Salam, alhamdulillah hari ni merupakan hari yang ke 40 saya berpantang, masalahnya sekarang penghasilan Susu Ibu semakin merudum, tapi alhamdulillah saya masih lagi meneruskan penyusuan susu Ibu kepada Baby Irfan, sesiapa ada Cara Tambah/Banyakkan Susu Ibu bolehlah kongsikan dengan saya tips/petua.

irfan40

Gambar baru bangun tidur, tahi mata pun ada lagi hehee

Macam-macam dah buat untuk menggalakkan penghasilan susu ibu, tapi macam tu juga, tidak semeriah sebelum ini, saya juga ada mencuba memakan Lobak Putih yang mana dikatakan dapat membantu dalam penghasilan/penggalakkan susu ibu, ada juga saya makan tapi tak kerap, masalahnya saya cepat jemu dan muak dengan rasa lobak putih tersebut, makan sekali sekala oklah, nak makan hari-hari memang tak lalu..sob..sob..

Saya tidak “STRESS”, malah saya berfikiran positif, selalu beranggapan dan berfikir bahawa susu ibu adalah mengcukupi untuk Baby Irfan selama 2 tahun, tetapi saya tidak dapat menipu diri saya bahawa penghasilan susu ibu saya kini agak merudum, sedih adakalanya melihatkan Baby Irfan menyusu tak puas dan menangis-nangis even “bergayut” lama pun masih tak kenyang.

Orang kata Baby Boy memang kuat menyusu, memang tidak dinafikan, anak-anak saya memang kuat menyusu, sehari 12x menyusu badan, manakan tidak merasa penghasilan susu ibu merudum, maksud saya disini, susu ibu still ada cuma tak meriah. Air masak pun minum 5liter sehari 😀

sarapan ibu berpantang

Horlicks Suam

Google dan tanya kawan-kawan, salah satu cara penggalak air susu iaitu dengan meminum Horlicks suam, perghh kalau yang ni minum sehari 3-4x sehari pun takpe hahaha, sedappp wooo..

Alhamdulillah susu ibu semakin meningkat dari sebelumnya, syukur sangat-sangat, tapi nak kata dapat pam susu ibu macam biasa tu tak dapatlah, sebab tak dan nak pam anak dah nangis nak nyusu, memang kuat sangat nyusu, tengok aje ler bulatnya kemain lagi.

myirfan

– Kongsi please cara macam mana nak galakkan penghasilan susu Ibu, TQ.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 thoughts on “Cara Tambah/Banyakkan Susu Ibu”
  1. wah…tembamnya baby….tips saya pula banyakkan makan lobak putih..brokoli…dan rajin minum barli suam…..setengah jam sebelum pam…minumlah air suam..in sha Allah susu banyak…

  2. Banyak tips yang dikongsikan di sini. Bagi saya, ibu hendaklah berfikiran positif dan jaga kesihatan tubuh badan, in sha Allah, bila pam dengan kerap susu akan cukup untuk bayi kita.
    hawati recently posted..Kisah Shaklee~~~My Profile

  3. bagi saya, mind set kita sangat penting serta tubuh badan yang sihat. kalau badan kita tak sihat dan x cukup nutrien, maka penghasilan susu badan akan terganggu. Sudah banyak tips yang dinyatakan di atas, saya juga masih menyusukan si kecil yang berusia setahun sekarang. semoga puan terus tabah mengharungi liku-liku menyusukan bayi puan.

  4. Minum air rendaman suam kurma merah kering dan longan kering, boleh dibeli di kedai ubat cina….InsyaAllah…

  5. Salam k.yan
    Dari pgalaman sy sdnri dan bacaan
    1.doa dr Nya mntak dimurahkn rezeki susu ibu
    2.konsep supply n demand dr Bby kita
    3.sentiasa pam wpun baby xminum df
    4.banyakkan minumman spt air suam,rebusan longan kering+gula batu,horlicks,esp shaklee .ini apa yg sy pnah minum
    5.makanan spt sup lobak putih+ daun kucai,oat,buah2,sup sawi dll
    6.supplement spt shaklee set meyusu if sesuai,saya ambil pil halba dan pil asi sejenis jamu utk hasilkan susu

    Semoga membantu
    maiza recently posted..minggu ke 17My Profile

      1. Hehe yela kak yan.semngat masa tu nak susukan baby boy.siap amil suntikan lg..mmg suntikan ade side effect tp bgntung pd individu n atas risiko kita sdri nk..yg penting niat n fikiran seorg ibu msti postif nk nyusu n pk susu sntiasa byk n least is tawakal pdNya.doa3 😉
        maiza recently posted..Lee Bos Restaurant sungai petaniMy Profile

  6. kalau dari makanan tambahan seperti supplements, sy boleh cadangkan set penyusuan ibu. sebab selain utk banyakkan susu badan, ia memberi si ibu kecantikan kulit juga.

    ramai customer saya yg amek set ini bagi +ve feedback. antaranya, baby cepat kenyang dan perut tak kembung.

    apa-apa pun dgn izin Allah jua.

    jika akak perlukan bantuan, sy boleh bg tips esklusif penyusuan ibu bagi setiap pembelian set ini.

    InsyaAllah
    blog amir recently posted..Sijil Halal Shaklee 2014My Profile

  7. alhamdulillah. baby sy dah masuk 5bln.. dan alhamdulillah, bby sy still breastfeed..
    dlu sy ada ambk set shaklee “milk boster”, tp skrg sy ambk anmun latca .. alhmadulillah masih ada..

  8. pada pendapat saya, sikit @ banyak susu ibu bergantung kepada penafsiran ibu itu sendiri. sebenarnya bayi akan minum mengikut keperluan dirinya. bayi berusia 2 bulan tidak sama keperluannya dengan bayi berusia 6 bulan yang sudah mula makan.

    apa yang saya amalkan selama menyusukan anak2 (lelaki) selain minum air horlick, boleh juga minum nestum oat & minuman bersusu yang lain seperti milo. elakkan minum teh yang boleh mengakibatkan kembung perut.
    ciklaili.com recently posted..Oreo Crepe dan Mango CrepeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge