Salam, sekarang ni misi untuk Ajar Anak Menyusu Menggunakan Botol Susu nampaknya kecundang, manakan tidak, dia langsung tak nak menyusu menggunakan botol susu, tengok botol susu pun dia bulatkan mata konon tanda protes hahahaa. Bukan taknak bagi dia direct feeding, nak ajar dia sebab lepas-lepas ni maybe akan tinggalkan dia, yelah kot-kot ada orang nak panggil meeting projek juta-juta kan…hahahaa
Tapi nampaknya usaha tersebut tidak membuahkan hasil, ohhhh kecundang sungguh, bukannya saya nak bagi dia minum susu formula pun, dia masih tetap minum susu ibu cuma bezanya menggunakan botol susu, jadi kalau pandai menyusu guna botol tu nanti senanglah nak tinggalkan dia kejap kan..tapi…ohhh pening kikiki
Dulu masa umurnya tak sampai sebulan ada juga saya bagi dia minum susu guna botol tu, ok je pun, tapi bila dah lama-lama tu tak pam susu ibu dan tak bagi dia guna botol susu, dia jadi lupa dan keliru kehkehkeh.
Magnet…tak boleh berpisah ^__^
Apa nak buat ni?? ada cara tak? meh bantu saya siapa yang ada pengalaman macam ni.
Hehe..ajar kak yan..jangan tak ajar..nak tinggal kekgi senang..mcm anak saya, jarang ajar dulu..susah sikit nak tinggal g mana-mana..tunjuk botol merengek lalu..haha
x de pengalaman..hehehe
Comelnya dua menyusu.. minum byk2 bagi besar cepat
Sama la k.yan..huhu..tngah ajar baby isap botol gk..sbb ada dpt inteview kje..cane nk tnggal..xmau2 isap gak..xsmpai ati tgk dia nangis..
irfan dah tau beza tu..yg dia x mau tu…
budak-budak pun dah pandai dahh..
Dia nak ikut gi meeting juta-juta la tu kak. Hihi
dah besar baby irfan dah boleh beza yg ori dan yg tak. pelan-pelan insyaAllah k yan berjaya nanti.
Irfan bijak…tahu beza yg mana asli n yg mana tiruan….ada juga baby yg survive kt runah bs minum susu guna picaragi atau cup je….sbb reject botol….
Susah juga nak ajar anak dengan botol susu nie.. kalau dah start menyusu umuer 2 3 thn pon ssh nak berenti…
Semasa ada anak kecil dahulu ada di berikan air suam mengunakan botol selain menyusu badan. Jadi tidak ada masalah untuk perkenalkan botol susu.
saya xda pengalaman, hehehe
Mungkin puting botol susu tak sesuai dgn irfan kot, teringat anak bongsu asa baby, jenuh tukar brand puting botol susu, last sekali nak jugak .. hehehe
tak de kak , selama ni tk pernah perah susu letak dlm botol ngee
Ok xpe hihi 😛
Comel je irfan…montel….~?^_^?~
Mujur tang montel tu Irfan je hehehe
Hari2 kena consistent bg pada masa yg sama…kena kuat smgt la tgk baby nangis…k sya tk thn…mengalah…tawakkal je hantar rumah bs…nasib baik bs pandai…peluk baby dn sua botol..dekat 15 minit nangis baru la nyusu….lps 2-3 hari baru ok…
Nie mengalah sebab tak sampai hati nak dengar dia menangis huhu, ok nanti try lagi…kena banyak sabar ni
Nak ajar minum dlm botol better bagi org lain ajar.. lebih effective…tk pun blh cuba botol susu yg sama cam df…
yeker kak?, botol susu yg ada mcm df juga, tapi dia tak nak huhu
anak saya terbalik pulak.. sejak dari awal2 dah bagi susu badan yg diperah masuk dalam botol.. tak maudah susu direct.. dia buat2 muntah bila nak bagi direct.. hehehe
heheee tapi takpe wife kerja kan, so takde masalah. buat2 muntah padahal sama je pun rasa susunya, bezanya kaedah aje 😀