Salam, perkara yang paling dirisaukan oleh ibu bapa bila anak-anak tak sihat, lebih-lebih lagi pada anak yang masih kecil, seperti anak saya Bayi 3 Bulan Batuk Dan Selsema, dengar Baby Irfan batuk pun dah rasa macam seksa sangat, siap berbunyi lagi, hingus pun ada juga tetapi sedikit.
Jadinya semalam kami bawa Baby Irfan ke Klinik untuk berjumpa doktor, alhamdulillah doktor cakap Baby Irfan tidak mengalami Batuk yang teruk, dan paru-paru clear, cuma ada sedikit sahaja, normal kata doktor, setiap bayi yang baru dilahirkan biasanya akan mengalami batuk.
Ubat Asmalin 1 ml aje, 3x sehari tapi saya beri 2x sehari sahaja. Risau dia masih kecil -..-“
Ubat titis kat hidung, alhamdulillah dah takde hingus hari ni 😀
Secara amnya bayi yang dibawah umur 2 tahun kerap mengalami deman, batuk dan selsema, pada waktu ini juga kita dapat melihat antibodi anak kita mampu atau tidak dalam melawan penyakit tersebut.
Semalam saya bersembang dengan Doktor tersebut, dah dia mengatakan, bayi yang menyusu susu ibu (sepenuhnya) mempunyai daya tahan yang kuat dalam melawan penyakit berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula.
Alhamdulillah sehingga kini Baby Irfan masih dengan penyusuan esklusif (penyusuan sepenuhnya), dan syukur Baby Irfan tak pernah lagi demam, baru ni bawa pergi cucuk 5 serangkai pun tak demam, cumanya saya standby tempek cool fever kat dahi, orang kata tak salah cegah awal-awal kan?
Cuma bila batuk ni yang buat saya risau, dahlah nak buang kahak tak reti kan?, jadinya semalam doktor ada bagi ubat untuk Baby Irfan.
Alhamdulillah tidak ada masalah dalam memberikan Baby Irfan Ubat, cuma muka dia jelah macam-macam mimik muka time nak bagi ubat tu, heeee pelik kot dengan rasa ubat tu, sebab kan biasa dia cuma minum susu ibu aje, tetiba ada air lain..so haruslah dia pelik hihihi.
Nak suruh doktor sedut kahak tapi doktor tak galakkan sebabnya kahak Baby Irfan adalah “ringan” sahaja dan boleh dicairkan dengan memakan ubat yang diberikan.
Sebelum ini saya ada juga buat Teknik Tepukan bagi membantu pengeluaran kahak, tapi tak boleh nak buat lama-lama sebab Baby Irfan nampak macam tak selesa.
Jadi apa yang perlu anda lakukan bila anak anda mengalami situasi seperti Baby Irfan ini?
1. Sebaiknya bawa anak berjumpa dengan doktor
2. Jangan memberi ubat-ubatan difarmasi tanpa perskripsi dari doktor
3. Elakkan memasang alat penghawa dingin
4. Basuh tangan sebelum menyentuh Bayi anda
5. Sebaiknya jauhkan bayi anda dari mereka yang ada penyakit batuk dan selsema, kerana penyakit ini sangat mudah berjangkit melalui bersin (yang ni memang abang-abangnya tengah batuk bersin)
6. Jangan pasang kipas angin dengan kuat
Pesan doktor semalam, selagi baby masih aktif dan menyusu seperti biasa, insyaALLAH tidak ada masalah, teruskan penyusuan susu ibu, kerana susu ibu sangat baik dan mempunyai antibodi yang tinggi untuk anak. Susu ibu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk bayi anda.
– Besok Baby Irfan dah 3 bulan, alhamdulillah ^__^
saya nk tnye ubat batuk mcm mane yer doc bg..anak saya pn ada mkn ubt cair kahak doc bg tp mcm xde kesan la…still batuk smpi skrg..
Salam…sy bntu jgk Ni…ank baru satu bulan…dan dah kne selsema…hingus xde kluar…tp blh dngar bnyi hdung trsumbat…n hngus agak pkat…sy agak je…tgk die pon xslesa bla mnyusu…mtk tlg kwan2 bg pndapat
bby kalau kena selsema dan batuk, mmg mak2 susah nk tidur malam… sebab sama2 berjaga.. kesian sgt kan 😉
kyan boleh try DrSneez, nis ada jual tp smentara waktu ni stok tgh habis, kena tunggu jap
comelnya dia
http://durratul-hikmah.blogspot.com
gua dah lali dah batuk dan selsema..selalu sangat kena. hoho..
sangat common aya jumpa kanak-kanak yang selesema dan batuk kat klinik.. biasanya ibubapa atau adik beradik lain yang terjangkit dulu.. dan bayi pun mudah dijangkiti melalui batuk atau bersih orang yang sakit.. 🙁
cian anak ibu …
kesian baby irfan 🙂
Siannya dia… moga2 dah sembuh sekarang irfan
dulu2 bawak anak kecik ni tk pernah dpt ubat kak ..
tembamnya pipi Irfan kak!!!!! ni kalau cium betul2 puas ni. kikikikiki!!! semoga baby sihat ya
semoga baby irfan sihat dan cerdas selalu… amin..
Memang kesian anak kecil mengalami selsema dan batuk. Ada sesetengah klinik tidak prihatin beri antibiotik untuk bayi belum cukup setahun.
moga baby irfan cepat sihat. besar memang kena bawak klinik, selagi tak dengar ulasan doktor, biasanya kurang puashati
susah jugak nak jaga baby ye
pesanan utk ibu, jgn minum ais yer nanti irfan dpt kesannya.
sekian pesanan penaja. 🙂
heheee bukan selalu, sebulan sekali kot..ekekeke
hope lekas sembuh baby comel..
mmg risau bila anak2 x sihat tambah yg masih bayi.
Terima kasih IMA, aminnn…betul lagi risau sebab anak tu masih baby, tak reti nak mengadu lagi 🙁
tq atas perkongsian..baby memang kerap kene selsema..ank saya yg kecik ni da beberapa mggu selsema..
Sama2, risau kalau anak kecik batuk ni, diorang tak reti nak keluarkan kahak, batuk sampai menangis-nangis.
Moga anak2 mama3hero juga cepat sembuh, amin..