Salam, alhamdulillah hari ni merupakan hari yang ke 40 saya berpantang, masalahnya sekarang penghasilan Susu Ibu semakin merudum, tapi alhamdulillah saya masih lagi meneruskan penyusuan susu Ibu kepada Baby Irfan, sesiapa ada Cara Tambah/Banyakkan Susu Ibu bolehlah kongsikan dengan saya tips/petua.
Gambar baru bangun tidur, tahi mata pun ada lagi hehee
Macam-macam dah buat untuk menggalakkan penghasilan susu ibu, tapi macam tu juga, tidak semeriah sebelum ini, saya juga ada mencuba memakan Lobak Putih yang mana dikatakan dapat membantu dalam penghasilan/penggalakkan susu ibu, ada juga saya makan tapi tak kerap, masalahnya saya cepat jemu dan muak dengan rasa lobak putih tersebut, makan sekali sekala oklah, nak makan hari-hari memang tak lalu..sob..sob..
Saya tidak “STRESS”, malah saya berfikiran positif, selalu beranggapan dan berfikir bahawa susu ibu adalah mengcukupi untuk Baby Irfan selama 2 tahun, tetapi saya tidak dapat menipu diri saya bahawa penghasilan susu ibu saya kini agak merudum, sedih adakalanya melihatkan Baby Irfan menyusu tak puas dan menangis-nangis even “bergayut” lama pun masih tak kenyang.
Orang kata Baby Boy memang kuat menyusu, memang tidak dinafikan, anak-anak saya memang kuat menyusu, sehari 12x menyusu badan, manakan tidak merasa penghasilan susu ibu merudum, maksud saya disini, susu ibu still ada cuma tak meriah. Air masak pun minum 5liter sehari 😀
Horlicks Suam
Google dan tanya kawan-kawan, salah satu cara penggalak air susu iaitu dengan meminum Horlicks suam, perghh kalau yang ni minum sehari 3-4x sehari pun takpe hahaha, sedappp wooo..
Alhamdulillah susu ibu semakin meningkat dari sebelumnya, syukur sangat-sangat, tapi nak kata dapat pam susu ibu macam biasa tu tak dapatlah, sebab tak dan nak pam anak dah nangis nak nyusu, memang kuat sangat nyusu, tengok aje ler bulatnya kemain lagi.
– Kongsi please cara macam mana nak galakkan penghasilan susu Ibu, TQ.
Nice artikel, i will tell to my wife hehehe
info yang bagus, thanks for sharing ye 🙂
wah…tembamnya baby….tips saya pula banyakkan makan lobak putih..brokoli…dan rajin minum barli suam…..setengah jam sebelum pam…minumlah air suam..in sha Allah susu banyak…
Boleh singgah blog saya 🙂
Banyak yang saya amalkan untuk banyakkan susu :
– Rendam halba dalam air panas dan minum
– Campur halba dalam nasik
– minum air longan kering
– Banyak makan lobak putih
– Power pumping
– makan nasik memang banyak gila,huhu
Alhamdulillah, cukup susu untuk anak sampai 2 tahun =)
tembamnya anak akak ekkkk.. mmg terbaik la susu ibu. doakan saya dapat bf untuk anak ke 5 ini..
Banyak tips yang dikongsikan di sini. Bagi saya, ibu hendaklah berfikiran positif dan jaga kesihatan tubuh badan, in sha Allah, bila pam dengan kerap susu akan cukup untuk bayi kita.
bagi saya, mind set kita sangat penting serta tubuh badan yang sihat. kalau badan kita tak sihat dan x cukup nutrien, maka penghasilan susu badan akan terganggu. Sudah banyak tips yang dinyatakan di atas, saya juga masih menyusukan si kecil yang berusia setahun sekarang. semoga puan terus tabah mengharungi liku-liku menyusukan bayi puan.
Chubby betul baby comel nih.
Saya tak buat stok susu sejuk beku, kalau buat, boleh expired sebab baby direct bf. Alhamdulillah, dah 2 tahun, kalau lama sangat baby tak bf, memang boleh bengkak susu jadinya.
dulu MJ pernah beli longan kering tu, tapi tak serasi kot sbb jadi demam..orang kata longan kering ni panas..kalau nak minum kena pastikan cukup air..
comelnya baby tembam sangat..rindu pula nak ada baby hehehe
Minum air rendaman suam kurma merah kering dan longan kering, boleh dibeli di kedai ubat cina….InsyaAllah…
Antara makanan yang banyakkan susu.. Makan oat.. campur horlick.. ada juga herba yang banyakkan susu seperti alfafa
banyakkan makan kacang.. susu jadi pekat dan berlemak
Anak tidur lebih lama dan selesa
Kacang ap?
