Cara Hilangkan Pijar Cili Di Tangan

Salam, nak blogging pun mood ke laut, mana tidaknya tangan pijar cili pulak sob..sob…ni gara-gara mengasingkan biji cili padi huhuhu..taubat terus rasa tak nak pegang cili *ok nangis*, dari semalam lagi rasa pijar ni tak hilang-hilang, jadi mari bantu saya macam mana Cara Hilangkan Pijar Cili Di Tangan.

tomyam berkrim

Ada juga saya google cara hilangkan pijar cili tu, tapi 1 pun tidak membantu heemmmm, maybe saya buat terlalu cepat kot, nanti nak try buat lagi sampai pijar ni hilang..uwaaaa tak menahan, kedua-dua belah tangan pulak tu uhukkk -..-“

Continue reading “Cara Hilangkan Pijar Cili Di Tangan”

Air Cendol Homemade

Salam, musim cendol kot sekarang ni, sana-sini cerita cendol gara-gara SBB2013 kehkehkeh, demam cendol masih terasa dek gara-gara si Jejaka Cendol yang asyik disakat di FB Group Denaihati, oklah asyik duk tengok orang post gambar cendol je, tekak pun teringin nak makan cendol huhuhu, nak beli tak tahu nak beli kat mana, so Air Cendol Homemade ni jeler, sedap juga..opsss tapi cendolnya dibeli siap-siap hihihi.

cendol

Memang puas hati buat sendiri, boleh ejas rasa air cendol tu, suka hati lalalala…saya habiskan je kat atas tu, buat sekali gus hahaaa, meriah seh makannnnn kacang dengan jagung tu kikiki.

Continue reading “Air Cendol Homemade”

Aktifkan Harimu Dengan Minda Aktif

Salam, baru ni dapat bungkusan Pos Laju dari Ustaz Neohas, syukran Ustaz untuk Minda Aktif ini, dapat percuma masa tinggalkan komen di Group FB Denaihati, tak sangka pulak boleh dapat hadiah dengan hanya mencipta dialog dalam gambar yang di post di wall tersebut oleh Denaihati, alhamdulillah rezeki orang kata, semua yang meninggalkan komen dalam status tersebut mendapat hadiah dari Ustaz. terima kasih sekali lagi, dan terima kasih juga buat Denaihati kerana post gambar tersebut untuk kami cipta dialog heeee~

minda aktif

Sebenarnya dah lama mencari Coklat Minda Aktif ni, sebelum ni Mak mertua ada syorkan untuk mengambil Minda Aktif untuk anak-anak tapi saya asyik terlupa sahaja, syukur dapat yang ni, tak rugi sebabnya anak-anak suka makan, lepas ni bolehlah beli untuk diorang.

Continue reading “Aktifkan Harimu Dengan Minda Aktif”

Irfan Dah 2 Bulan

Salam, syukur alhamdulillah, hari ini genap umur Baby Irfan 2 bulan, sekejapnya masa berlalu, masih segar dalam ingatan Pengalaman Bersalin Baby Irfan 21.12.12 yang lalu, ngeri bila ingat balik proses kelahirannya melalui “Tingkap”.

baby irfan

Gambar dalam entry ini adalah gambar pada genap umurnya 2 bulan iaitu pada hari ini, kenangan untuk dia selagi Blog ini masih bernyawa, insyaALLAH saya akan coretkan perkembangan Baby Irfan di blog ini.

Continue reading “Irfan Dah 2 Bulan”

Google Adsense Web Disable (Modified Ad Targeting)

Salam, baru-baru ini salah satu blog saya www.**********.com yang memasang iklan Google adsense telah disable dari Iklan Google Adsense, maksudnya disini tidak dapat memaparkan iklan di blog tersebut kerana dikatakan telah melakukan kesalahan mengubah code adsense.

email

Saya tidak pernah mengubah atau menambahkan code lain kedalam code yang diberikan, selain code yang telah diberikan oleh Google Specialist Adsense semasa saya bermesyuarat dengan mereka di KLCC tidak lama dahulu, boleh baca di SINI.

Saya terus menghubungi pihak google dan memaklumkan tentang permasalahan tersebut, kenapa blog saya dikenakan tindakan tersebut sedangkan saya tidak pernah melakukan kesalahan seperti “Modified Ad Targeting”.

Continue reading “Google Adsense Web Disable (Modified Ad Targeting)”

Rendang Ayam – Masak Guna Pemanggang Ajaib

Salam, serius sejak ada Pemanggang Ajaib ni memang terlebih rajin memasak heheee, ada je idea yang nak dibuat menggunakan pemanggang ajaib ni, manakan tidaknya sebab hasil masakan menggunakan pemanggang ni sangat marbeles, tak sama macam kita guna periuk/kuali, tak percaya boleh tanya mereka-mereka yang biasa menggunakan pemanggang ni. Layan menu kami baru-baru ni, Rendang Ayam – Masak Guna Pemanggang Ajaib.

rendang ayam

Pertama kali masak rendang menggunakan Pemanggan Ajaib, memang sedap, ayam tu lembut je, masak pun cepat, tak perlukan masa yang lama.

Continue reading “Rendang Ayam – Masak Guna Pemanggang Ajaib”

Baby Irfan Meniarap Umur 57 Hari

Salam, baru-baru ni Baby Irfan Meniarap pada Umur 57 Hari, memang betul-betul mengejutkan kami anak beranak, kemain gigih dia nak meniarap, Tahniah sayang…hihihi, layan video Baby Irfan meniarap.

Video ni bukan kali pertama dia meniarap, tapi dah banyak kali, Baby Irfan tidur pun suka mengiring, maybe sebab tu senang untuk dia meniarap kot.

Continue reading “Baby Irfan Meniarap Umur 57 Hari”

Semak Keputusan Peperiksaan SPM 2012 Online & SMS

Salam, bermula pada 20 Mac 2013 ini, calon pelajar yang menduduki SPM pada 2012 boleh menyemak keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Menegah (SPM) di sekolah masing-masing bermula pada pukul 10 pagi.

kementerian pelajaran malaysia

Keputusan SPM 2012 juga boleh disemak melalui Online SMS dengan mengikuti langkah dibawah.

Continue reading “Semak Keputusan Peperiksaan SPM 2012 Online & SMS”

Lirik Lagu Masih Aku Cinta – Lagu Baru Shila Amzah

Salam, baru sudah dengar lagu baru Shila Amzah di Youtube, lagu Shila yang baru ini ditujukan buat Sharnaaz Ahmad, perkara tersebut di sahkan melalui laman twitter miliknya, hayati tiap bait Lirik Lagu Masih Aku Cinta.

Lirik Lagu Masih Aku Cinta boleh tengok di SINI

Janganlah kita mentertawakan atau mempersendakan dia, kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, pada Shila banyakkan bersabar, “kalau dia jodoh untuk kita insyaALLAH dia untuk kita”.

– Pernah tengok video parody Shila Amzah menangis…heemmmm ntah pape tah diorang ni hiks!