Salam, dah lewat gini barulah dapat layan Adam Dan Hawa Episode 56, BEST sangat episode 56 ni, Ain akhirnya menerima Am dalam hidupnya.

Malaysia Blogger & Content Creator For Lifestyle & Sharing
Salam, dah lewat gini barulah dapat layan Adam Dan Hawa Episode 56, BEST sangat episode 56 ni, Ain akhirnya menerima Am dalam hidupnya.
Salam, baru-baru ni saya ada buat Kuih Bakar Untuk Minum Petang, 1st time buat kuih ni, boleh tahan jugaklah rasanya, resepi saya ambil dari internet, google aje ye, dah lupa sumber utama resepi ni huhuhu, tapi nak buat tu mudah sangat-sangat, bahan pun tak rumit mana nak cari, pendek kata bahan memang kebiasaannya ada kat rumah.
Antara bahan yang digunakan seperti diatas, tapi saya buat ni tak berapa nak manis pulak, sebab gula tu duk main agak-agak aje, mujurlah saya tabur coklat rice diatas kuih bakar ni, dapatlah menambah rasa manis dalam kuih bakar ni, next time kena tambah lagi sedikit gula hihihi. Tapi myhero-hero tak komplen tu, maybe manis tu dah sesuai dengan citarasa diorang…saya pulak yang tak berapa nak rasa manis hahahaaa, maybe sebab pembawaan budak kot, coz since preggy anak ke 3 ni, saya memang gemar memakan makanan yang manis-manis huhuhu, mujurlah tak kena penyakit kencing manis semasa mengandung ni, syukur.
Salam, dah setel kerja-kerja rumah, so bolehlah layan Adam Dan Hawa Episode 55, haishhhh geram pulak dengan si Johan, dah macam gila talak kuikuikui. Pasal Ain pulak sukalah dia dilamun cinta dengan Am hahaa, so sweet 😀
Salam, malam ini insyaallah skali lagi kita akan berpeluang untuk menyaksikan kejadian alam Gerhana Bulan Penumbra dan Musytari (Lunar Eclipse) 28 November 2012 yang mana merupakan gerhana bulan terakhir bagi tahun 2012 ini.
Jadi bersempena dengan Gerhana Bulan Penumbra ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra pada pukul 9 malam ini sehingga pukul 11:00 malam ini bertempat di Planetarium Negara.
Continue reading “Gerhana Bulan Penumbra 28 November 2012 – (Lunar Eclipse)”
Salam, dalam sarat-sarat macam ni ada juga keinginan nak menjahit heheee, so hujung minggu lepas kami balik ke kampung dan ambil kesempatan yang ada untuk pergi membeli Mesin Jahit bersama pakar tukang jahit iaitu Mak Mertua tercinta hihihi. Ada yang duk tanya, larat lagi ke nak main jahit-jahit ni??, buat masa ni biar en.hubby jadi tukang jahit..ehh?? heheee
Sebenarnya sebelum ni saya memang dah ada mesin jahit tapi yang jenis lama tu tapi yang elektriklah (Mak mertua bagi), tapi dah rosak pun, barang-barang kat mesin tu dah tak lengkap, kalau repair pun banyak makan duit, so makanya beli yang baru.
– Besarnya tulisan Abang Long -..-“
Salam, macam biasa layan drama Adam Dan Hawa Episode 54, sukalah tengok Ain semakin positif, tak sabar nak tengok episode 55 Adam Dan Hawa~
Salam, wiken baru ni kami berkesempatan untuk balik kampung di Jengka 13, alhamdulillah dapat pekena Pulut Durian, memang musim Durian kan sekarang ni?, oh ye bukan durian aje, rambutan dan manggis pun ada, cuma manggis tu tunggu lagi seminggu baru masak elok kot, memang meriahlah, lagi-lagi sepanjang perjalanan balik kampung, sana sini orang duk jual Durian kat tepi-tepi jalan.
Dan Alhamdulillah dapat juga pekena Pulut Durian dari Mak Mertua, menu sarapan pagi yang sangat BEST bila time musim durian ni, tidak lain tidak bukan dah semestinya Pulut Durian.
Salam, tudiaaa lamanya tak update blog, mujur jugalah masih ada mood nak melayan Drama Adam Dan Hawa dah tengok belum Adam Dan Hawa Episode 53?, hiks tensen sungguh lah dengan si Johan ggrrrr!!!
Salam, baru balik dari Parents meet tadika anak, sambil-sambil rehat layan Adam Dan Hawa Episode 52, wahhhhh nampak tak gambar bawah ni? hihihi, layan~