Beli Mesin Jahit – Nak Menjahit Pulak

Salam, dalam sarat-sarat macam ni ada juga keinginan nak menjahit heheee, so hujung minggu lepas kami balik ke kampung dan ambil kesempatan yang ada untuk pergi membeli Mesin Jahit bersama pakar tukang jahit iaitu Mak Mertua tercinta hihihi. Ada yang duk tanya, larat lagi ke nak main jahit-jahit ni??, buat masa ni biar en.hubby jadi tukang jahit..ehh?? heheee

kedai mesin jahit

Sebenarnya sebelum ni saya memang dah ada mesin jahit tapi yang jenis lama tu tapi yang elektriklah (Mak mertua bagi), tapi dah rosak pun, barang-barang kat mesin tu dah tak lengkap, kalau repair pun banyak makan duit, so makanya beli yang baru.

kedai mesin jahit

Mak mertua yang temankan kami ke kedai ini, kedai mesin jahit ni terletak di Temerloh Esplanade, memang best banyak pilihan mesin jahit kat sini, ada yang canggih ada yang tak berapa nak canggih, so pendek cerita nak beli kena tengok bajet juga hihihi, yang murah pun ada rm300, tapi tak taulah yang rm300 tu tahan lama mana kan?.

kedai mesin jahit

Big Bos tengah mencari…

kedai mesin jahit

En.hubby tanya yang mana?, saya nak yang atas tu hihihi, tak mahal tak murah, oklah untuk jahit seluar-seluar koyak anak-anak ni kikiki. Seronok giler siap boleh buat lubang baju, jahit butang baju, yang best ada 27 jenis jahitan perghh~ ok jakun hihihi.

kedai mesin jahit

Ok kita test dulu ok ke tak 😀

kedai mesin jahit

Pekerja kedai sedang mengetest dan memberi penerangan tentang cara penggunaan mesin jahit tersebut, Jenama Brother boleh tahan juga sebab ianya adalah produk dari Jepun, nak cari spare part pun mudah.

kedai mesin jahit

See takde diskaun pun, tapi oklah harga berpatutan kot.

Buat masa ni saya tak menjahit lagi, belum start heheee, suami dah rasmikan dulu, dia dah jahitkan kain-kain batik yang akan saya pakai semasa berpantang nanti, auuwww~ so sweet hihihi.

Untuk makluman, saya tak reti menjahit, apa yang boleh saya boleh jahit cumalah seluar-seluar koyak aje kehkeh, kagum dengan Mak dan Mak Mertua, mereka memang terer bab-bab menjahit ni, siap boleh menjahit baju nikah kahwin, cadar, kain langsir..eeee macam-macam lagi ler tempahan menjahit yang diorang ambil, ok jeles~

– Ingat lepas ni nak belajar buat tote bag, pencil box dan yang sewatu dengannya..ekeke

*Pic taken from iPhone 4s

You Might Also Like

12 Replies to “Beli Mesin Jahit – Nak Menjahit Pulak”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge