Salam, sesi persekolahan telahpun bermula bagi tahun 2013 pada 2 Januari yang lalu, dan sejak dari 2 Januari yang lalu jugalah anak-anak saya duk asyik cakap “Best Pergi Ke Sekolah” heheee, alhamdulillah syukur sangat sebab mereka seronok pergi kesekolah.
Tahun ini Aiman masuk Tahun 1 dan Haziq masuk Tadika, macam-macam cerita yang saya dengar dari diorang, rata-rata ceritanya lebih kepada seronok dapat kawan baru kikiki, alhamdulillah.
Untuk hari pertama pertama persekolahan, Aiman dah mula naik Bas Sekolah, suami follow dan intai-intai Aiman disekolah dan macam tu juga waktu balik dari sekolah, nak tengok dia boleh ke tak berdikari, alhamdulillah Aiman tahu apa nak buat bila masuk kedalam kawasan sekolah, tahu dimana tempat berhimpun, dimana kelas, nak makan pergi kat mana, nak buang air kat mana, balik nak tunggu kat mana, dah kenal kawan-kawan yang 1 bas, alhamdulillah lega sangat-sangat. 4 hari juga suami jadi “pengintip” heheee, tengok minggu depan macam mana, kalau ok takde masalah, suami akan mula berkerja, dan saya macam biasalah “berpantang”
Aiman sekolah 2 sesi, sesi pagi Aiman ke Sekolah Agama, dan sesi petang ke Sekolah kebangsaan, owhhh betapa kesiannya tengok Aiman, nampak begitu letih sekali, tapi apa boleh buat, demi menuntut ilmu, perlukan pengorbanan, tak gitu??, apa yang penting dia seronok dan tidak mengeluh. Tapi tulah sangat kesian, pukul 8 malam dah terbongkang tidur…penat kot -..-“
Dan sejak dari hari pertama persekolahan lagi, untuk kedua2 sesi, saya menyediakan bekal makanan dan air untuk Aiman, so far dia tak mengeluh dan menerima sahaja apa yang dibekalkan, pendek kata tak cerewet, alhamdulillah.
Ok bercerita tentang Haziq pulak, 3 hari orentasi Tadikanya, tapi kami hanya hantar Haziq Orentasi 2 hari sahaja sebab hari pertama orentasinya bertembung dengan hari pertama persekolahan abangnya.
Hari pertama hantar Haziq ke Tadika, dia cool aje, tak nangis pun, Haziq kena tinggal kat tadika, kawan-kawan yang lain katanya nangis nak ibu ayah diorang heheee.
Balik dari tadika, macam-macam cerita yang saya dengar dari dia, katanya Bestttt dapat ramai kawan, see….budak-budak memang suka berkawan ^__^, dan alhamdulillah syukur sangat-sangat kami tidak mempunyai masalah dalam menghantar anak kesekolah, mereka sangat berdikari, tak nak orang jaga kat sekolah heheee, good boy!
Setakat ni jelah kot, tak banyak gambar yang disnap, sebab urusan-urusan ni semua ditangan suami, saya masih lagi berpantang.
– Seronok tengok ragam anak-anak, mencuit hati ^___^
tringt zaman2 skoleh dulu..hari2 nangis xnk g skolah..hihih
seronok plak tengok anak2 pergi sekolah.. teringat plak zaman kecil-kecil dulu.. 🙂
bagus laa suka pergi sekolah.. mak ayah pun senang hati skit tak perlu risau sangat
Samalah,alisyapun bukan main seronok dapat pi sekolah skangni…tidur awal,bangun awal….
Cantik baju tadika haziq. Budak2 zaman sekarang ni pandai, tak de nangis2 mcm zaman mak2 dulu hihi..
hehe nak menghantar anak pada hari pertama persekolahan sesuatu yang boleh jadi kenangan.. macam-macam karenah boleh kita lihat.. =)
takde nangis1, senang hati bonda Aiman dan Haziq kat rumah.
rupanya aiman dan haziq sebaya dengan ahmad & zahira yea….tapi ahmad ni manja sket…pemalu sangat sifatnya sama cam umminyer kecik2 dulu…malu nk pergi beli kat kantin…bawa bekal pun malu nak makan….huhuhu…sampai hari ni abah still menjenguk bila masa rehat…teman makan…
zahira alhamdulillah…tak de masalah sebab tadika mmg sediakan makanan….
ingat zaman persekolahan dulu…rindu pula dengan cikgu2..hehehehe
Syukurlah anak tak nangis,mudah kerja mak ayah 🙂
Penat tu memang penat pagi sekolah biasa petang pergi belajar agama. tapi kalau dididik dari kecil seperti ini tak ada masalah. Biar mereka susah, penat sikit waktu kecil supaya besar nanti tidak jadi hantu.
Tertiba rasa macam nak pergi sekolah he..23x
nak usha cikgu2 dekat sekolah tue. Tapi tak ramai cikgu muda.. Tak best
wah… dua2 pun sebaya dengan anak aye… Alif Darjah 1, Dina 6 tahun… weee suka sangat pergi sekolah…
ohh..dah pergi sekolah diorang rupanya..hoho
haziq sebaya dgn anak saya dan bersekolah di tadika lil caliphs juga 😉
Dah besar dah anak sis… Dah pandai pergi sekolah naik bas sendiri… Tentu cikgu dekat sekolah Best.. Itu sebab Haziq dan Aiman suka pergi sekolah…
seronoknya…
pandai aiman dan haziq. anak saya, mula2 seronok, lepas tu kurang seronok. belum dapat kawan katanya.
seronok budak2 baru nak bersekolah, lepas ni xsabar plak nak tunggu cuti sekolah.
Mula2 macam nie bukan anak je seronok, mak bapak pun seronok juga, malahan mak bapak yang terlebih excited hehee