Jalan-jalan Di Batu Pahat Johor

Salam, kami ada di Batu Pahat Johor, balik hari je ni. Lamanya tak kesini, last turun Batu Pahat tahun 2000 masa study kat JB, time tu belum ada lagi Batu Pahat Mall ni rasanya.

20130330-122258.jpg

Biasa kalau turun Johor kami ke JB, syiok lepak Danga Bay memalam hikhik. Tahun lepas je 2 kali turun JB hheeee~

Sent From My iPhone4s

Gambar Anak Ayu Raudah & Zakuan Adha

Salam, wahhh tahniah buat Pelakon Ayu Raudah dan pemain bola sepak negara iaitu Zakuan Adha atas kelahiran bayi lelaki pertama mereka, comelnya tengok gambar gambar anak Ayu Raudah ni.

20130330-083131.jpg
Sama birthday dengan anak Irma Hasmie ^___^

Berita gembira ini dikongsikan oleh Zakuan Adha melalui laman twitter miliknya.

– Tunggu Fasha Sandha pulak hihihi

Deactivated Facebook

Salam, satu langkah yang agak susah sebenarnya nak buat bila kita dah serasi dengan sesuatu benda tu dan kita terpaksa melepaskannya..cewahhh!!

deactivate facebook

Akaun facebook (Yan Mie) yang saya deactivate ni hampir 5 tahun kot bertahan, saya terpaksa deactivatekan atas sebab-sebab tertentu. Sayang memanglah sayang…tapi apa boleh buatkan??

Continue reading “Deactivated Facebook”

Gambar Anak Irma Hasmie – Selamat Bersalin Anak Lelaki

Salam, hari ni hari yang paling bermakna buat Pelakon Irma Hasmie yang mana baru sahaja melahirkan bayi lelaki pertamanya pagi tadi secara pembedahan.

Gambar anak lelaki irma hasmie

Woww berat baby ni 3.93kg, memang besar tu…

Comelkan?? sebenarnya saya memang menanti berita gembira ini, coz nak tengokmuka baby Irma dan Syed Redza, lepas ni tunggu Baby Fasha Sandha pulak, antara artis preggy yang saya nanti-nantikan melahirkan anak (ngehhh..takde keje betul)

Continue reading “Gambar Anak Irma Hasmie – Selamat Bersalin Anak Lelaki”

Gaya Baby Irfan Lapar Nak Susu

Salam, seronok melayan anak kecil yang semakin membesar depan mata ni, tak jemu nak melayan, tapi ada masanya geram dengan abang-abangnya coz time si Baby Irfan ni nyenyak tidur pun diorang kejutkan ajak bersembang…tak pun cium sana sini..geram tak sudah ngeehh~

irfan40

Setiap anak ada ragamnya kan, seronok tengok Gaya Baby Irfan Lapar Nak Susu, ada baby yang lapar terus nak menangis kuat, macam-macam lagilah, untuk Baby Irfan ni senang sangat nak tahu dia lapar, dia akan hisap jari/tangan dulu, kalau dah puas hisap tak kenyang juga barulah dia menangis manja nak susu.

Continue reading “Gaya Baby Irfan Lapar Nak Susu”

Baby Irfan Gelak Comel

Salam, jarang nak online time cuti sekolah macam ni, tumpuan sepenuhnya pada anak-anak, ni curi masa yang ada, 24jam sehari kadang-kadang macam tak cukup je hiks!, ok lupakan seketika bab sibuk tu hhihihi, Ibu mana yang tidak sibuk kan?? layan Baby Irfan Gelak Comel, video Bang Long yang rekod.

irfan

Ntah lagu apa yang dinyanyikan oleh Bang Ngah sampai Baby Irfan geli hati nengok dia hahahhaa, banyak kali juga mainkan video ni, nak dengar apa yang Bang Ngah nyanyi tapi still tak berapa nak faham kehkehkeh, ke ada sesapa yang tau lagu tu tajuk ape? hehe…

Follow saya di Keek.com

Bila Anak Kena Demam Chicken Pox

Salam, 3 hari yang lepas, anak no 2 saya iaitu Abang Ngah terkena Demam Chicken Pox ala macam demam campak tu tapi ni versi orang dewasa punya, mujurlah tak nampak melarat sangat, semuanya terjadi lepas bawa Baby Irfan ke Klinik sebab Batuk Dan Selsema, dan mujur jugalah ada ubat demam dan cool fever kat rumah ni, apa lagi bagi ler ubat demam tu dan cool fever.

chicken pox

Balik dari Tadika baru perasan kat atas kening dia ada bintik-bintik merah

Pagi Keesokkannya macam biasa demam tu dah hilang, dan dia pun siap boleh pergi kesekolah lagi, balik dari sekolah baru perasan ada bintik-bintik merah kat muka dan badannya, hah!! tidak syak lagi dia kena demam chicken pox.

Continue reading “Bila Anak Kena Demam Chicken Pox”

Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) Slot Zehra TV3

Salam, drama terbaru di Slot Zehra TV3 iaitu Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) menggantikan Drama Hanya Padamu, Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia akan mula ditayangkan pada 29.3.2013 ini, waktu tayangan seperti biasalah ye setiap hari jumaat.

sebenarnya saya isteri dia

Sebenarnya Saya Isteri Dia ini merupakan adaptasi dari Novel best seller karya Zura Asyfar, Novel ni saya tak baca lagi, cuma sempat baca sinopsis Sebenarnya Saya Isteri Dia ini di Internet, macam best je, tak sabar pulak nak tengok.

Continue reading “Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) Slot Zehra TV3”

Happy 3 Months Baby Irfan

Salam, macam tak percaya pulak hari ni dah 21.3.2013 genap usia  Baby Irfan 3 bulan, rasa macam baru semalam perut Ibu ni kena belah kikiki, cepatnya masa berlalu, semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh, amin…

irfan

Lebih kurang 2 minggu lagi nak bawa Baby Irfan pergi Klinik, berapalah agaknya berat dia naik ye?  last berat Baby Irfan bulan lepas 6.8kg (2 bulan), sebenarnya time timbang baby nilah time paling ditunggu-tunggu oleh semua ibu, nak tengok penambahan berat bayi. Kat rumah ni ada 2 penimbang tapi dua-dua tak boleh guna, coz timbang tu tak sesuai dengan dia, kena guna penimbang baby tu. Tak sabarnya nak tahu berat Baby Irfan 3 bulan ni.

Continue reading “Happy 3 Months Baby Irfan”

Bayi 3 Bulan Batuk Dan Selsema

Salam, perkara yang paling dirisaukan oleh ibu bapa bila anak-anak tak sihat, lebih-lebih lagi pada anak yang masih kecil, seperti anak saya Bayi 3 Bulan Batuk Dan Selsema, dengar Baby Irfan batuk pun dah rasa macam seksa sangat, siap berbunyi lagi, hingus pun ada juga tetapi sedikit.

baby irfan

Jadinya semalam kami bawa Baby Irfan ke Klinik untuk berjumpa doktor, alhamdulillah doktor cakap Baby Irfan tidak mengalami Batuk yang teruk, dan paru-paru clear, cuma ada sedikit sahaja, normal kata doktor, setiap bayi yang baru dilahirkan biasanya akan mengalami batuk.

Continue reading “Bayi 3 Bulan Batuk Dan Selsema”