Boleh tau kacang apa ?
Nampak anak sihat sangat
Panduan tips yang sangat bagus
Omak aoihhh… tembannya pipi!!
Sukanya tengok!!!
Jom tengokSet Menyusu Shaklee di sini. Pastikan anda tidak salah konsep penyususan susu ibu.
IbuCergas
trima qaseh..
perkongsiaan yang sangat menarik
Susu ibu ni rezeki Allah swt. Untung siap yang dapat susukan ekslusif.
Penggalak susu ni Kak zu makan kurma merah.. Horlick.. Lobak putih.. Habbatus sauda.
Dan dah set dalam minda. Nak susukan anak 2tahun
Salam k.yan
Dari pgalaman sy sdnri dan bacaan
1.doa dr Nya mntak dimurahkn rezeki susu ibu
2.konsep supply n demand dr Bby kita
3.sentiasa pam wpun baby xminum df
4.banyakkan minumman spt air suam,rebusan longan kering+gula batu,horlicks,esp shaklee .ini apa yg sy pnah minum
5.makanan spt sup lobak putih+ daun kucai,oat,buah2,sup sawi dll
6.supplement spt shaklee set meyusu if sesuai,saya ambil pil halba dan pil asi sejenis jamu utk hasilkan susu
Semoga membantu
Ooh banyak betul tips daripada maiza.
Hehe yela kak yan.semngat masa tu nak susukan baby boy.siap amil suntikan lg..mmg suntikan ade side effect tp bgntung pd individu n atas risiko kita sdri nk..yg penting niat n fikiran seorg ibu msti postif nk nyusu n pk susu sntiasa byk n least is tawakal pdNya.doa3 😉
kalau dari makanan tambahan seperti supplements, sy boleh cadangkan set penyusuan ibu. sebab selain utk banyakkan susu badan, ia memberi si ibu kecantikan kulit juga.
ramai customer saya yg amek set ini bagi +ve feedback. antaranya, baby cepat kenyang dan perut tak kembung.
apa-apa pun dgn izin Allah jua.
jika akak perlukan bantuan, sy boleh bg tips esklusif penyusuan ibu bagi setiap pembelian set ini.
InsyaAllah
alhamdulillah. baby sy dah masuk 5bln.. dan alhamdulillah, bby sy still breastfeed..
dlu sy ada ambk set shaklee “milk boster”, tp skrg sy ambk anmun latca .. alhmadulillah masih ada..
pada pendapat saya, sikit @ banyak susu ibu bergantung kepada penafsiran ibu itu sendiri. sebenarnya bayi akan minum mengikut keperluan dirinya. bayi berusia 2 bulan tidak sama keperluannya dengan bayi berusia 6 bulan yang sudah mula makan.
apa yang saya amalkan selama menyusukan anak2 (lelaki) selain minum air horlick, boleh juga minum nestum oat & minuman bersusu yang lain seperti milo. elakkan minum teh yang boleh mengakibatkan kembung perut.
Kak yan.. banyakkan minum air dan makan makanan yang berkhasiat.. 🙂
tuudia.. sampai tembam irfan balun susu mak dye,.. wakaka..
5liter sehari tuuu.. awesome !! haha..
Tudia… sunggung-sungguh nak susu…
Untuk tidak ada masalah menghasilkan susu badan. Ada yang beri petua makan buah mata kucing boleh mengalakkan penghasilan susu. Kalau ambil pil pengalak susu akan memberi kesan sampingan kegatalan.
Tak dapat nak kongsikan tip memperbanyakkan susu ibu sebab HP dapat info tentang horlick suam di sini.
Terima kasih di atas perkongsian ilmu.. Sebelum ni saya tahu tentang kelebihan Lobak Putih yang dikukus dalam nasi yang ditanak untuk memperbanyakkan susu ibu.. hari ni baru saya tahu Horlick Suam juga boleh memainkan peranan yang sama…