Dulu Putih Sekarang Kuning – Grading Taekwondo

Salam, semalam Aiman Balik dari Kelas Taekwondo kemain seronok lagi jerit-jerit panggil ibu, duk tunjuk belt warna kuning yang baru dia dapat, agaknya semalam diorang grading Taekwondo kot tu yang dia dapat belt baru tu hihihii, seronok tau hantar anak belajar Seni Mempertahankan Diri ni, balik rumah je mesti dia tunjuk aksi yang dia belajar, memang mencuit hati hahaha.

Kelas Taekwondo

Gambar atas ni masa guna belt warna putih, cari muka siapa paling garang hahahhaa Aiman…Aiman…geli hati ibu dan ayah tengok gambar ni hihihi.

kelas taekwondo

Aiman dengan Belt warna kuningnya ^__^

Baru ni kami balik kampung masa Hari Raya Haji, Tok Wan Aiman ada tanya macam mana gaya Taekwondo, perghh Aiman siap beraksi, siap tunjuk kalau orang tumbuk sini, balas macam ni, nanti penjahat jatuh…bla…bla…lepas tu dia cakap, kalau penjahat bawa pistol lari, jangan tumbuk nanti kena tembak hahahaa.

– Waacchhaaa~ takut tak?? hihihi ^__^

Comments

  1. bergaya sungguh aiman beraksi… teringin jgk nak hantar alya kelas2 mcm ni.. masa pantang kt umah maktok alya, tiap2 hari sabtu maktoknya bawa gi tgk paktam gi kelas silat… balik umah je duk ber ‘eyaahhh2 sambil buat aksi bersilat… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.