Salam, serius sejak ada Pemanggang Ajaib ni memang terlebih rajin memasak heheee, ada je idea yang nak dibuat menggunakan pemanggang ajaib ni, manakan tidaknya sebab hasil masakan menggunakan pemanggang ni sangat marbeles, tak sama macam kita guna periuk/kuali, tak percaya boleh tanya mereka-mereka yang biasa menggunakan pemanggang ni. Layan menu kami baru-baru ni, Rendang Ayam – Masak Guna Pemanggang Ajaib.

rendang ayam

Pertama kali masak rendang menggunakan Pemanggan Ajaib, memang sedap, ayam tu lembut je, masak pun cepat, tak perlukan masa yang lama.

rendang ayam

Saje buat kuah rendang ayam ni banyak sikit, sebab nak makan dengan nasi impit hihihi, dah macam mood raya pulak dah.

rendang ayam

Alhamdulillah licin time tu juga rendang ayam ni, paling best mak puji berbakul-bakul HAHAHAHA

Yang bestnya, masak guna pemanggang ni memang sihat tubuh badan, tak perlu lagi minyak yang banyak untuk menumis, saya masak rendang ayam ni cuma guna minyak setengah sudu aje, minyak-minyak yang korang nampak dalam ayam ni adalah minyak dari lemak ayam tersebut.

Sekarang ni ikan-ikan pun saya dah tak goreng, saya bakar je, nugget ke sosej ke semua guna pemanggang ni, so takde lagi minyak yang banyak dalam masakan, sup ayam pun saya masak guna pemanggang ni, memang sedap sup ayam tu, teksturnya menarik.

Jimat minyak masak, jimat gas, jimat masa, nak basuh pun senang (ini bukan iklan berbayar hihihi), oh ye…juga jimat tenaga heheee.

– Nanti nak try buat kek pulak guna pemanggang ajaib ni ^__^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

22 thoughts on “Rendang Ayam – Masak Guna Pemanggang Ajaib”
    1. Salam.. Berminat dengan pemanggang ajaib? Saya ada menjualnya. Untuk pemanggang ajaib brand HiG ada 2 size iaitu 32cm dan 36 cm. harga bagi 32cm RM 90 & 36cm RM100. Tidak termasuk postage. Kalau berminat boley pm saya.TQ.Email saya imanzahra_27@yahoo.com atau add saya fb Nor Asma Noordin

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge