2 dah nak dekat besalin .. harap tkde apa lah kak kan ..
hanie alami kedua-duanya kak yan… tkanan drh rendah dan kurang darah (anemia)…
mmg pernah trjadi insiden “blackout” masa hamil ank sulung… masa tu kepanasan dlm kereta…. tkanan drh rendah. mmg slalu pucat
eliss pernah guna jugak alat ni. abang long yg punya 🙂
Diharap akak banyakkan berehat, luangkan masa untuk melakukan aktiviti beriadah, dan mengamalkan diet yang seimbang.. Insya Allah keadaan akan kembali normal semula.. 😉
hehe..sy antara yg tersilap paham..psl tekanan drh n kurang drh ni..huhu.
apa2 doakan yang terbaik utk yan dan baby.
Salah satu kesan tekanan darah boleh menyebabkan pitam dan pemandangan kabur. Jangan bangun secara tergesa-gesa setelah lama duduk akan menyebab pemandangan akan kelam dan hilang imbangan.
Tekanan darah rendah akan memberi kesan kepada fungsi organ tertentu seperti buah pinggang. Apa pun dapat nasihat doktor.
ye2 betul tu, kalau dulu nak bangun asyik tergesa2 aje, sekarang ni dah tahu serba sedikit, bangun dengan cara perlahan, kalau bangun tergesa2 tu rasa macam bergoncang je rumah, mulalah pening nampak berpinar je