Salam, sesi persekolahan telahpun bermula bagi tahun 2013 pada 2 Januari yang lalu, dan sejak dari 2 Januari yang lalu jugalah anak-anak saya duk asyik cakap “Best Pergi Ke Sekolah” heheee, alhamdulillah syukur sangat sebab mereka seronok pergi kesekolah.

aiman

Tahun ini Aiman masuk Tahun 1 dan Haziq masuk Tadika, macam-macam cerita yang saya dengar dari diorang, rata-rata ceritanya lebih kepada seronok dapat kawan baru kikiki, alhamdulillah.

Untuk hari pertama pertama persekolahan, Aiman dah mula naik Bas Sekolah, suami follow dan intai-intai Aiman disekolah dan macam tu juga waktu balik dari sekolah, nak tengok dia boleh ke tak berdikari, alhamdulillah Aiman tahu apa nak buat bila masuk kedalam kawasan sekolah, tahu dimana tempat berhimpun, dimana kelas, nak makan pergi kat mana, nak buang air kat mana, balik nak tunggu kat mana, dah kenal kawan-kawan yang 1 bas, alhamdulillah lega sangat-sangat. 4 hari juga suami jadi “pengintip” heheee, tengok minggu depan macam mana, kalau ok takde masalah, suami akan mula berkerja, dan saya macam biasalah “berpantang”

aiman

Aiman sekolah 2 sesi, sesi pagi Aiman ke Sekolah Agama, dan sesi petang ke Sekolah kebangsaan, owhhh betapa kesiannya tengok Aiman, nampak begitu letih sekali, tapi apa boleh buat, demi menuntut ilmu, perlukan pengorbanan, tak gitu??, apa yang penting dia seronok dan tidak mengeluh. Tapi tulah sangat kesian, pukul 8 malam dah terbongkang tidur…penat kot -..-“

Dan sejak dari hari pertama persekolahan lagi, untuk kedua2 sesi, saya menyediakan bekal makanan dan air untuk Aiman, so far dia tak mengeluh dan menerima sahaja apa yang dibekalkan, pendek kata tak cerewet, alhamdulillah.

Ok bercerita tentang Haziq pulak, 3 hari orentasi Tadikanya, tapi kami hanya hantar Haziq Orentasi 2 hari sahaja sebab hari pertama orentasinya bertembung dengan hari pertama persekolahan abangnya.

haziq

Hari pertama hantar Haziq ke Tadika, dia cool aje, tak nangis pun, Haziq kena tinggal kat tadika, kawan-kawan yang lain katanya nangis nak ibu ayah diorang heheee.

Balik dari tadika, macam-macam cerita yang saya dengar dari dia, katanya Bestttt dapat ramai kawan, see….budak-budak memang suka berkawan ^__^, dan alhamdulillah syukur sangat-sangat kami tidak mempunyai masalah dalam menghantar anak kesekolah, mereka sangat berdikari, tak nak orang jaga kat sekolah heheee, good boy!

Setakat ni jelah kot, tak banyak gambar yang disnap, sebab urusan-urusan ni semua ditangan suami, saya masih lagi berpantang.

– Seronok tengok ragam anak-anak, mencuit hati ^___^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “Best Pergi Ke Sekolah”
  1. rupanya aiman dan haziq sebaya dengan ahmad & zahira yea….tapi ahmad ni manja sket…pemalu sangat sifatnya sama cam umminyer kecik2 dulu…malu nk pergi beli kat kantin…bawa bekal pun malu nak makan….huhuhu…sampai hari ni abah still menjenguk bila masa rehat…teman makan…

    zahira alhamdulillah…tak de masalah sebab tadika mmg sediakan makanan….

    ingat zaman persekolahan dulu…rindu pula dengan cikgu2..hehehehe
    syamila recently posted..Bila terlampau mengantukMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge