Salam, baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan Ibu Mengandung di Klinik, doktor mengesahkan saya mengalami tekanan darah rendah, untuk kandungan kali ke 3 ini saya sering menghadapi masalah tekanan darah rendah ini, jangan silap ye, tekanan darah rendah dan kurang darah tu tak sama, nanti saya cerita pasal kurang darah (Anemia) tu nanti.

Blood Pressure Monitor Omron

Tekanan darah rendah, merujuk kepada tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Bagi setiap individu, tekanan darah adalah berbeza-beza, ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah. – Dr.Rozmey

carta tekanan darah

Risau sebenarnya bila tekanan darah rendah ni, takut tetiba pitam kat mana-mana, saya dah lah selalu keluar berdua bersama Abang Ngah, takut-takut nanti pitam dijalanan, tak ke naya?, aiyooo!!!, harap-haraplah tekanan darah ni normal semula.

Untuk memantau tekanan darah rendah saya, saya telah mendapatkan nasihat dari doktor dan nurse di klinik untuk memantau sendiri tekanan darah saya dengan membeli alat memantau tekanan darah (Blood Pressure Monitor) dari Farmasi.

Blood Pressure Monitor Omron

Inilah dia Blood Pressure Monitor yang saya beli dari Farmasi, harganya cumalah RM159.00 sahaja, dan kini saya boleh lakukan pemeriksaan sendiri di rumah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

  • Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu usia, aktiviti seharian, perasaan, ubatan, pendarahan daninfeksi
  • Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata, pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Penyebab Tekanan Darah Rendah

  • Kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal.
  • Dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
  • Masalah jantung – Deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah.

 Nasihat dari doktor:-

  • Jangan berdiri terlalu lama
  • Bangun dari duduk ataupun dari baring dengan cara perlahan, jangan mengejut!
  • Memakan makanan yang berkarbohidrat rendah
  • Banyakkan minum air masak
  • Melakukan aktiviti senaman ringan

– Now alhamdulillah bacaan semakin baik.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

16 thoughts on “Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil”
  1. hehe..orang kata bila mngndung ni mcm2 penyakit yang hadir..darah rendah kencing manis..bila lepas beranak semua tu hilang la..hehe..semoga kak yan dilindungi selalu..Aminnn

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge