Salam, baru balik dari Klini, singgah AEON Jusco Member Card Day 2012 (J Card Day 7 & 8 November)ย Bukit Tinggi Klang, perghhh giler ramai betul umat manusia kat Aeon Jusco tu seawal pukul 9.30 pagi lagi, kemain semangat lagi diorang nak bershopping, mana tidaknya memang berbaloi betul shopping time members card day ni, harga barang memang mampu miliklah, less sehingga 70%.
Troli memang habis, saya dan anak nak shopping pun tak jadi, tengok aje betapa ramainya, memang sesak, kat dalam lagi ler tak boleh nak bergerak troli tu, ni baru kat tingkat bawah, belum tingkat yang atas-atas lagi huhuhu, nak-nak pulak awal bulan macam ni memang orang tengah “Berduit” ๐
Nak masuk pun dah beratur panjang, belum shopping lagi kat dalam tu, belum nak bayar lagi hihihi, tak sanggupppp makcik!
Yang kat luar-luar ni pun dah sesak, tapi memang murahlah cadar2, bantal segala huhuhu, yang harga 300 lebih saya tengok tinggal seratus aje, murah betul!, nak beli tapi macam tak perlukan pun, lagi pulak kat cashier ni beratur panjang orang bayar -..-“
Dia rambang mata hihihi~
Beli Muffin, anak teringin kuikui
Cheesecake , daku teringin, beli 3 rm9.90 memang murah!
Pelbagai aneka jenis, rambang mata jadinya, tapi tahan-tahan juga nafsu ni sebab kena minum air gula lagi untuk kali ke 2 nanti pada 16hb, hampeeehhhhhh betul!!!
Sudahnya beli roti, kek, dan muffin aje hihihi, sebab kat kaunter ni jelah yang tak ramai orang .
Oklah untuk sesapa nak pergi keย AEON Jusco Member Card Day 2012 (J Card Day) ni, masih ada masa hari ini dan besok, selama 2 hari 7 & 8 November bermula dari 9.00am – 11.00pm.
– Nak shopping barang baby tapi semua dah beli ๐
ramainya orang kat sana..
Tu dia berderet beratur. ๐
J-card,siapa tak nak pergi?
Itu dalam mall,
traffic kat luar mall pun sesak gak
tempat shopping peberet mak bard ni..hehe…
time kasih bagi info, kene cepat2 pergi jusco ni ๐ SALE MURAH!
hujung2 tahun banyak sale..
sampai rambang mata…sedar tak sedar duit laju je keluar mcm air hujan..hehehe =)
sampai nak masuk pun kena beratur, memang padat, kaunter bayar gerenti lagi parah…
Hariz jarang shopping maka tak perlu kot JJ Member card ni. Hehehe
Memang murah… Waaaa nak muffin… ๐
tak pernah ada membercard mana mana shopping mall… eiiii kalaulah ada satu kan best buleh shopping macam org lain. muehehehe
sy banyak mall ada kad .. haa
wahh sedap nye muffin..
Hujung2 tahun ni, duit keluar je la macam air.
bayangkan lah meronta ronta jeritan batin menengok nye jusco sales .. nasib badan la… selalu miss j-card day pasal bekerja…
bila ptg nak singgah pun tak tersanggup…
belum masuk dalam , kat parking pun dah sesak..
huhu..
pehh..ramainya umattt..
fuhhhh lautan manusia. sama la macam J Card Day kat 1 Utama. Penuhhhh….
perghh ramainya orang kak.. memang tak beli saya kalau mcm ni ..
Memang ramai Bee, akak pun memang tak sanggup nak shopping kalau gini, sudahnya beli yang akak ckp kat atas tu je, pening tengok orang ramai-ramai, ni pun sebab tadi pagi ada appointment klinik so singgah kejap kat jusco ni, sekali tengok perghhh~ pengsan ๐
Assalam, less sampai 70%… banyak tu… Macam sedap jer yg dekat bawah sekali tu…
Waalaikumsalam,
memang murah less sampai 70%, bukan selalu dapat less macam ni.
akak xtry lagi makan yang bawah sekali tu, masih penat terasa, belum teringin nak makan heheee ๐