Pengalaman Bersalin Baby Irfan 21.12.12

Salam, ehemmm dah habis pantang 44 hari, now contine pantang 60 hari pulak yang hanya tinggal beberapa hari nak habis, lepas tu insyaALLAH sambung berpantang 100 hari, kikiki..gila tekun berpantang *berpantanglah sangat* hahaa, actually berpantang makan sebenarnya, belum berani nak makan benda-benda gatal dan angkat benda-benda berat, maklumlah kelahiran kali ini berbeza dari sebelumnya. jom saya kongsikan pengalaman bersalin Baby Irfan, saya tahu ramai yang tunggu entry ini..ekekeke *perasan*

irfan3

Nama : Muhammad Irfan B. Mohamad Suhelmi.
Berat semasa lahir : 3.2kg
Masa : 5.37 Pagi
Kaedah Kelahiran : Pembedahan

syukur alhamdulillah hadiah hari lahir yang sangat bermakna buat saya dalam hidup bila mana saya melahirkan Baby Irfan sehari selepas saya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 30 Tahun pada 20.12.12 yang lalu.

5

Sejam selepas dilahirkan, bibir warna pink macam pakai lipstick ^__^

1

Masih segar dalam ingatan pada 21.12.12 pukul 5 pagi, saya dipasangkan alat CTG untuk melihat bacaan jantung bayi, waktu ini saya mengalami sakit contraction yang teramat sakit, kecoh 1 ward pagi tu, doktor memberitahu saya bahawa saya terpaksa di bedah secara kecemasan kerana dikhuatiri bayi akan mati lemas kerana waktu ini bacaan jantung bayi sangat lemah.

irfan2

Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu perasaan saya, sedang Nurse mempersiapkan saya untuk ditolak kedalam dewan bedah, doktor sebelum itu memberitahu bahawa saya terpaksa dibedah pada saat itu juga. Air mata mengalir laju, saya perlukan kekuatan, saya perlukan suami disisi, tidak pernah terlintas difikiran bahawa saya akan dibedah kerana sebelum ini saya melahirkan anak-anak secara normal, betullah orang kata, rezeki dan cara anak-anak itu lahir berbeza, punya pengalaman yang lain-lain, ada yang senang dan ada yang susah, jadi saya terima dengan besar hati “bahagian” saya, moga segala dosa-dosa kecil saya terhapus dengan bahagian ini, InsyaALLAH.

Cuba bayangkan, dalam pukul 5 pagi itu semuanya berlaku dengan pantas, saya tidak sempat menghubungi suami untuk memaklumkan bahawa saya akan dibedah pada masa itu juga, segala dokumen tentang risiko pembedanan semuanya saya tandangan dalam keadaan saya sakit terbaring dengan segala tiub air yang bergantungan di katil yang hanya menunggu untuk ditolak ke dewan bedah. cuba bayangkan sekiranya pembedahan tersebut tidak berjaya??, Ya ALLAH…

Waktu ini saya hanya fikirkan tentang bayi saya sahaja, saya ingin bayi saya hidup dan selamat melihat dunia, saya ketepikan tentang diri saya, tentang risiko yang akan saya hadapi selepas itu, kerana saya tahu ALLAH itu maha pengasih lagi maha penyanyang, ALLAH tahu apa yang terbaik buat umatnya.

Dan Alhamdulillah dengan Izin ALLAH SWT, saya selamat melahirkan bayi lelaki yang ke 3 pada pukul 5.37pagi. Proses bersalin secara pembedahan tidak sampai sejam, syukur YA ALLAH kerana mempermudahkan segala urusan umatmu ketika itu dan terima kasih atas pemberianmu. Alhamdulillah…

irfan4

Terima kasih sudi baca ^__^

– Sikit hari lagi pandai buat duck face hahahaha

Author: yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

15 thoughts on “Pengalaman Bersalin Baby Irfan 21.12.12”

  1. seram gak nak bersalin ni.. moga segalanya dipermudahkanlah nanti..
    lega kak yan dah lepas tahap kritikal ni.. baby dh besar bambam dah.. comel..

    suka bibir kaler pink tu.. nampak sedap je.. 😛

    baru ada kesempatan nak baca.. *hehe.. train lambat sue nih..

Leave a Reply

Your email address will not be published.