Salam, musim cuti ni memang rajin betul nak masak pelbagai, memang luar biasa betullah rajin ni hehee, ada je permintaan dari anak-anak nak makan itu ini, dan syukur alhamdulillah dalam kandungan yang sarat macam ni masih lagi mampu untuk “cergas” dalam menguruskan hal rumahtangga, alhamdulillah, layan Ayam Bakar Kegemaran Anak-anak ku kikikiki~
Sebenarnya ada 2 resepi Ayam bakar yang ada dalam koleksi, tetapi anak-anak lebih gemar resepi Ayam Bakar yang kat atas ni, sebabnya boleh terus makan je, tak perlu diorang nak buang rempah-rempah yang melekat kat ayam macam dalam Ayam Bakar Berempah ni.
Tapi kami suami isteri gemar kedua-dua cara tersebut, kalau rajin sikit buat yang berempah, kalau malas banyak buat cara yang atas memang kejap je prosesnya, takde main tumbuk-tumbuk rempah hehee, yang penting kedua-dua cara tersebut memang sedap~
– Line internet macam siput sobs…
gua suka ayam madu bakarrr..ini..makan berapa kilo pun gua sanggup. haha..
rajin yan masak…camne la nk bg rajin jugak ni…malas sokmo….huhuhu
eh apsal komen tak keluar
saya harap saya rajin memasak >__<
amboi ayam bakarnya sangat sedap =D
wah nampak sedap…terliur la pulak…last sekali makan ayam percik kelantan bulan puasa lepas…
nampak best , apa kata akk buat untuk bee ? hahaa ngade ..puiiii
sedapnya ayam bakar ni
warnanya je dah buat tambah selera, tak cukup sorang seketul ni…
Hahahaa anak makan memang menambah2, tu tunjuk 2 ketul je, besar tak muat pinggan 😀
Assalam, meleleh air liur nie… hahha.. rajin nampak kak Yan walaupun sarat mengandung…
Waalaikumsalam,
ALhamdulillah diberikan kesihatan oleh-NYA, syukur 😀
Nak try ayam ni, nampak lagi mudah untuk disediakan.
Trylah senang aje, macam kenny rogers atau nandos punya ayam bakar hehee 😀
wow! kena cuba ni. sekarang ni wan selera makan.
Alhamdulillah seronok nak masak kalau ada yang rajin nak makan dan puji heheee 😀
aktif ketika sarat mengandung ni bagus yan, nanti masih nak bersalin senang
Ha’ah kak betul tu, time haziq dulu pun Yan agak aktif, sampaikan bersalinkan dia kat katil biasa aje, xsempat nak ke labour room hahhaa seronoknya lah nak ingat balik misi dengan doktor kelam kabut hehee dan mujur juga tak beranak dalam kereta sebab elok sampai hospital tak lama tu bersalin ke haziq.
Kalau ayam bakar yang berempah kalau makan tentu marvelous. 🙂
Bagi kita yang dewasa ni memang suka yang berempah, tapi bagi anak2 agak leceh sebab mereka tak makan rempah2 tu, jadiknya mak pak jadi tukang buang rempah yang melekat-lekat kat ayam tu 😛
Rugi-rugi. Kalau yang letak bijin dipanggil apa?
Alamakkk tak tau nak panggil ape heehee