Salam, serius sejak ada Pemanggang Ajaib ni memang terlebih rajin memasak heheee, ada je idea yang nak dibuat menggunakan pemanggang ajaib ni, manakan tidaknya sebab hasil masakan menggunakan pemanggang ni sangat marbeles, tak sama macam kita guna periuk/kuali, tak percaya boleh tanya mereka-mereka yang biasa menggunakan pemanggang ni. Layan menu kami baru-baru ni, Rendang Ayam – Masak Guna Pemanggang Ajaib.

rendang ayam

Pertama kali masak rendang menggunakan Pemanggan Ajaib, memang sedap, ayam tu lembut je, masak pun cepat, tak perlukan masa yang lama.

rendang ayam

Saje buat kuah rendang ayam ni banyak sikit, sebab nak makan dengan nasi impit hihihi, dah macam mood raya pulak dah.

rendang ayam

Alhamdulillah licin time tu juga rendang ayam ni, paling best mak puji berbakul-bakul HAHAHAHA

Yang bestnya, masak guna pemanggang ni memang sihat tubuh badan, tak perlu lagi minyak yang banyak untuk menumis, saya masak rendang ayam ni cuma guna minyak setengah sudu aje, minyak-minyak yang korang nampak dalam ayam ni adalah minyak dari lemak ayam tersebut.

Sekarang ni ikan-ikan pun saya dah tak goreng, saya bakar je, nugget ke sosej ke semua guna pemanggang ni, so takde lagi minyak yang banyak dalam masakan, sup ayam pun saya masak guna pemanggang ni, memang sedap sup ayam tu, teksturnya menarik.

Jimat minyak masak, jimat gas, jimat masa, nak basuh pun senang (ini bukan iklan berbayar hihihi), oh ye…juga jimat tenaga heheee.

– Nanti nak try buat kek pulak guna pemanggang ajaib ni ^__^