– Alhamdulillah rezeki untuk Baby Irfan.
Sent From My iPhone 4S
Malaysia Blogger & Content Creator For Lifestyle & Sharing
– Alhamdulillah rezeki untuk Baby Irfan.
Sent From My iPhone 4S
Salam, syukur alhamdulillah saya telahpun selamat melahirkan anak ke tiga saya pada 21.12.12 yang lalu, sehari selepas ulangtahun hari lahir saya iaitu 20.12.2012.
Nama : Muhammad Irfan
Lahir : 21.12.12
Berat : 3.2kg
Jam : 5.37 pagi
Cara Kelahiran : Pembedahan (czer)
Semalam saya telahpun dibenarkan balik setelah 5 hari berada di wad bersalin, tetapi malangnya saya balik tanpa Baby Irfan, Baby Irfan pulak admit sebab Juandis/Kuning yang agak tinggi. Sedih sangat, doakan Baby Irfan cepat sembuh ye.
Salam, baru ni MIL bawa Durian dari kampung, banyak pulak tu, dah bosan makan macam tu, MIL buat tempoyak, saya pulak buat Durian Crepe hehee, resepi google aje, saje suka-suka nak buat, dah pernah merasa Durian Crepe Sedap kat SINI. So try buat sendiri walaupun tahu tak sesedap yang pernah saya rasa sebelum ini hehee, orang kata belum cuba belum tahu kan?? so…layan~
Oooo kalau tengok macam mudah je nak buat Durian Crepe ni, hehee…tapi saya buat memang bercinta, crepe tu banyak yang rosak dari yang elok hahhahaa, lipat je terkoyak kikiki, takpelah buat makan-makan je pun, bukan nak buat untuk meniaga kan??
Continue reading “Buat Durian Crepe – Video Resepi Durian Crepe”
Salam, nampaknya ramai adik-adik calon PMR 2012 yang berdebar-debar menanti Tarikh Keluar Keputusan PMR 19 Disember 2012 ini, 2 hari je lagi InsyaAllah dah boleh Semak Keputusan PMR 2012 Secara Online SMS seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Keputusan Penilaian Menengan Rendah (PMR) 2012 ini boleh disemak melalui mySMS bermula pada pukul 10 pagi, 19 Disember 2012 sehingga pukul 11.59 malam, 25 Disember 2012 dengan mengikuti langkah seperti diatas.
Selain itu boleh juga menyemak Keputusan PMR 2012 Secara Online, klik SINI
– Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang ^__^
Salam, wahh lama juga blog ni menyepi ye, keadaan kesihatan yang kurang baik membataskan saya untuk mengupdate blog ini, tapi sebenarnya ada je pun intai-intai dari phone heeee, layan jom Drama Setia Hujung Nyawa Slot Akasia TV3 yang akan mula bersiaran pada 24 December 2012 ini nanti.
Drama 28 episode ini bakal menggantikan Drama Cinta Itu Milikku, drama Setia Hujung Nyawa dilakonkan oleh barisan pelakon seperti Nelydia Senrose sebagai Ersalina, Amar Ashraff, Raja Ema, Zila Bakarin, Hilal Azman, Talha Harith dan Bea Rameshan serta ramai lagi.
Salam, syukur alhamdulillah kini usia kehamilan saya hampir ke penghujung trimester ke 3, sekarang ini hanya menanti hari saja, Doktor Cakap Get Ready! weeee~ tak sabarnya, saya pun dah start amalkan meminum Air Kelapa Muda.
Jangan tak tahu, air kelapa muda ini banyak khasiatnya selain ianya baik untuk Ibu Mengandung aka Hamil. Dikatakan dengan mengamalkan meminum air kelapa muda ianya dapat membersihkan badan dan kepala bayi dalam rahim.
Salam, jangan lupa ye untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan Malaysia menentang Thailand pada pukul 8.00 malam ini, Siaran Langsung Malaysia Vs Thailand ini boleh disaksikan melalui siaran TV RTM1 dan Astro 813, bagi mereka yang tidak dapat menyaksikkannya dikaca TV, boleh juga menyaksikan perlawanan bola sepak ini melalui Live Streaming Malaysia Vs Thailand (Separuh Akhir Pertama) – Piala AFF Suzuki 9 December 2012 melalui pautan dibawah.
Live Streaming Malaysia Vs Thailand Piala AFF Suzuki 9 December 201
Malaysia 1 – 1 Thailand
Saya pasti ramai peminat mahupun bukan peminat bola pastinya malam ini mengharapkan agar Malaysia berjaya menewaskan pasukan Thailand.
Salam, sambung layan drama online Adam Dan Hawa, malam ni ramai yang geram dengan mak Johan dan juga Dee kuikuikui.
Salam, nampaknya penantian bilakah iPhone 5 Malaysia akan tiba? jawapannya adalah pada 14 Disember ini, perkara ini telahpun disahkan sendiri oleh pihak Apple, boleh rujuk di SINI, nampaknya dah ramai yang tak sabar-sabar ingin memiliki Smartphone canggih iPhone 5 ini, serius saya pun teringin hehee, tapi tak mampu nak beli, guna ajelah iPhone 4s yang ada ni, kalau tak dan buat dah Daftar Minat Celcom & Maxis wuwuu~
Apple menawarkan iPhone 5 dengan harga RM 2,190 (16GB), RM 2,590 (32GB) dan RM 2,890, nak tahu Spesifikasi iPhone 5 ini boleh tengok Di SINI, dan baru-baru ini saya ada menerima sms tentang tawaran berkenaan promosi iPhone 5 dari Celcom dan juga Maxis, kalau berminat bolehlah isi form yang telah disediakan oleh provider tersebut dilaman web mereka.
Continue reading “Harga iPhone 5 Di Malaysia – 14 December 2012 (Daftar Minat Celcom & Maxis)”
Salam, layan drama online pepagi ni, semakin memuncak plak rasanya drama Adam dan Hawa ni heheee, suka sangat, syiok sendiri tengok Am dan Ain hahaha *teruk betul!*
Suka betul time ni, gelak syiok sendiri nengok Am dengan Ain hihihi