Salam, terbaru Drama yang menggantikan Drama Adam Dan Hawa iaitu  Sehangat Asmara Di Astro Mustika HD 134 telahpun di tayangkan bermula pada 21 Januari yang lalu, saya layan juga drama ni, macam biasa layan online je, mujur jugalah ada rakan-rakan yang sudi berkongsi.

drama sehangat asmara

Drama Sehangat Asmara ini dilakonkan oleh barisan pelakon yang hebat-hebat seperti Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena. Serius kalau ada Adi Putra mesti Drama ni best, lagi-lagi heroinnya Rita Rudaini yang pandai menjiwai watak.

Drama ini mengisahkan tentang Cinta pandang pertama Kamilia Najwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?

Sumber Sinopsis : Fb Sehangat Asmara

– Dulu dah pernah baca Novel ni, tapi dah ingat2 lupa, kena selongkar balik rak2 buku, tapi serius novel ni memang best!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

8 thoughts on “Drama Sehangat Asmara Di Astro Mustika HD”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge