Salam, jumaat lepas kami sekeluarga ke Grand Ihtifal Little Caliphs Bandar Puteri Klang Di Hotel Goldcourse untuk Majlis graduasi Aiman, syukur alhamdulillah setelah 2 tahun belajar di Tadika Little Caliphs Bandar Puteri Klang, akhirnya Aiman konvo jugak heheee, baru konvo tadika tapi kemain mak paknye happy ^__^
Muka kegembiraan terpancar hihihi, Alhamdulillah kami suami isteri sangat berpuas hati dengan pencapaian Aiman di Tadika tersebut, memang banyak yang Aiman pelajari dan perolehi dari Tadika ini, terutamanya bab-bab agama dan adab, memang thumbs up!, untuk makluman Tadika Little Calips ini adalah tadika English Islamic.
Kami duduk di meja no 7, berdepan dengan stage
Agenda, pukul 12 baru event habis perghhh punyalah best~
Persembahan dari adik2 tadika little caliphs bandar puteri klang dan little caliphs bandar bukit tinggi klang, nak tahu adik-adik kat atas pentas ni ada yang berumur 3 tahun, comel sangat-sangat hihhi, paling best adik-adik umur 5 dan 6 tahun membuat persembahan macam-macam, siap ada hafazan Al-Quran dan berserta terjemahannya, kagum tau tengok anak-anak kecil membaca ayat suci Al-Quran ni.
Antara persembahan pada malam itu adalah Boria, Nasyid Sepohon Kayu, Dikir Barat (ni kelas Aiman Pra Tahfiz), Choral Speaking, Puisi dan Pentomin, memang berbakat sungguhlah adik-adik ni semua.
Comel adik yang jadi angkasawan ni hihihi
Saat yang dinanti, alamakkk nak menangis snap gambar ni, tetipa time nak ambil gambar tu adalah pulak seorang hamba Allah ni kedepan dan menutup ruang untuk saya snap gambar Aiman, gambar yang terhasil cumalah snap gitu sahaja, ok kecewa -..-“(tunggu gambar dari tadika jelah)
Horayyyy ^__^
Aiman bersama sahabat baiknya ^___^
Alhamdulillah, insyaallah tahun depan Aiman masuk Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama, macam manalah agaknya nanti ye Aiman bersekolah 2 sesi, harapnya tidak ada masalah. Dan insyaallah tahun depan giliran Haziq pula bersekolah tadika di Little Caliphs ni, dah daftar dah pun untuk dia bagi sesi tahun hadapan.
*Pic snap dari iPhone 4s aje
– Video ada tapi belum rajin nak upload, confirm korang kagum dengan budak-budak little caliphs ni kalau tengok video tu, nanti rajin baru upload hihihi.
salam akak,
nk tanya little caliph bandar puteri klang nie bagus tak? coz nak enroll my 5 years old son kat sini utk next year…nampak entry akak psl little caliph nie mcm bagus…dier english medium based kan? monthly fees utk full day biasernyer braper yerr?
mesti bangga si kecil tuuu. hehe..
Tahniah kat aiman ,dah konvo,insyallah nanti konvo degree pula
best giler, english plus islam
tahniah buat aiman..
Wahh tahniah-tahniah adik…
Tahniah Aiman …
Assalam, tahniah Aiman!!!
tajniaha aiman, besar majlis konvokensyen ni. aiman lebih serius dlm gambar sebelah sijil.
wah!! tahniah!!
anak saya pkn little caliphs juga tp di sri gombak, not bad compared to other islamic kindergarten
pehh..sampai buat kat hotel lagi tu. \
dasat betul budak-budak zaman sekarang ye.
wah, dah konvo…. tak sabar nak hantar alisya ke sekolah tahun depan…
tahniah buat Aiman yang dah selamat bergraduasi. baru perasan yang Aiman sebaya dgn anak sulung saya, Amir..nampaknya tahun depan sama2lah mereka melangkah ke tahun 1 😉
Wah hebat Aiman dngan majlis konvokesyen. Cabaran sebenar ketika masuk tahun 1 nanti.
Mesti x sabar masuk darjah 1 kan aiman..
wah seronoknya, aiman dah convo ya..tak sabar kan yan bila anak nak sekolah ni..sy br nak regist kan anak sy masuk prasekolah tahun depan..x sabar plak rs..ibu plak yg excited lebih..hehe