Salam, semalam seharian berada diluar, dalam keadaan sarat ni larat lagi nak “berjalan jauh” hihi, kami selekuarga ke Melaka, ada Reunion en.hubby, jumpa kawan-kawan masa sekolah rendah kat rumah cikgu diorang, perghhh kagum betul diorang siap boleh ingat lagi sejarah lama, gelak je dengar diorang bersembang hahahahahaa, ok layan~

melaka

Kami gerak dari rumah dalam pukul 7.45 pagi macam tu lah, sampai Ayer Keroh dalam pukul 10.30 macam tu kalau tak silap, berkumpul di laman seri Melaka yang baru je buka pada 1 December yang lalu. Ramai juga family yang datang Reunion ni, kemain happening giler, tu rasanya tak kumpul ramai-ramai lagi diorang, kalau tak mau bertambah riuh rumah cikgu tu kikiki.

reunion

En.hubby tengah, kiri tu Cikgu diorang semasa sekolah rendah, dah nampak macam sebaya ler pulak kan?, kalau dengar cerita diorang cikgu ni dulu nampak garang, sekarang tak nampak pun garangnya, dah macam member pun ada ekekeke.

reunion

Ha…ni kami 7 family semuanya, ramai lagi kot yang tak dapat datang, rasanyalah hihihi….

Sesi sembang-sembang dan makan-makan tak ambil pun gambar, tak ingat langsung, tang makan tu memang meriah, siap buka meja lagi, makanan pulak pelbagai, tak berhenti wife cikgu tu memasak, actually wife cikgu tu pun cikgu sekolah rendah diorang juga dahulu. Memang diorang kenallah dengan wife cikgu ni.

Terima kasih Cikgu kerana sudi menerima kedatangan kami semua, lepas dari sini, kami 4 kereta pergi ke Nilai 3 pulak, cuci mata.

nilai3

Nilai 3

nilai3

Nunggu wife shopping, tapi saya tak berapa nak rambang mata sebabnya diorang parking kat bahagian lot yang jual handycraft dan carpet…memang ler tak lalu nak menyopping ekekke, cuba parking kat tempat pakaian, memang laju je langkah hahahhaa.

makan

Makan time, sambil nyembang-nyembang lagi…biasalah lama tak jumpa kan~

Lepas makan, kami ambil haluan masing-masing, dalam perjalanan boleh pulak tayar kereta en.hubby pancit, mujurlah member hubby perasan time kami berhenti di pam minyak, kalau tak naya gak ler nak perusah kereta kat tengah highway huhuhu.

– Apa pun enjoy sangat semalam, seronok juga join Reunion en.hubby ni kikiki~

*Pics taken from iPhone 4s and SonyA390

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

15 thoughts on “Reunion Di Melaka”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge